Beli Rumah Mengunakan KWSP Akaun 2 | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda

Beli Rumah Mengunakan KWSP Akaun 2

Feature Image Beli Rumah Akaun 2

Dipos oleh myhartabumi pada Januari 23, 2018
| 0

Tahukah anda bahawa anda boleh beli rumah dengan mengunakan duit KWSP? Rata-rata rakyat malaysia masih tidak tahu bagaimana ingin beli rumah mengunakan KWSP Akaun 2. 

Bagi anda yang ingin membeli rumah tapi duit tak cukup, jangan risau kerana anda boleh mengeluarkan duit daripada simpanan akaun 2 KWSP anda. Anda juga boleh mengeluarkan KWSP Akaun 2 untuk pelaburan. 

Kelayakan Pemohonan KWSP akaun 2

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh memohon
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam akaun 2 *minimum RM500.00

Table Pembelian Pinjaman

Syarat Pengeluaran KWSP akaun 2

1. Antara jenis hartanah yang anda boleh beli ialah rumah banglo, teres, rumah berkembar, apartmen, kondominium, apartmen studio, apartmen servis, ‘townhouse’, SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman.

2. Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuaan membeli aatau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut :

  • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah akta perkhidmatan kewangan atau akta perkhidmatan kawangan islam 2013.
  • Kerajaan Pusat / Negari atau lain-lain agensi kewangan kerajaan.
  • Majikan ahli
  • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia )
  • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh bank Negara Malaysia
  • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP

KWSP Akaun 2

3. Surat Perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP

Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan atau telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua.

Ahli tidak layak memohon sekiranya :-

  • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai , membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
  • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
  • Membeli rumah ketiga.
  • Membeli rumah di luar negara.

Kaedah Bayaran

Bayaran Dalam Malaysia

bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

  • Ahli mempunyau akaun bank yang aktif dengan panel KWSP 
  • Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
  • Bayaran akan diberikan dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM)
  • Bayaran melalui cek akan dibuat jika bayaran tidak berjaya melalui akaun bank

Bayaran Luar Malaysia 

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :-

  • Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing.
  • Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang tujuan bayaran secara Draf Bank Asing.

Kwsp Akaun 2 1

Dokumen Diperlukan

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5) boleh dapatkan disini
  2. Salinan dokumen pengenalan diri
  3. Maklumat Akaun Bank 
  4. Borang KWSP 3 (Pindaan)

Dokumen Sokongan

  1. Sila rujuk senarai semak dokumen pengeluaran membeli rumah di laman web KWSP atau pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan, rujuk disini
  2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Selepas selesai segala urusan ini, tibalah masanya untuk anda cari rumah pertama anda. Nasihat tim Hartabumi kepada anda, rumah pertama tidak perlu kondominium, cukup sekadar flat

Jika anda ingin membuat carian hartanah, janganlah ragu-ragu dan khawatir kerana Hartabumi.com turut menyediakan listing hartanah buat anda! 

Jom cari rumah di sini.

Jual beli cari rumah hartanah bumiputera malaysia

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah