Hasil carian anda

Artikel : Beli Rumah Sekarang Atau Tunggu Dua Tahun Lagi?

Dipos oleh Aezhad pada November 30, 2018
| 0

Perdebatan mengenai masa yang paling tepat untuk membeli rumah ini sudah sekian lama lagi kedengaran. Siapa yang tidak mahu memiliki rumah? Tidak kiralah apa jenis rumah sekalipun, sudah pasti semua orang memasang impian untuk mempunyai rumah sendiri sebagai tempat berteduh.

“Tunggu dan jangan beli rumah sekarang”, ungkapan ini sudah menjadi kebiasaan yang kita selalu dengar. Kebanyakan individu yang mahu membeli rumah masih mengambil sikap “wait and see”  kerana ramai beranggapan harga rumah akan menurun di masa hadapan.

Kredit: Selangor Gov

Ya. Jika dilihat kepada trend harga rumah pada tahun 2018, ia telah mencatatkan penurunan. Antara punca utama perkara ini terjadi adalah disebabkan lambakan rumah tidak terjual yang meningkat dari hari ke hari.

Berdasarkan asas ekonomi apabila semakin banyak rumah tidak terjual, semakin menurun juga harga pasaran rumah tersebut. Ini kerana, bekalan sudah melebihi permintaan.

Ramai juga masih menantikan apakah selepas pemansuhan cukai GST, harga rumah akan turun? Terdapat pihak yang menjangkakan harga rumah akan turun sekitar 5% kerana kerajaan telah menetapkan pengecualian cukai SST terhadap bahan binaan.

Apa yang dinyatakan di atas ini secara asasnya adalah antara punca kenapa rakyat Malaysia masih menunggu dan tidak mahu beli rumah sekarang.

Jadi, lebih baik tunggu 2 tahun lagi baru beli rumah?

Dalam satu “Talk Session” berkenaan pembelian hartanah, CEO FAR Capital, Faizul Ridzuan telah ditanyakan satu soalan berkenaan keperluan pembelian rumah dilakukan sekarang atau pembeli seharusnya menunggu dua tahun lagi selepas menerima kenaikan gaji.

Kredit: Majalah Labur

Faizul menyatakan bahawa kenaikan gaji bagi seseorang pekerja bukanlah sesuatu yang dapat dipastikan. Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan adakah kenaikan gaji itu akan lebih tinggi daripada kenaikan harga hartanah?

“Pada pendapat saya, kenaikan gaji is never confirm. Berdasarkan data, kenaikan harga hartanah di Penang untuk 16 tahun yang lepas, puratanya adalah 11.8%,” ujar Faizul.

Menurut beliau, sekiranya pembeli menunggu dua tahun lagi untuk membeli rumah, kemungkinan besar pembeli tersebut perlu membayar pada harga yang lebih tinggi.

“Sekiranya hari ini loan boleh lepas dan boleh dibeli pada harga hari ini, I would buy it today,”

– Faizul Ridzuan.

Bagi Ketua Pegawai Operasi Hartabumi, Huda Naim, beliau mempunyai pendapat hampir serupa yang mana pembelian rumah perlu dilakukan sekarang tetapi dengan tiga syarat.

Pertamanya, pembeli perlu mendalami ilmu hartanah terlebih dahulu dan tidak membeli secara “membabi buta” tanpa membuat sebarang research. Pembelian rumah memerlukan perancangan yang teliti serta dibuat dengan risk assessment.

Keduanya, jika pembeli terjumpa “any good deal”, terus sambar peluang tersebut. Kenapa perlu tunggu? Statistik menunjukkan harga rumah sentiasa menaik. Dan yang ketiga, belilah rumah ketika umur masih muda. Hal ini kerana, umur muda bermakna individu itu mempunyai komitmen yang rendah dan masih banyak peluang serta tenaga untuk mencari pendapatan sampingan.

Beli Rumah Pertama Hartabumi 02

Kredit: Huda Naim, Ketua Pegawai Operasi Hartabumi.com

“Tiada istilah beli sekarang atau tunggu dua tahun lagi. Apabila ilmu sudah mencukupi dan pembeli menjumpai hartanah yang menarik, sambar sahaja peluang tersebut,”

– Huda Naim.

Itu adalah pendapat daripada individu yang terlibat secara langsung dalam bidang hartanah. Apa pula pandangan ahli ekonomi?

Menurut pandangan seorang ahli ekonomi apabila ditanyakan mengenai perkara ini ialah beli sahaja pada masa sekarang sekiranya rumah dan harga rumah tersebut disenangi oleh pembeli.

Kredit: The Malaysian Reserve

Menurut beliau lagi, walaupun harga rumah akan menurun tetapi “recession is coming”. Harga rumah akan jatuh teruk lagi tetapi bank akan menjadi lebih “reluctant” dan ini akan lebih menyukarkan pembeli untuk mendapat kelulusan bagi pinjaman perumahan.

Secara kesimpulannya, untuk menyatakan bilakah masa yang paling tepat untuk membeli rumah ini adalah perkara yang sangat subjektif dan berbeza-beza untuk setiap individu. Apa yang paling penting ialah bakal-bakal pembeli rumah perlulah terlebih dahulu menyiapkan diri dengan ilmu hartanah serta mencari “deal” terbaik mengikut selera dan kemampuan masing-masing.

Artikel ini adalah daripada video Faizul Ridzuan : YouTube

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah