Hasil carian anda

Apa Yang Berlaku Dalam Pasaran Hartanah 2018

Dipos oleh Aezhad pada Disember 26, 2018
| 0

Bagaimanakah prestasi hartanah di Malaysia sepanjang tahun 2018 ini? Adakah isu pemilikan rumah di Malaysia semakin bertambah baik? Jika anda terlepas sebarang berita mengenai hartanah sepanjang tahun ini, kami di sini akan senaraikan 5 topik utama yang menjadi bualan netizen Malaysia dalam sektor hartanah.

P2P dan Crowdfunding Hartanah

Kredit: Edge Prop

Dalam Bajet 2019 yang lepas, kerajaan telah memperkenalkan satu konsep di mana rakyat boleh mendapatkan bantuan kewangan untuk membeli rumah melalui kaedah pinjaman terbuka antara rakan setara (peer-to-peer lending atau P2P). Malahan laman sesawang untuk ini juga sudah ditubuhkan di www.fundmyhome.com

Di bawah skim ini, pembeli perlu membayar 20% (tunai) untuk membeli rumah tersebut, manakala baki 80% akan dibayar oleh pembiaya. Kemudian pembeli akan boleh duduk di rumah tersebut tanpa perlu membayar 1 sen pun, dan selepas 5 tahun, pembeli diberi dua pilihan (wajib).

  1. Menjual rumah tersebut
  2. Mengambil pinjaman bank untuk membeli semula rumah tersebut pada harga pasaran

Rumah Tidak Terjual

Kredit: SkyscrapperCity

Bilangan unit kediaman yang tidak terjual di Malaysia selepas suku ketiga tahun ini telah meningkat kepada 30,115 unit. Ini bermakna berlakunya peningkatan sebanyak 48.35% rumah tidak terjual berbanding tahun lepas dengan jumlah sebanyak 20,304 unit.

Nilai keseluruhan rumah tidak terjual ini ialah RM19.54 bilion berbanding RM12.49 bilion pada tempoh sama tahun lepas.

Kebanyakan rumah tidak terjual ini adalah unit yang berharga RM500,000 dan ke atas dengan jumlah keseluruhan 12,000 unit. Rumah berharga RM200,000 ke RM250,000 yang tidak terjual pula mencatatkan jumlah sebanyak 3,500 unit.

Empat negeri utama yang merekodkan jumlah terbanyak rumah tidak terjual ialah Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Pusat Beli-belah Tidak ‘Berpenghuni’

Kredit: Go Where Malaysia

Lebihan pusat membeli-belah di Malaysia telah menjadi cabaran utama bagi pemilik pusat membeli-belah terutamanya di sekitar Lembah Klang untuk terus bertahan.

Menurut CEO 28Mall.com, Fione Tan, pusat beli-belah yang sudah bertapak lama kini sedang berhadapan masalah untuk terus ‘kekal’ kerana terdapat banyak pusat beli-belah baru telah dibina.

Baca : Apa Nasib Empire City Damansara 2?

Dengan pertambahan pusat beli-belah yang baru dari semasa ke semasa, hampir 14.5% pusat beli belah di Malaysia dilaporkan gagal untuk menyewakan separuh daripada ruangan kedainya. Trend kadar penyewaan (occupancy rate) juga telah menunjukkan penurunan dari tahun 2014 hingga 2018.

Ini ditambah lagi dengan peningkatan mendadak daripada industri e-dagang atau e-commerce. Rakyat Malaysia dilihat lebih gemar untuk membeli barang secara atas talian berbanding belian secara tradisional di kedai.

Berdasarkan kajian daripada Statista, hasil pendapatan melalui e-commerce di Malaysia sepanjang tahun 2018 mencecah hampir USD2.5 bilion. Dan ia diramalkan akan meningkat sehingga USD4.5 bilion pada tahun 2023.

Desakan Terhadap Kuota Bumiputera

Kredit: The Sun Daily

Terdapat banyak cadangan telah diutarakan terutamanya daripada pihak pemaju supaya kajian terhadap kuota bumiputera dalam pembelian rumah dikaji semula.

Baca : Mekanisma Pelepasan Kuota Bumiputera Wajar Ditambah Baik

Real Estate & Housing Developers Association Malaysia (REHDA) misalannya telah menggesa supaya polisi dan mekanisme kuota rumah termasuk Bumiputera diubah bagi mengatasi masalah lambakan rumah tidak terjual.

Menurut CEO Hartabumi, Radzi Tajuddin pula mekanisme pelepasan unit rumah Bumiputera perlu ditambahbaik dengan lebih telus supaya tidak dimanipulasi sesetengah pihak bagi mendapatkan keuntungan dengan cara mudah.

Antara cadangan beliau ialah dengan menyeragamkan sistem pelepasan ini di setiap negeri kerana pada waktu ini mekanisme yang digunapakai adalah berbeza-beza di setiap negeri.

Bagi Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd, Datuk Lin Yun Ling pula beliau berpendapat kuota Bumiputera adalah lebih baik digantikan dengan bayaran levi 2% oleh pemaju kepada pihak kerajaan.

Daripada jualan setiap rumah, pemaju akan membayar 2% levi kepada kerajaan dan wang tersebut kemudiannya boleh digunakan kerajaan bagi membina rumah mampu milik untuk golongan B40 di lokasi yang lebih sesuai.

Hartanah Di Sekitar MRT Hanya Untuk Golongan Kaya?

Kredit: MRT Corp

Berdasarkan laporan daripada Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS), golongan B40 sememangnya tidak akan mampu untuk memiliki rumah dalam lingkungan satu kilometer dari stesen-stesen MRT di laluan Sg Buloh-Kajang (SBK).

Baca : Hartanah Di Sekitar MRT Hanya Untuk Golongan Kaya?

Bagi golongan M40 pula, daripada 31 stesen di sepanjang laluan SBK, hanya 8 stesen yang mempunyai rumah dengan harga mampu milik.

8 stesen ini adalah kawasan yang berhampiran stesen MRT Kajang, Stadium Kajang, Batu Sebelas Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Sri Raya, Taman Connaught, Taman Pertama dan Maluri.

Menurut Cent-GPS lagi, kawasan perumahan yang terletak di sekitar stesen MRT Pusat Bandar Damansara telah mencatatkan harga rumah paling mahal dengan harga median kira-kira RM4 juta!

Siapa yang mampu untuk beli rumah harga seperti ini? Berdasarkan kajian, harga rumah RM4 juta ini sebenarnya hanya mampu dimiliki oleh 1% rakyat Malaysia sahaja.

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link
Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
 
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link
Poster Announcement

Ingin dapatkan rumah PR1MA dengan diskaun sehingga 30%?

KLIK DISINI
close-link

Bandingkan Hartanah