Berbaloi Ke Nak Refinance? Baca 11 Perkara ini | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda
Berbaloi Ke 01

Dipos oleh myhartabumi pada Jun 20, 2017
| 1

Kadang-kadang, ada masa tertentu yang kita tak cukup duit untuk buat sesuatu perkara. Dan hakikatnya, semua orang ada potensi untuk berdepan dengan masalah ini. Mungkin atas sebab ni, ramai yang memilih refinance untuk dapatkan tunai.

Tapi, macam mana nak buat? Apa sebab orang buat refinance? Ini antara soalan paling popular: 

BERBALOI KE NAK REFINANCE?

Yang ni, susah saya nak jawab sebab setiap kes berbeza.

Pada kebiasaannya, ada 2 sebab utama orang refinance rumah:

1. Harga semasa telah meningkat

Jadi bila harga semasa meningkat dan perbezaannya besar berbanding baki loan kita, maka kita akan dapat lebihan duit tu bila refinance. Dengan syarat, amaun refinance yang diterima tu lebih tinggi berbanding jumlah loanyang kita buat sebelum ni.

Kalau nak refinance jugak, tapi tak layak dapat jumlah pinjaman mengikut harga semasa rumah, memang tak banyak lebihan tunai yang korang akan dapat.

Kalau refinance tapi lebihan tak banyak lepas ditolak kos lawyer tu semua, pun tak berbaloi. Kena kenal pasti kos yang terlibat dan buat pengiraan terlebih dahulu.

2. Pengurangan interest (faedah)

Bagi yang ambil loan untuk satu tempoh yang lama (lebih daripada 5 tahun), kebiasaannya kadar interest mereka lebih tinggi. Sebab masa tu memang interest tinggi. Jadi bila refinance, dapatlah kadar interest yang lebih rendah sekarang.

Bila interest berkurang, maka installment bulanan (ansuran bulanan) pun berkurang. Cara-cara refinance rumah.

Ada 11 yang anda wajib tahu

Jadi bagaimana nak refinance rumah? Secara ringkasnya, saya jelaskan seperti di bawah ni:

1. Wajib ada rumah

Kalau tak ada rumah, tak perlu la kan nak refinance kan? Korang mestilah ada sebuah rumah yang masih dibayar ansuran bulanan.

Kalau rumah baru beli, pun tak apa. Kecuali kalau kita dah tau harga pasaran rumah tu dah naik banyak.

2. Selidik dulu harga pasaran rumah

Nak tau harga pasaran ni boleh guna beberapa cara.

  • Anda juga boleh semak nilai hartanah yang anda ingin refinance itu di laman web brickz.com atau iproperty.com.my
  • Ringankan mulut untuk bertanya dengan ejen hartanah. Biasanya ejen hartanah tahu sebab dia tukang jualkan rumah orang lain di kawasan tersebut. Ejen juga ada juru nilai hartanah mereka sendiri.
  • Tanya pegawai bank yang uruskan loan rumah di bank berdekatan rumah yang kita nak buat refinance. Biasanya banker tahu berdasarkan amaun loan yang diambil oleh peminjam yang ingin membeli di kawasan tersebut.

3. Layak tak anda memohon?

Bila dah tau harga pasaran tinggi berbanding hutang (kalau ada) dengan bank, tengok pulak kelayakan loan kita. Yang ni malas nak cerita, rasanya mana-mana pun dah cerita pasal loan ni. Jadi saya anggap korang semua dah tau.

4. Cara senang nak tahu anda layak atau tak

Kalau tak tau jugak, boleh jumpa pegawai bank terus. Mereka boleh bantu kirakan dan beritahu korang layak ke tak nak apply loan refinance tu.

5. Masuk proses untuk dapatkan loan

Bila semua ok, proceed dengan proses mendapatkan loan. Nak dapatkan loan boleh gunakan 2 cara.

  • Berjumpa dengan banker. Kalau ingin momohon 3 bank anda perlu berjumpa 3 banker
  • Gunakan khidmat loan broker

Loan broker ni akan submitkan permohonan ke seberapa banyak bank. Perkhidmatan dia percuma, tapi kebiasaannya mereka akan recommend kita guna lawyer mereka dan akan push untuk ambil MLTT daripada mereka. Apa itu MLTT & MRTT? Boleh baca artikel ini Insurans Rumah : MRTT vs MLTT ?

Jaga-jaga. Kalau korang dah ada lawyer sendiri dan nak ambil insuran sendiri, pastikan anda bagitahu awal-awal lagi kat loan broker tu untuk mengelakkan sebarang konflik.

6. Belajar pasal jenis-jenis loan yang ada

Anda wajib tahu dengan jenis-jenis loan yang ada. Ada flexi, ada semi-flexi, dan ada basic term loan.

Orang buat bisnes dan ada banyak lebihan duit bulanan ambil flexi, supaya lebihan duit boleh simpan dalam akaun semasa untuk kurangkan interest.

Duit dalam akaun simpanan tadi, anda boleh keluar semula. Principal payment yang anda bayar untuk rumah pun boleh dikeluarkan semula untuk dimodalkan pada benda lain (rumah lain, pelaburan, dan lain-lain).

Refinance Jenis loan Ingin ketahui lebih lanjut mengenai perbezaan jenis-jenis loan boleh baca artikel ini perbezaan antara flexi , semi-flexi , dan term

7. Ambil kira pasal lock-in period

Lock-in period. Sebanarnya tak perlu kisah pun pasal lock-in period ni sebab biasanya tak lama pun, 3 tahun sahaja. Lepas 3 tahun baru berbaloi nak refinance lagi sekali. Tapi buat apa kan nak refinance banyak kali?

Untuk rumah tinggal sendiri, lupakan pasal lock-in period ni.

8. Wajib ke ambil MRTT atau MLTT?

Secara ringkasnya, orang ambil MRTT hanya sebab untuk kurangkan interest.

Contoh kalau dapat loan BLR 2.2, kita cakap nak ambil MRTT dan ada bank akan bagi BLR 2.4. Tak perlu cover sepenuhnya.

50% daripada loan untuk jangkamasa 10 tahun pun dah cukup untuk dapatkan pengurangan interest tadi.

Refinance MRTT MLTTIngin tahu lebih lanjut boleh baca artikel ini Nak Buat Loan Beli Rumah Kena Ambil Insurans?

9. Tandatangan offer letter

Bila dapat loan yang kita berkenan, turunkan tandatangan offer letter dan proceed.

10. Bagi peguam selesaikan yang seterusnya

Proses seterusnya akan diselesaikan oleh lawyer. Panjang kalau nak cerita kat sini.

11. Masa untuk terima tunai lebihan

Bila bank lama dah disburse kepada bank baru (kalau berlainan bank), maka selesailah urusan refinance. Peguam akan berikan cek jumlah lebihan tadi, selepas ditolak lawyer fee (yuran guaman).

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah