Apartmen 'Dual-Key', Kelebihan dan Kekurangan | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda

Apartmen ‘Dual-Key’, Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan dan Kekurangan Apartmen Dual Key

Dipos oleh myhartabumi pada Januari 12, 2018
| 1

Salah satu jenis kediaman yang kini menjadi popular dalam kalangan pemaju dan pembeli adalah apartmen ‘dual-key‘ (dwi-kunci). Trend yang bermula sejak tahun 2011 ini dikatakan bakal menjadi trend masa depan untuk Malaysia.

Apa itu apartmen ‘dual-key‘?

Apartmen ‘dual-key‘ adalah umpama 2 unit rumah yang berkongsi ruang legar dan geran pemilikan yang sama. Setiap satu unit dilengkapi dengan dapur dan tandas tersendiri. Pintu masuk unit turut diberikan kunci yang berbeza.

Dual key apartment

Kebiasaannya, unit ‘dual-key dibina dengan keluasan sekitar 300-500sqft. Saiz yang cukup untuk memuatkan sepasang pasangan yang baru bernikah mahupun mereka yang bujang yang mementingkan privasi.

Apartmen ‘dual-key‘ sesuai untuk dibeli untuk didiami sendiri mahupun untuk tujuan pelaburan. Berikut merupakan antara opsyen yang boleh kita pertimbangkan :

Apartmen Dual-Key

Kelebihan apartmen ‘dual-key‘?

+ Dua hartanah dalam satu geran (tidak seperti ‘townhouse‘ yang memerlukan 2 geran yang berbeza utk setiap unit).

+ Kos strata hanya perlu dibayar pada satu harga.

+ Membolehkan kita tinggal dekat dengan yang tersayang, tapi masih mengekalkan privasi sendiri (contoh ibubapa).

+ Aksesebiliti. Kebiasaannya unit jenis ini dibina di tengah-tengah kawasan bandar.

+ Mudah untuk kutip sewa dan menyelenggara unit sewaan.

Kekurangan apartmen ‘dual-key‘?

+ Harga yang tinggi (mid-high end).
+ Keluasan yang kecil, tidak sesuai untuk keluarga besar.

Sebagai pembeli, adakah anda minat dengan apartmen konsep ‘dual-key‘ ini? Kongsikan pendapat anda dengan kami.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah