Hasil carian anda

10 Punca Rakyat Malaysia Muflis

Dipos oleh myhartabumi pada Mac 8, 2018
| 0

Dengar tajuk ‘rakyat Malaysia muflis’ sahaja sudah bikin gerun kepada ramai rakyat Malaysia terutamanya yang telah sedia ada mempunyai ‘outstanding fee’  dengan pihak bank.

Tetapi, kali ini tim Hartabumi akan bongkarkan kepada anda dengan berpandukan data dan fakta punca kenapa rakyat Malaysia muflis.

Berdasarkan data dan statistik, pada tahun 2017 sahaja seramai 18,227 orang di Malaysia telah disenarai hitamkan oleh Bank Negara Malaysia kerana telah diisytihar muflis.

10 Punca Rakyat Malaysia Muflis

Rakyat Malaysia Muflis Kwsp Hartabumi 01

Jika anda lihat pada imej di atas, anda akan dapati terdapat pelbagai jenis sebab yang menyebabkan belasan ribu rakyat Malaysia diisytihar muflis.

Dua faktor utama kepada muflis ialah kerana sewa beli kenderaan dan pinjaman peribadi. Anda sendiri pasti perasan penyakit yang melanda golongan muda di Malaysia ini ada dua.

Mereka terlalu cepat membeli kereta dengan pinjaman penuh dari bank dan juga suka membuat pinjaman peribadi untuk memenuhi kehendak mereka dan jauh sekali untuk kehidupan seharian.

Adakah hidup ini hanya sekedar memandu kereta import dari Jepun dan berswafoto bersama telefon pintar terkini? Ketahuilah, jika anda rasakan ya, itu adalah simptom awal ke arah muflis.

Rajah di atas juga menunjukkan betapa hebatnya impak ‘berhutang’ kepada anda jika anda gagal mengurus kewangan dengan baik lagi-lagi jika anda seorang yang boros. 

Ada Apa Di Sentul Hartabumi 03

Jom dapatkan Buletin Cerita-Nah #14 Percuma di sini! 

Mengikut laporan dari Majalah Labur mengenai 100,000 rakyat Malaysia bankrap, anda akan dapati bahawa tiga jenis pinjaman yang menyebabkan rakyat Malaysia muflis ialah hutang kenderaan, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan. 

Namun begitu, purata rakyat Malaysia muflis telah menurun dan kisah ini turut disiarkan di MStar Online yaqni daripada 2014 sehingga 2016, purata statistik generasi muda yang diisytiharkan muflis hanyalah 1.1 peratus dan telah menurun berbanding tahun sebelumnya. 

Kategori Bankrap Di Malaysia 

Rakyat Malaysia Muflis Kwsp Hartabumi 02

Jenis kategori bankrap di Malaysia tidak banyak berubah sejak tahu-tahun yang lalu di mana pinjaman perniagaan menjadi punca utama rakyat Malaysia muflis. 

Apa yang lebih menyedihkan ialah ada segelintir rakyat Malaysia yang membuat personal loan untuk membiayai deposit rumah dan deposit kereta

Tahukah anda, peratus faedah bagi personal adalah sangat tinggi dan tindakan memohon ‘loan atas loan’ ini umpama memiskinkan diri buat masa panjang. 

-Baca mengenai Punca Bank Tolak Loan Anda

Solusi bagi permasalahan yang melanda rakyat Malaysia ini sebenarnya sangat mudah iaitu disiplin kewangan.

Rakyat Malaysia sewajarnya mengelakkan diri dari berbelanja secara boros agar tidak muflis sebelum usia 30 tahun. 

-Baca mengenai Tips Beli Rumah Pada Usia Muda

Cara paling mudah untuk mengurus kewangan ialah dengan menyimpan sekurangnya 10% dari gaji, berhenti menggunakan kad kredit dan mengekalkan gaya hidup sederhana

Konklusinya, apa yang kami tim Hartabumi cuba sampaikan ialah supaya anda sedar akan kepentingan mengurus kewangan agar tidak menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang muflis lagi-lagi jika anda ingin membeli rumah.

Telegram Hartabumi Info Hartanah Malaysia 1024x231Jom dapatkan ilmu hartanah dari Hartabumi di sini!

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah