7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama (2018)HARTABUMI
Hasil carian anda
7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama 01

Dipos oleh Aezhad pada Januari 18, 2018
| 0

7 tips cat rumah anda supaya cat tahan lebih lama ini sesuai digunakan untuk anda yang ingin hias dalaman rumah saiz kecil mahupun sederhana. 

Bagi anda yang inginkan kelainan pada rumah anda, selain daripada menukar perabot baru, cara paling murah dan menyeronokkan adalah mengecat rumah.

7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama 000

Namun begitu, anda pasti menghadapi masalah jika cat tersebut tidak tahan lama dan mula merekah seawal tiga bulan pertama selepas mengecat. 

Kami di Hartabumi memahami kesulitan yang anda hadapi lagi-lagi anda yang baru menduduki rumah pertama anda dan kerap menerima kunjungan keluarga dan rakan taulan. Kami kongsikan kepada anda 7 tips cat rumah supaya cat tahan lama. 

7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama

1. Perkakas Mengecat Rumah Lengkap. 

7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama 02

Sebelum memulakan sebarang aktiviti mengecat, ada baiknya jika anda ke kedai hardware dan membeli beberapa peralatan asas mengecat bagi kelancaran proses mengecat rumah anda.

Banyak orang terlepas pandang bahawa asas untuk kesempurnaan cat rumah terletak pada perkakas mengecat anda. 

Senarai perkakas mengecat rumah anda mestilah merangkumi:-

  • Cat.
  • Bekas Cat.
  • Roller
  • Brush
  • Canvas/ Surat khabar lama.
  • Kain lap. 

2. Lapisan Dinding Rumah Licin dan Bersih.

7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama 03

Pastikan lapisan dinding yang bakal anda cat tersebut bersih dari sebarang habuk, kotoran dan najis cicak. Gunakan surat khabar lama mahupun kain basah bagi melicinkan permukaan dinding tersebut. 

Jika wujud bonggolan kecil akibat dari cat lama, anda perlu mengikis dinding tersebut terlebih dahulu menggunakan scrapper.

Dan jika terdapat lubang pada dinding, maka tutuplah lubang tersebut dengan filter terlebih dahulu. 

Pastikan anda dinding dalam keadaan rata dan kemas. Untuk impak lebih baik, gunakan filler yang dijual di kedai hardware pada harga serendah RM8 sahaja. 

3. Gunakan Sealer Cat. 

7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama 04

Apabila anda telah selesai membersihkan dinding, adalah lebih bijak jika anda menggunakan cat sealer bagi membuat lapisan sebelum mengecat supaya hasilnya nanti lebih tahan lama. 

Untuk kekemasan yang maksimum, anda digalakkan untuk mengecat sealer dari hujung dinding terlebih dahulu. Gunakan brush pada peringkat awal di bahagian tepi dinding. 

Selepas itu, gunakan rollerpada bahagian tengah dinding. Teknik ini terbukti lebih praktikal, cepat dan memudahkan anda. 

Ramai sekali orang yang tidak tahu kelebihan menggunakan sealer cat ini. Sealer cat ini membantu dari sudut:-

  • Lapisan perlindungan asas sebelum cat utama.
  • Berfungsi sebagai ejen pelekat cat utama pada dinding.
  • Cat akan bertahan lama apabila melekat dengan betul pada dinding.
  • Salah satu cara mengelakkan cat menjadi lapuk dan luntur. 

4. Cat Warna Kesukaan Anda.

7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama 06

Mulakan aktiviti mengecat dinding rumah anda dengan pemilihan warna yang betul, jenis, jenama dan kuantiti cat. Dikhuatiri jika terkurang cat maka dinding anda akan kelihatan berlapuk dek tidak cukup cat.

Terdapat banyak jenis cat di pasaran dan anda disarankan untuk mengambil cat yang kurang berbau dan anti-mosquito bergantung kepada bajet anda. 

5. Tekanan Pada Roller Cat.

7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama 08

Kesilapan umum ramai orang dalam mengecat rumah ialah mereka tidak meletakkan tekanan roller dengan betul pada permukaan dinding dan mengakibatkan cat menjadi tidak rata.

Cara yang betul ialah dengan menekan sedikit roller cat pada dinding tersebut agar lapisan cat menjadi lebih sekata. 

6. Lebihan Cat Yang Terjatuh.

7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama 09

Akan berlaku tumpahan cat pada lantai mahupun jubin. Oleh yang demikian, anda perlu bersihkan cat tersebut dengan baik. 

Jika cat dalam keadaan basah, maka gunakanlah kain basah dan lapkan. Jika cat kering, sentallah menggunakan scrapper tetapi jangan sehingga merosakkan lantai atau jubin rumah. 

7. Applikasi Cat Rumah di Google Play/Apps Store.

7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama 09

Sebelum memulakan aktiviti mengecat, apa kata anda cuba muat turun aplikasi cat rumah bagi mendapatkan gambaran sebenar warna yang sesuai dengan keluasan rumah dan perabot rumah anda.

Itulah sedikit sebanyak 7 tips cat rumah anda supaya cat tahan lebih lama dari tim Hartabumi. Moga rumah anda menjadi lebih cantik dan selesa sesuai.

Kredit: Firdaus Fyz / @FirdauzFyz

Telegram HartabumiJom dapatkan ilmu hartanah percuma di Telegram Hartabumi!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah