Beli Rumah Loan Kerajaan? Ini Apa Penjawat Awam Perlu Tahu. | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda

Beli Rumah Loan Kerajaan? Ini Apa Penjawat Awam Perlu Tahu.

Beli Rumah Loan Kerajaan Hartabumi 00

Dipos oleh Fatin pada September 21, 2018
| 0

Berdasarkan laporan Berita Harian pada 1 Mei 2016 yang lalu, CUEPACS mendakwa terdapat kurang lebih 960,000 penjawat awam yang masih tidak mempunyai rumah dalam erti kata lain mereka masih menyewa.

Jumlah ini merujuk kepada 1.6 juta penjawat awam di Malaysia dan apa yang lebih meresahkan ialah sebanyak 75% daripada mereka ialah individu yang berumur 40 tahun ke bawah!

“Bayangkan ada yang sudah bersara yang sebelum ini tinggal di kuarters kerajaan tidak memiliki rumah dan ada kakitangan kerajaan terpaksa tinggal dalam satu rumah yang turut didiami oleh dua tiga keluarga yang lain.” 

Namun begitu, untuk artikel kali ini, tim Hartabumi tidak akan mengupas isu ini secara mendalam tetapi kami akan membedah tentang beli rumah menggunakan ‘loan’ kerajaan. Buat penjawat awam, bergembiralah kerana kelayakan dan proses permohonan anda adalah lebih mudah berbanding pekerja sektor swasta dan pekerja kontrak.

Beli Rumah Loan Kerajaan Hartabumi 02

Kredit: My Farahin
 

Buat pengetahuan anda, pihak yang terlibat secara langsung dalam pinjaman perumahan kerajaan ini ialah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan ditubuhkan tepatnya 1 Januari 2016 dengan objektif membantu pemilikan rumah di kalangan penjawat awam.

Beli Rumah Loan Kerajaan Hartabumi 03

Kredit: Wikipedia

Ok, cukup mengenai trivia sekarang kita ke bahagian aspek utama dalam pinjaman perumahan pula iaitu :-

  1. Wang Pendahuluan.
  2. Kadar Pembiayaan.
  3. Kadar Pinjaman.
  4. Tempoh Pinjaman.
  5. Ansuran.

ASPEK UTAMA PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

1. Wang Pendahuluan.

Turut dikenali sebagai downpayment dan dipecahkan kepada 7% dan 3%. Sebenarnya, 3% itu adalah untuk tempahan atau booking fee manakala 7% adalah baki wang pendahuluan tersebut.

Kos duit setem dan Sales Purchase Agreement (S&P) berada dalam 3% tersebut kerana polisi perjanjian perumahan ialah kos tersebut dimasukkan sepenuhnya dalam pinjaman tersebut.

Sekiranya anda telah bekerja di dalam sektor awam untuk tempoh yang lama, anda sebenarnya boleh mengeluarkan wang di dalam Simpanan Akaun 2 di KWSP astas kapasiti membiayai wang pendahuluan untuk biayai pembelian rumah.

– Baca mengenai Bagaimana Nak Kumpul Deposit Rumah Dalam Tempoh 1, 3 Dan 5 Tahun

2. Kadar Pembiayaan.

Untuk pinjaman perumahan daripada LPPSA pula, mereka menawarkan pembiayaan sehingga 100% berbeza dengan pinjaman daripada bank yang hanya merangkumi 90% daripada harga rumah dan anda perlu bayar selebihnya kos 10%.

– Baca mengenai 9 Cara Pilih Bank Untuk Mohon Pinjaman Perumahan

3. Kadar Pinjaman.

Kadar faedah bagi pinjaman perumahan dari kerajaan pula ialah tetap yaqni 4% dan kadar faedahnya pula ialah 4% hingga 7% dan sangat bergantung kepada jumlah pinjaman. Ini berbeza dengan pinjaman dari bank yang kadar mereka ialah berbeza – beza.

Selain itu, kaedah pengiraan faedah bagi pinjaman perumahan daripada kerajaan pula adalah sangat berbeza dengan pihak bank dimana ianya dikira berdasarkan “baki pinjaman tertunggak pada kadar baki yang berkurangan”.

4. Tempoh Pinjaman.

Manakala untuk tempoh pinjaman pula, pada kebiasaannya, pinjaman pertama akan diberikan tempoh selama 30 tahun. Manakala untuk pinjaman kedua akan diberikan tempoh selama 25 tahun sahaja.

Hal ini kerana tempoh pinjaman bergantung kepada usia pelabur terbabit, LPPSA menawarkan pakej pinjaman perumahan sehingga usia peminjam mencapai 90 tahun, manakala pinjaman bank hanyalah sehingga usia mencapai 75 tahun.

5. Ansuran.

Faedahnya adalah peminjam akan jimat faedah ke hadapan yang perlu dibayar.  Ini kerana LPPSA mengamalkan faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan.

Ini bermakna setiap kali pembayaran lebih diterima, faedah bagi bulan seterusnya akan berkurangan disebabkan bayaran lebihan tadi telah mengurangkan baki pinjaman bagi bulan pembayaran.

– Baca mengenai Insurans Rumah : MRTT vs MLTT ?

KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

Beli Rumah Loan Kerajaan Hartabumi 04

Kredit: Syahril Kadir

Untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan, anda perlu ikut satu persatu syarat kelayan di bawah :-

  1. Bekerja dalam sektor awan dan berjawatan tetap,
  2. Warganegara Malaysia,
  3. Dah terima surat pengesahan jawatan,
  4. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun,
  5. Borang permohonan pinjaman dikemukakan 1 tahun sebelum bersara, atau tamat tempoh berkhidmat,
  6. Bukan seorang yang bankrap / hutang hukuman / staf makan gaji yang tak berkemampuan / dalam proses dikenakan tindakan tatatertib,
  7. Perjanjian jual beli dan perjanjian pembinaan rumah perlu ada penyaksian peguam,
  8. Pinjaman bersama suami isteri / pinjaman ambil alih antara suami dan isteri / pinjaman dua (2) nama dalam S&P wajib sertakan sekali dengan salinan sijil nikah / pendaftaran perkahwinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan pemohon.

– Baca mengenai Berjaya Simpan RM10K Dalam Setahun Dengan Teknik Ini.

BEZA LOAN KERAJAAN DAN LOAN BANK

Berdasarkan rajah infografik di bawah, anda akan dapati terdapat beberapa ciri – ciri yang berbeza antara ‘loan kerajaan’ dan ‘loan bank’

Beli Rumah Loan Kerajaan Hartabumi 01

Sumber: Mohdelam.com

Semoga anda yang bekerja sebagai penjawat awam di jabatan kerajaan mampu menggunakan kelebihan ini dengan baik sekaligus memiliki rumah pertama. 

Tim Hartabumi berharap artikel ini mampu menjawab persoalan para penjawat awam yang ingin beli rumah menggunakan ‘loan’ kerajaan.

Nantikan posting seterusnya dimana, tim Hartabumi akan hurai satu persatu proses untuk penjawat awam beli rumah!

Banner 01

Mencari rumah teres dua tingkat berkembar dengan dua lot parking di Sepang? KLIK SINI SEKARANG!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah