5 Cara Memaksimumkan Keuntungan Hartanah AndaHARTABUMI
Hasil carian anda
Featured 5 02

Dipos oleh myhartabumi pada Februari 7, 2018
| 0

Memang trend zaman sekarang ni beli hartanah untuk buat extra income. Untuk info lanjut, baca disini. Kali ini tim Hartabumi kongsikan kepada anda cara memaksimumkan keuntungan hartanah.

Setiap hari netizen akan share artikel-artikel mengenai tips beli hartanah, cara untuk buat duit melalui hartanah dan sebagainya tetapi persoalannya macam mana nak memaksimumkan pulangan anda sebagai tuan rumah?

5 Cara Memaksimumkan Keuntungan Hartanah Anda

1.Sewakan bilik

Elakkan dari menyewakan sebuah rumah terus kepada penyewa, sebaliknya sewakan bilik. Dari sudut pemasaran, penyewa akan merasa harga yang anda tawarkan jauh lebih murah dari tuan rumah yang lain.

Walaupun mungkin agak sukar untuk anda memantau setiap penyewa yang pelbagai ragamnya namun pulangannya sangat berbaloi.

5 Cara Memaksimumkan Keuntungan Hartanah Anda Hartabumi 01

2. Tetapkan tempoh bayar sewa

Runding dengan penyewa agar mereka bersetuju untuk bayar sewa 6 bulan atau setahun sekali gus. Nak untung lebih sewakan mengikut hari.

Cuba keluar dari norma bahawa sewa perlu dibayar setiap awal bulan. Jika anda ingin sewakan rumah kepada pelajar, mungkin boleh tetapkan bahawa mereka perlu membayar sewa sepanjang tempoh pengajian sekali gus.

Calendar Marked To Show Rent Due

3. Maksimumkan waktu sewaan

Mungkin anda ada penyewa yang menyewa ruang pejabat atau rumah anda pada waktu pejabat. Apa kata cari penyewa lain selepas waktu pejabat?

Dengan cara ini anda double-kan income cuma pastikan anda meletak peraturan yang jelas kepada penyewa-penyewa untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

4. Beri kelonggaran kepada penyewa

Sekiranya anda mempunyai sebuah unit apartment dan ada penyewa berminat untuk menyewa bagi tujuan dijadikan pejabat atau kegunaan komersial lain, beri keizinan.

Selagi tujuan penyewa tidak melanggar apa-apa undang-undang, tidak salah rasanya anda sedikit fleksibel.

5 Cara Memaksimumkan Keuntungan Hartanah Anda Hartabumi 03

5. Tempah khas perabot bermutu

Walaupun kedengaran agak remeh, percayalah pasti ramai yang tertarik jika anda mempunyai perabot bermutu yang ditempah khas di rumah sewa anda.

Beri kelainan dari segi deko kepada rumah anda untuk menarik minat bakal penyewa. Pasti penyewa akan faham mengapa harga sewa yang anda tetapkan sedikit mahal.

5 Cara Memaksimumkan Keuntungan Hartanah Anda Hartabumi 04

Sekarang dah tahu cara nak memaksimumkan keuntungan hartanah anda bolehlah mula rangka strategi untuk tahun 2018 ni. Bak kata Winston Churchill;

“He who fails to plan is planning to fail.”

Telegram Hartabumi Info Hartanah Malaysia 1024x231Jom dapatkan ilmu hartanah di Telegram Hartabumi!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah