Hasil carian anda

Beli Rumah Tetapi Tiada Komitmen? Ini Penjelasannya

Dipos oleh Aezhad pada Jun 7, 2018
| 0

Adakah anda seorang lepasan graduan yang baru bekerja kurang dari dua tahun dan ingin beli rumah? Masalah utama sekarang ialah anda tidak mempunyai komitmen bank?

Tahukah anda, terdapat puluhan ribu lagi insan di luar sana yang ingin beli rumah tetapi tidak mempunyai komitmen. Soalnya, adakah bank akan luluskan pinjaman perumahan anda dalam keadaan anda tidak mempunyai sebarang skor kredit?

Beli Rumah Tetapi Tiada Komitmen Ini Penjelasannya 01

Berbeza dengan graduan yang muflis dan bankrup akibat Debt Service Ratio (DSR) yang sangat tinggi, golongan yang tidak mempunyai sebarang komitmen turut disenaraikan individu berisiko untuk diberi pinjaman kewangan apatah lagi pinjaman perumahan yang menelan belanja ratusan ribu dan masa hampir 30 tahun!

Baca mengenai Debt Service Ratio

“Tahukah anda, pada tahun 2017 seramai 18,277 orang telah diisytiharkan muflis di Malaysia dan penyumbang utama ialah pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman perumahan.”

Beli Rumah Tetapi Tiada Komitmen 03

Konsep Bank Dalam Pinjaman Beli Rumah

Anda perlu faham bahawa bank bergantung sepenuhnya skor kredit anda sebelum membuat sebarang keputusan untuk memberikan anda pinjaman. 

Secara asasnya, skor kredit merangkumi CCRIS dan CTOS. Skor kredit anda umpama nyawa jika anda ingin membuat sebarang pinjaman perumahan.

-Baca mengenai 9 Cara Pilih Bank Untuk Mohon Pinjaman Perumahan

Jika anda tidak mempunyai sebarang KOMITMEN BANK seperti :-

  1. Kad Kredit
  2. Pinjaman Peribadi
  3. ASBF
  4. Pinjaman Pelajaran

Adalah sukar jika anda tidak mempunyai sebarang komitmen bank seperti di atas. Hal ini kerana, bank memerlukan skor kredit untuk melihat frekuensi waktu dan kebolehan anda untuk membayar hutang kepada bank. 

Jadi, penjelasannya ialah, adalah mustahil untuk bank meluluskan pinjaman perumahan anda bilamana anda tidak mempunyai sebarang komitmen dengan bank hatta PTPTN atau ASB Financing. 

Beli Rumah Tetapi Tiada Komitmen Ini Penjelasannya 02

Perkara terbaik yang anda boleh lakukan sebelum atau selepas tamat pelajaran ialah dengan membuat ASB Financing serendah RM10,000 dengan bayaran bulanan RM50 sahaja. 

Membeli rumah pertama sebenarnya tidak sesukar mana jika anda telah bermula menabung dan menyusun atur gerak langkah sejak awal lagi. 

Anda boleh mulakan dengan menabung untuk rumah pertama pada harga bawah RM100,000. Hanya orang yang malas dan dungu sahaja akan mengatakan tiada rumah pada harga itu di Kuala Lumpur. 

-Baca mengenai Diskaun Hartanah 50% Pasaran Lelong

Rajin-rajinkan diri anda untuk menyemak portal hartanah, membaca akhbar dan melihat senarai rumah lelong oleh bank. 

Akhir kata, jika anda ingin membuat pinjaman rumah silalah bermula dari awal dengan membuat komitmen terhadap bank. Tiada dosanya bermula dengan rumah flat pada harga RM100,000. 

Footer Dsr

Dapatkan DSR Report dan Senarai Hartanah Mengikut Gaji Anda Secara PERCUMA !

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Sertai Kami Sekarang

Untuk Mengetahui Maklumat Berkenaan Hartanah Di Malaysia.
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link

Bandingkan Hartanah