Bagaimana Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri ? | HARTABUMI
Hasil carian anda

Bagaimana Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri ?

Feature Image Bina Rumah 01

Dipos oleh Fatin pada Ogos 30, 2018
| 0

Ada pelbagai cara untuk memiliki rumah sebenarnya, tak semestinya anda beli rumah yang dah siap, anda juga boleh beli rumah undercon serta subsale. Nak tahu perbezaan, kelebihan serta kekurangan setiap rumah ini, klik sini.

Ha, bagaimana pula sekiranya anda mempunyai sebidang tanah dan ingin mendirikan sebuah rumah di atas tanah tersebut? Apakah syarat serta prosedur untuk membina rumah di atas tanah sendiri?

Klik sini untuk tahu checklist lengkap sebelum beli rumah.

SYARAT WAJIB UNTUK MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

Bagaimana Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Hartabumi 01

Kredit: minda muhaimin

1.Pastikan GERAN TANAH atas nama anda.

Ha… anda tak boleh bina rumah atas tanah orang lain ye melainkan ada bukti hitam putih bahawa tanah itu milik anda. Mungkin semasa arwah nenek anda masih hidup dia ada menyatakan bahawa sekiranya dia meninggal, andalah tuan tanah itu namun sekiranya tiada bukti dokumen, tanah itu bukanlah milik anda dan anda tidak boleh sama sekali membina rumah di atas tanah tersebut.

2.STATUS TANAH atau syarat tanah perlulah untuk kegunaan jenis kediaman.

Ini juga perkara penting, pastikan dahulu status tanah tersebut, sekiranya tanah itu merupakan tanah pertanian atau lain-lain, anda boleh tukar status tanah tersebut terlebih dahulu supaya urusan membina rumah lancar.

3.KELUASAN TANAH yang sesuai.

Memang perkara ini nampak mudah namun antara syarat wajib untuk bina rumah di atas tanah sendiri ialah pastikan tanah tersebut berkeluasan melebihi 450 mp. Sekiranya kurang daripada keluasan ini, anda tidak boleh membina rumah di atas tanah tersebut.

4.Pastikan tanah tersebut BEBAS SEKATAN.

Sebagai tuan tanah, anda perlu semak tanah anda sekiranya tanah tersebut mempunyai sebarang sekatan seperti sekatan kaveat dan sebagainya. Sekiranya ini terjadi, maka rumah yang dibina tidak sah dibina disisi undang-undang.

5.BATU SEMPADAN.

Semak dengan pihak sepatutnya mengenai sempadan tanah anda. Jangan main bina je rumah di atas tanah tersebut. Pastikan rumah anda berada dalam lot anda sahaja. Sekiranya anda kurang pasti atau masih tidak tahu, anda perlu memanggil jurukur untuk mengukur semula tanah anda.

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Kredit: mahligai idaman

6.TANAH KOSONG

Elakkan membina rumah di tanah yang masih belum dikosongkan kerana ia akan menyebabkan kos pembinaan sedikit mahal kerana tanah tersebut perlu di kosongkan terlebih dahulu.

Sekiranya semua di atas telah lengkap anda kini boleh memohon pinjaman dari pihak bank. Hartabumi ingin ingatkan pada anda setiap bank berlainan.

Hartabumi akan kongsikan prosedur untuk memohon pinjaman bank (RHB) untuk artikel kali ini.

Untuk bina rumah atas tanah sendiri, RHB memerlukan dokumen-dokumen seperti berikut,

  • Geran Tanah yang mempunyai nama anda.
  • Maklumat kontraktor serta quotation.
  • Pelan rumah
  • Dokumen untuk mohon pinjaman. Klik sini untuk senarai lengkap.

Sekarang jelas kan apa yang perlu dilakukan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Jom miliki rumah sendiri. Kalau tiada tanah sendiri jangan murung, jom ke Ekspo Hartabumi yang sedang berlangsung sekarang!

Sumber:faridzaswadi.blogspot.com.

Muat Turun Buletin 17 01Muat turun Cerita-nah edisi 17 sekarang!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah