Hasil carian anda

Bagaimana Nak Kumpul Deposit Rumah Dalam Tempoh 1, 3 Dan 5 Tahun

Dipos oleh Fatin pada Jun 7, 2018
| 0

Siapa yang tak nak beli rumah sendiri kan? Tak kanlah nak menyewa hingga tua…

Tetapi bagaimana nak simpan duit deposit, ye lah setiap bulan gaji masuk pasti habis bayar itu ini, baki duit yang tinggal pun cukup-cukup makan sahaja.

Jangan risau. Hartabumi kan ada! Kami akan kongsikan tips berguna ini untuk anda yang serius nak beli rumah dalam tempoh 1, 3 dan 5 tahun.

1 Tahun

Pada yang tidak mempunyai banyak komitmen seperti lepasan graduan, mungkin sekiranya anda bersungguh menyimpan selama 1 tahun, anda boleh merealisasikan impian memiliki rumah pertama.

1.Rekod perbelanjaan

Bagaimana Nak Kumpul Deposit Rumah Dalam Tempoh 1, 3 Dan 5 Tahun Hartabumi 01

Kredit: Daveramsey

Ini sangat mustahak pada yang kurang komitmen bulanan kerana anda akan mempunyai banyak lebihan wang setiap bulan untuk berbelanja sesuka hati.

Jadi sekiranya anda mempunyai sistem untuk rekod perbelanjaan, pasti anda sedar sebenarnya wang banyak dihabiskan untuk apa.

Sekarang dah macam-macam aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon bimbit anda untuk merekod setiap transaksi. Dari asyik muat turun game ke di telefon, baik muat turun aplikasi yang boleh membantu anda memiliki rumah.

2.Elakkan Kad Kredit

Bagaimana Nak Kumpul Deposit Rumah Dalam Tempoh 1, 3 Dan 5 Tahun Hartabumi 02

Kredit: mStar

Ini adalah musuh utama anda. #nuffsaid

3.Tabung warna warni

Bagaimana Nak Kumpul Deposit Rumah Dalam Tempoh 1, 3 Dan 5 Tahun Hartabumi 03

Kredit: Cari Infonet

Anda mesti pernah ternampak post seperti ini dilaman sosial kan?

Cubalah, kemudian duit yang anda simpan tu jangan bawa pergi masuk Apple store pulak. Dah sampai masa, simpan dalam bank terus.

4.Main permainan dividen

Bagaimana Nak Kumpul Deposit Rumah Dalam Tempoh 1, 3 Dan 5 Tahun Hartabumi 04

Kredit: ASNB

Sebelum nak main permainan dividen ni pastikan anda tahu risiko serta buat perbandingan dividen terlebih dahulu.

Cari pelaburan yang berisiko rendah seperti Tabung Haji, ASB, Bank Rakyat dan pelbagai lagi.

5.Wang KWSP 2

Bagaimana Nak Kumpul Deposit Rumah Dalam Tempoh 1, 3 Dan 5 Tahun Hartabumi 05

Kredit: KakiProperty

Yang dah lama berkerja pula mesti dah ada sejumlah wang di KWSP 2 kan? Anda keluarkannya untuk tujuan beli rumah.

6.Sentiasa peka dengan berita sektor hartanah

Bagaimana Nak Kumpul Deposit Rumah Dalam Tempoh 1, 3 Dan 5 Tahun Hartabumi 06

Kredit: Faizal Fredley

Bila dah ada cita-cita nak beli rumah, sentiasa peka dengan perkembangan semasa hartanah contohnya ambil tahu pemaju mana yang menipu je kerjanya, apa projek terbaru yang tengah hot dan sebagainya.

3 dan 5 tahun

Anda mungkin mempunyai komitmen yang agak banyak namun sudah mula berfikir secara serius mengenai beli rumah.

Segala point di atas juga boleh digunakan oleh anda supaya proses menyimpan wang deposit berjalan lancar.

Cuma kami ingin tambah beberapa lagi perkara seperti,

7.Pasang strategi

Bagaimana Nak Kumpul Deposit Rumah Dalam Tempoh 1, 3 Dan 5 Tahun Hartabumi 07

Kredit: Shukri Zohari

Memandangkan anda ada beberapa tahun lagi untuk finalize kan keputusan beli rumah yang mana, anda harus bijak mengatur strategi.

Kaji dan lengkapkan diri dengan ilmu hartanah. Anda kena faham apa itu DSR, berapa anggaran bayaran peguam, insuran rumah dan sebagainya.

Anda juga harus fikirkan mengenai jenis rumah apa yang anda berminat, adakah anda hanya ingin membeli rumah baru sahaja atau tidak kisah membeli rumah subsale atau lelong.

Apabila anda faham perkara-perkara berikut, anda boleh anggar berapa jumlah wang yang diperlukan.

Footer Hartapedia 07 1024x231

Dengan langkah dan strategi yang bijak anda pasti mampu memiliki rumah idaman anda. Yang penting terus berusaha dan jangan putus asa. Jom cari rumah idaman anda di Hartabumi.

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah