Apa Nak Buat Kalau Pemilik Asal Rumah Lelong Tak Nak Kosongkan Rumah ? | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda


Dipos oleh myhartabumi pada Jun 14, 2017
| 0

Ada orang suka beli rumah beli rumah lelong. Dengar sahaja ada rumah nak dilelongkan, laju je nak terlibat sama. Membeli hartanah lelong ni ada untungnya kerana pembeli mungkin boleh dapatkannya dengan harga yang rendah dari harga pasaran.

Namun membeli rumah lelong tidak semudah yang disangkakan. Pembeli perlu tahu dan faham risiko dan proses pembelian rumah lelong jika betul-betul nak beli rumah lelong.

Macam mana kalau pemilik asal rumah lelong tak mahu kosongkan rumah ?

Mesti pemilik baru rumah tersebut berasa risau dan geram. Iyelah, rumah dah jadi hak milik tapi orang lain yang duduk. Tak bayar sewa pulak tu.

Perkongsian daripada saudara Salkukhairi Abd Sukor ada menerangkan apa yang perlu kita lakukan kalau situasi sebegini berlaku.

Apa nak buat kalau pemilik asal rumah lelong tak nak kosongkan rumah.

1. Jumpa dan bincang dengan baik

Dalam berunding jangan sesekali gunakan kekerasan. Tindakan kasar dan keras tidak akan mampu membantu menyelesaikan masalah dan menyenangkan kedua-dua pihak.

Sebaiknya, pemilik baru rumah lelong itu tadi berjumpa dan berbincang secara baik dengan pemilik asal. Minta mereka keluar dan kosongkan rumah secara baik. Ingat! Halau secara kasar bukanlah cara yang terbaik.

Kalau boleh, berilah mereka tempoh masa yang munasabah untuk mereka cari rumah baru dan kosongkan rumah lama.

Boleh jadi pemilik asal tidak berkemampuan untuk sewa atau beli rumah baru. Oleh itu, pemilik baru boleh ambil inisiatif membantu mereka dengan menawarkan bantuan perpindahan atau sebagainya bagi memudahkan urusan perpindahan mereka.

Dengan cara yang lembut dan halus sebegini sudah tentu akan buat pemilik asal berlembut hati dan memahami keperluan mereka untuk kosongkan rumah.

Macam ni baru lah tiada sesiapa yang tidak puas hati dan proses nak duduk rumah lelong yang baru dibeli pon lebih mudah.

2. Dah guna cara baik pon masih tidak jalan? Lantik peguam untuk mudahkan urusan.

Kalau dan guna step pertama tapi pemilik asal masih berkeras sehingga bersikap kasar dan membayarkan pembeli, permbeli jangan ambil tindakan untuk lawan secara kasar pula ya.

Cara yang terbaik adalah pembeli lantik peguam untuk ambil tindakan undang-undang terhadap pemilik asal rumah lelong tersebut.

3. Apa tindakan perundangan yang boleh peguam ambil?

Selepas dah serahkan kepada peguam untuk ambil alih tindakan lanjut yang perlu dibuat kepada pemilik asal, pembeli perlu tahu apa pula tindakan yang akan diambil itu.

a) Pertama sekali, peguam akan hantar notis tuntutan terhadap pemilik asal untuk minta mereka kosongkan rumah dalam tempoh masa tertentu seperti 14 hari daripada tarikh notis misalnya.

b) Sekiranya masih gagal dan pemilik asal masih enggan mengosongkan rumah, peguam akan failkan Writ Pemilikan di Mahkamah.

c) Kalau mahkamah puas hati dengan permohonan yang dilakukan, satu perintah milikan kosong akan dikeluarkan.

d) Balif Mahkamah akan menyerahkan perintah tersebut kepada pemilik asal / menampal di premis tesebut dan pemilik asal perlu mengosongkan rumah tersebut dalam masa 14 hari daripada tarikh penyerahan perintah mahkamah.

e) Masih gagal? Balif Mahkamah akan datang ke rumah lelong tersebut untuk melaksanakan tindakan mengambil milikan kosong daripada pemilik asal. Selalunya, proses penguatkuasaan ini akan dibantu oleh pihak polis atau pihak berkuasa yang lain.

f) Dah buat semua tindakan di atas tapi pimilik asal masih berkeras dan ingkar dengan arahan perundangan. Jika dah sampai tahap ini, pemilik asal boleh ditangkap dan diambil tindakan kerana menghina mahkamah.

g) Masa ini sudah tentu pemilik asal sudah keluar dan mengosongkan rumah. Jadi, milikan kosong rumah tersebut boleh lah diserahkan secara rasmi kepada pembeli atau pemilik baru.

Semua orang tahu bila dah libatkan peguam ni sudah tentu lah akan memakan kos. Mesti anda semua nak tahu berapa pula kos guaman yang perlu dikeluarkan untuk tangani masalah ini bukan ?

Baiklah. Tentang berapa kos guaman perlu dikeluarkan, ianya bergantung kepada case to basis dan pengalaman peguam yang kendalikan kes tersebut. Kalau rumit kes tersebut, lebih tinggi lag kos guaman yang akan dikenakan oleh peguam.
Sebaiknya pembeli berbincang dahulu dengan peguam dilantik tentang berapa kos guaman yang diperlukan untuk tindakan perundangan ini. Bukan apa, pembeli baru je keluar duit beli rumah lelong, lepas ni mesti nak buat ubah suai pulak kan. Jadi, soal kos dan kewangan ini perlu juga untuk diambil kira.

Sekarang mesti anda sudah faham bukan macam mana nak tangani masalah macam ni? Boleh lah share dengan rakan-rakan!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah