Apakah Penyelesaian Krisis Hartanah Di Malaysia? | HARTABUMI
Hasil carian anda

Apakah Penyelesaian Krisis Hartanah Di Malaysia?

Krisis Hartanah 01

Dipos oleh Aezhad pada Ogos 15, 2018
| 0

Krisis hartanah. Rasanya dah berjuta kali Hartabumi sentuh mengenai rumah tidak terjual dan isu seumpama dengan itu namun seolah-olah tiada penyelesaiannya.

Kini semua pihak saling menyalahkan masing-masing; Pemaju salahkan kerajaan, Pembeli salahkan pemaju namun tidak selesai juga isu rumit ini malah perkara seperti ini mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia ada.

Tahukah anda purata harga rumah yang rakyat Malaysia sebenarnya mampu ialah RM 282,000 dan harga pasaran purata rumah di Malaysia pula ialah RM 313,000. Antara masalah yang menyumbang kepada krisis hartanah ini ialah,

Ketidakpadanan permintaan dan bekalan

Apakah Penyelesaian Krisis Hartanah Di Malaysia Hartabumi 01

Kredit: Utusan Online

Kebiasaan apabila pemaju membangunkan sesebuah projek perumahan baru, mereka diwajibkan menyediakan kuota untuk rumah mampu milik. Namun unit-unit tersebut masih tidak terjual.

Mengikut kajian dari Bank Negara pula, ini terjadi kerana unit-unit tersebut dibangunkan di kawasan yang tidak mempunyai permintaan untuk unit-unit mampu milik.  Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) pula mendakwa rumah mampu milik yang berharga dari RM 300,000 hingga RM 500,000 telah dibina dengan kuantiti yang banyak dan beliau juga berkata perkara ini mungkin mempunyai kaitan rapat dengan purata pendapatan orang awam yang masih rendah.

Bank Negara kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa rumah yang berharga RM 300,000 hingga RM 500,000 tidak boleh dikategorikan sebagai rumah mampu milik kerana median harga rumah yang rakyat Malaysia sebenarnya layak hanyalah RM 282,000.

Untuk mengukuhkan lagi kenyataan Bank Negara, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) mengeluarkan data yang menyatakan bahawa peratus rumah tidak terjual yang berharga bawah RM 300,000 berada di dalam keadaan normal.

BNM juga menasihati agar menwujudkan pangkalan data bekalan dan permintaan perumahan memandangkan cabaran utama krisis hartanah di Malaysia ialah mengenal pasti titik harga yang betul di lokasi yang sesuai untuk projek perumahan baru.

Gaji tidak padan dengan harga rumah

Apakah Penyelesaian Krisis Hartanah Di Malaysia Hartabumi 02

Kredit: The Vocket

Berdasarkan laporan jabatan perangkaan Malaysia, kebanyakan pekerja Malaysia masih dibayar lebih rendah daripada standard hidup minimum yang boleh diterima terutamanya di Kuala Lumpur.

Hampir 50% orang dewasa di Kuala Lumpur memperoleh gaji kurang daripada RM2,500 sebulan pada 2016, lebih rendah daripada gaji minimum RM2,700 seperti yang dicadangkan oleh Bank Negara.

Ini sedikit sebanyak menjawab pertanyaan mengapa negara kita mempunyai krisis kewangan, Jika rakyat Malaysia tidak mempunyai kuasa membeli bagaimana krisis hartanah di negara kita akan selesai, siapa yang akan beli hartanah di Malaysia?

Dasar Baru

Apakah Penyelesaian Krisis Hartanah Di Malaysia Hartabumi 03

Kredit: Kosmo

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengeluarkan satu garis panduan dan polisi perumahan awam baru pada bulan hadapan dan inisiatif itu hanya akan diumumkan selepas selesai kajian ke atas implikasi kos SST terhadap harga rumah yang sedang dijalankan sekarang.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata pihak kementerian akan menyediakan projek perumahan awam KPKT.

Pada pendapat anda, adakah penyelesaian krisis hartanah ini? Gaji perlu dinaikkan, perlu bina lebih rumah mampu milik atau keluarkan dasar baru? Kami akan mengupas lebih lagi mengenai isu ini di Cerita-Nah 17 yang akan diterbitkan pada 30 Ogos ini.

Footer Expo Hartabumi

Dah usya Expo Klik Hartabumi? Jom Beli Rumah Online!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah