5 Hak Penyewa Yang Anda Wajib TahuHARTABUMI
Hasil carian anda
5 Hak Penyewa Yang Korang Wajib Tahu Hartabumi 07

Dipos oleh Fatin pada Februari 6, 2018
| 0

Ramai yang masih tak jelas tentang hak penyewa…Ingat tak baru-baru ni viral isu penyewa dari neraka? Baca disini

5 Hak Penyewa Yang Korang Wajib Tahu Hartabumi 01

Kita memang selalu dengar penyewa bermasalah tetapi jangan lupa yang banyak juga terjadi kes tuan rumah kaki penipu. Anda perlu tahu hak-hak sebagai penyewa barulah tuan rumah tak tindas…

1. Tenancy Agreement

“Tanggungjawab siapa nak sediakan tenancy agreement?”

“Kalau tuan rumah yang sediakan tenancy agreement, macam mana saya nak tambah hak saya sebagai penyewa?”

Nampak remeh kan soalan-soalan macam ni? Tetapi tak mustahil ada di antara kita yang masih tertanya-tanya…

Tenancy agreement ialah kontrak yang dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak tuan tanah dan penyewa. Kontrak ini haruslah mengandungi semua terma dan syarat mengenai harta yang disewa.

Kebiasaanya tuan tanah atau lebih mudah zaman sekarang ni kita panggil tuan rumah yang akan menyediakan tenancy agreement tetapi sebagai penyewa korang juga boleh merunding kandungan agreement ini.

Sekiranya anda bersetuju dengan semua syarat-syarat di dalam tenancy agreement  barulah boleh sign. Kalau nak lebih selamat lagi, kami cadangkan anda untuk mengupah peguam profesional. Walaupun ianya agak leceh namun sekiranya apa-apa terjadi, hak anda pasti terjaga.

“Siapa nak bayar yuran peguam?”

Normally memang tuan rumah tetapi kalau sayangkan duit deposit dan tak nak ada masalah di kemudian hari kami cadangkan korang upah peguam sendiri untuk menyelia agreement sebelum korang sign apa-apa.

Yuran peguam biasanya berapa ringgit? Duti setem pulak wajib ke? Berapa pulak kos tu?

Yuran guaman untuk tempoh perjanjian tiga tahun dan ke bawah adalah seperti berikut;

  • Sewa pertama RM10,000 25% daripada sewa bulanan
  • Sewa RM90,000 seterusnya – 20% daripada sewa bulanan
  • Lebih daripada RM100,000 – boleh dirunding

Duti setem pula wajib ye kalau tak kontrak korang tak sah…Duti Setem untuk LHDN adalah seperti berikut;

  • Sewa untuk setiap RM250 yang melebihi sewa RM2,400
  • Kurang dari 1 tahun: RM1
  • Antara 1-3 tahun: RM2
  • Lebih daripada 3 tahun: RM3
  • Sewa tahunan di bawah RM2,400 – tiada duti setem

Pastikan anda simpan salinan kontrak elok-elok!

  1. Kandungan Tenancy Agreement

Anda boleh rujuk artikel ni untuk tahu apa yang sepatutnya ada dalam tenancy agreement

5 Hak Penyewa Yang Korang Wajib Tahu Hartabumi 023. Keadaan rumah

Sebelum sign apa-apa, pastikan anda teliti keadaan rumah yang bakal disewa.

“Peti sejuk berfungsi ke? Semua paip berfungsi ke tidak? Lampu semua boleh bernyala?”

Pastikan barang-barang di dalam rumah tu dalam keadaan yang sempurna sebelum anda pindah masuk. Jika ada sebarang kerosakan, kami nasihatkan supaya anda ambil gambar dan maklumkan kepada tuan rumah.

5 Hak Penyewa Yang Korang Wajib Tahu Hartabumi 03

Nanti tak pasal-pasal tuan rumah viral muka anda kat Facebook tuduh yang anda rosakkan barang dia…

4. Hubungan Tuan Rumah dan Penyewa

Close Up Of Business Handshake In The Office

Ni penting juga. Mentang-mentang dah tau hak sebagai penyewa anda jangan nak tunjuk samseng dengan tuan rumah…

“Tuan rumah boleh masuk rumah pada bila-bila masa je ke?”

Tidak boleh ye! Tuan rumah kena hormati privasi penyewa. Walau ape sekalipun alasan yang diberikan oleh tuan rumah anda berhak untuk tidak buka pintu kepada tuan rumah yang datang mengejut.

5. Tanggung Jawab Sebagai Penyewa.

Antara tanggung jawab anda sebagai penyewa adalah seperti berikut,

  • Bayar sewa dan bil-bil lain tepat pada waktu.
  • Jaga harta benda tuan rumah dengan baik.
  • Kebersihan rumah juga perlu dititik berat.
  • Jangan pandai-pandai sewa rumah untuk aktiviti lain seperti mengguna rumah sewa untuk dijadikan pejabat.

Sebagai penyewa anda dilindungi di bawah undang-undang yang berikut;

5 Hak Penyewa Yang Korang Wajib Tahu Hartabumi 06

So, jangan ingat tuan rumah sentiasa betul, kalau rasa pelik atau tak sedap hati boleh rujuk dulu undang-undang atau akta yang di atas ni…

Proses sewa akan menjadi lebih mudah jika pihak tuan rumah dan penyewa memberi kerjasama yang sewajarnya.

Telegram Hartabumi Info Hartanah Malaysia 1024x231

Jom dapatkan ilmu hartanah di Telegram Hartabumi!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah