Hasil carian anda

8 Saham Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Dipos oleh Aezhad pada Januari 30, 2019
| 0

Pelaburan saham dalam bahasa mudah bermaksud satu aktiviti pelaburan dengan membeli unit atau ekuiti organisasi atau institusi dan bertujuan untuk mencapai keuntungan maksimum. Namun begitu, pelaburan saham dalam hartanah masih lagi hijau dalam kolam rakyat Malaysia khususnya Bumiputera.

Bila sebut sahaja pelaburan hartanah, kebiasaannya orang akan faham mereka perlu beli rumah atau tanah untuk memulakan pelaburan. Yang mana ianya memerlukan modal yang agak besar atau terlalu rumit. Pelabur perlu cari penyewa, jaga penyewa dan pastikan rumah dalam sentiasa dalam keadaan baik.

“Pelaburan saham bukan bermaksud pemilikan atas hartanah. Sebaliknya, lebih kepada pengurusan kewangan untuk pelaburan jangka panjang.”

Jadi sesetengah orang melihat pelaburan hartanah ini bukan untuk mereka dek kerana kekurangan modal atau masa. Apa pilihan lain bagi orang begini? Nak juga melabur hartanah?

Tidak mengapa, jangan risau, ada beberapa lagi pelaburan lain yang berasaskan hartanah tetapi tidak memerlukan wang yang besar atau masa yang banyak.

1. Real Estate Investment Trust (REIT)

Konsep REIT lebih kurang sama dengan konsep saham amanah (unit trust). Melalui saham amanah, duit pelabur dikumpulkan dan dilaburkan dalam pasaran saham dan bon/sukuk. Berbeza dengan REIT, duit pelabur dilaburkan dalam pasaran hartanah.

Baca : REIT, Pelaburan Hartanah Bermodal Rendah

Portfolio REIT boleh mengandungi beberapa jenis hartanah seperti pusat membeli belah, kedai runcit, rumah kedai dan hospital. Yang terbaru kerajaan mencadangkan untuk mewujudkan REIT lapangan terbang pula, ianya merupakan REIT lapangan terbang yang pertama di dunia.

Sebagai pelabur, kita tidak perlu memikirkan hartanah mana yang paling berpotensi, lokasi mana yang strategik atau serabut kepala untuk mencari penyewa dan mengutip sewa setiap bulan. Semua perkara ini akan diuruskan oleh pengurus dana.

2. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Kredit: Ambank

AHB yang dikenali sebagai Amanah Hartanah Bumiputera merupakan antara instrumen saham yang paling popular di Malaysia dek pemasaran agresif yang dilakukan beberapa institusi kewangan. 

Buat pengetahuan anda, AHB juga merupakan REIT, apa yang bezanya ialah harga unitnya tidak berubah. Makanya,  AHB tiada risiko turun naik harga. Dana AHB ini diuruskan sepenuhnya oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).

Apa yang menarik tentang AHB ialah dana unit ini digunakan untuk pelaburan bagi hartanah jenis komersil di Lembah Klang dan bandar utama di Malaysia dan ianya patuh syariah.

Baca : AHB, Peluang Melabur Dalam Hartanah

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelabur Bumiputera untuk turut serta dalam pemilikan hartanah tetapi melalui pemilikan unit dalam AHB sebagai unit holder.

3. Mortgage Backed Securities (MBS)

Siapa yang pernah tonton  filem The Big Short pasti boleh faham MBS ni. MBS adalah satu produk pelaburan berasaskan hutang rumah. Bahasa mudahnya kita labur dalam pinjaman rumah, apa-apa kadar faedah yang dibayar peminjam kita akan dapat.

Kredit: Business Insider

Bank akan beri pinjaman rumah kepada pelanggan. Katakan bank dah pinjamkan RM1 bilion kepada pembeli rumah, sekarang bank sudah kekurangan modal. Jadi macam mana dia nak pastikan dia boleh terus memberi pinjaman kepada orang ramai?

Kemudian datangnya satu idea untuk menghimpunkan seluruh hutang rumah ini untuk menjadi satu bon yang dikenali sebagai MBS. MBS ini kemudiannya dijual kepada pelabur. MBS akan memberikan pelabur dividen setiap tahun dan modalnya akan dipulangkan selepas tempoh yang dijanjikan.

Katakan MBS ini perjanjian terlampau panjang sehingga 30 tahun tetapi pelabur mahu melabur 5 tahun sahaja. Boleh atau tidak? Jawapannya adalah … boleh. Hal ini kerana, konsep MBS yang boleh dijual daripada satu pelabur kepada pelabur yang lain.

Selain 3 pelaburan di atas ini, ada beberapa produk pelaburan berasaskan hartanah yang lebih kompleks. Tetapi sayangnya pelaburan ini tiada di Malaysia buat masa ini. Antaranya adalah Collateralised Debt Obligation (CDO), Derivatif Hartanah, Indeks Hartanah dan matawang digital hartanah (Bitcoin).

Anda sebenarnya tidak perlu khawatir akan pelaburan saham dalam hartanah di luar negara kerana PNB dan EPF turut melabur dalam pasaran hartanah antarabangsa dan yang paling hot setentunya Battersea, London – sebuah bandar ikonik hasil pembangunan syarikat tempatan.

Kredit: Dezeen

Namun begitu, anda tidak perlu meragui akan kredibiliti instrumen seperti Private Equity Emerging Market, Crypto Currency, CDO, Derivative Products Underlying Asset kerana dana ini merupakan dana antarabangsa yang menguruskan pelaburan sahama hartanah di luar negara.

Terpulang kepada anda untuk melabur di dana yang anda sukai kerana pelaburan saham merupakan antara pelaburan yang menguntungkan dari segenap aspek dan ruang.

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link
Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link

Bandingkan Hartanah