Apa yang anda perlu tahu tentang Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah(TTPR)HARTABUMI
Hasil carian anda
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah(ttpr)

Dipos oleh Fatin pada Februari 14, 2018
| 0

Anda pasti dah tahu proses membeli rumah, dokumen yang diperlukan untuk membeli rumah, soal pinjaman bank dan sebagainya kan? Maklumlah kebelakangan  ini banyak yang share artikel-artikel mengenai ilmu hartanah.

Tetapi bagaimana pula kalau sesuatu terjadi selepas anda membeli rumah? Macam mana kalau anda dapati rumah anda tidak seperti yang dijanjikan oleh pemaju? Dimana nak buat aduan dan pada siapa?

Untuk artikel hari ini, kami ingin berkongsi mengenai hak anda yang mungkin anda masih tidak tahu atau tidak jelas.

Apa itu TTPR?

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah(TTPR)  ialah badan bebas yang ditubuhkan ekoran pindaan kepada Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1978 sebagaimana yang diperuntukan dibawah Seksyen 19A, Bahagian VII, Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 2 Julai 2007.

TTPR diwujudkan untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah yang ingin menuntut ganti rugi/pampasan daripada pemaju perumahan. Namun TTPR hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes di Semenanjung Malaysia sahaja.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah(ttpr)p Hartabumi 03

Kredit: kontraktorrumahbali.com

Jenis Tuntutan

Anda boleh memfailkan dua jenis tuntutan di TTPR iaitu;

1. Tuntutan Teknikal

Sebarang kecacatan berkaitan mutu kerja, rumah yang dibina tidak mengikut pelan serta butiran yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli

2. Tuntutan Bukan Teknikal

Tuntutan berkaitan dengan kelewatan penyerahan milikan kosong.

Namun TTPR tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah projek perumahan terbengkalai. TTPR hanya mempunyai kuasa bagi projek perumahan yang telah disiapkan atau perjanjian jual beli yang telah ditamatkan.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah(ttpr) Hartabumi 02

Kredit: gilahartanah.com

Proses TTPR

  • Pihak menuntut hendaklah memfailkan kes dengan mengisi Borang 1 (sila sediakan 4 salinan berserta dengan lampiran asas-asas tuntutan) di Pejabat Pendaftaran TTPR bersama fi sebanyak RM10.
  • Antara dokumen yang perlu disertakan dalam Borang 1 adalah
    • satu salinan perjanjian jual beli-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
    • satu salinan surat penyerahan milikan kosong-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
    • satu salinan perakuan siap dan pematuhan (CCC)-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
    • sebut harga pembaikan oleh kontraktor-Tuntutan Teknikal
    • gambar kerosakan atau kecacatan-Tuntutan Teknikal
  • Selepas mendaftar borang 1, pihak menuntut perlu menyerahkan salinan kepada pemaju untuk mendapatkan akuan penerimaan.
  • Pemaju boleh memfailkan pembelaan melalui Borang 2 (sila sediakan 4 salinan) berserta fi yang ditetapkan sebanyak RM 10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan. 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.
  • Jumlah maksimum yang boleh dituntut ialah RM50,000 melainkan ada pihak-pihak yang mempunyai persetujuan bertulis memberi kebenaran TTPR mendengar tuntutan tersebut.
  • Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh jaminan rumah dan 12 bulan selepas tempoh jaminan itu tamat.

 Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah(ttpr) Hartabumi 01Kredit: fazilasweethome.com

Prosedur Pendengaran

  • TTPR akan memaklumkan kepada pihak-pihak yang telibat mengenai masa, tarikh dan tempat pendengaran melalui notis dalam Borang 4. Borang 4 akan diserahkan melalui pos berdaftar kurang dari 14 hari sebelum tarikh pendengaran.
  • Pihak yang terlibat tidak boleh diwakili oleh peguam melainkan pengecualian dari  TTPR.
  • Pembeli dan Pemaju berhak mengemukakan keterangan dan memanggil saksi, dokumen atau rekod bagi tujuan menyokong tuntutan masing-masing semasa pendengaran.

 Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah(ttpr) Hartabumi 04

Kredit: cikguik.com

Keputusan Pendengaran

Keputusan TTPR ini dikenali sebagai award. TTPR akan mengeluarkan award dalam tempoh 60 hari dari pendengaran pertama. Award tersebut adalah muktamad dan kegagalan mematuhi award ini adalah menjadi kesalahan jenayah.

Kami harap anda lebih faham tentang hak-hak anda sekiranya apa-apa terjadi kepada rumah idaman anda. Sediakan payung sebelum hujan.

Telegram Hartabumi Info Hartanah Malaysia 1024x231

Jom dapatkan ilmu hartanah di Telegram Hartabumi!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah