Hasil carian anda

CKHT Dikira Bermula Tahun 2000

Dipos oleh Aezhad pada November 22, 2018
| 0

Di bawah pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November yang lalu telah memperlihatkan kerajaan di bawah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bakal melakukan penilaian hartanah dan akan mengenakan 5% setahun.

Baca : Ringkasan Bajet 2019 – Lebih Baik Daripada Yang Disangkakan

Lim Guan Eng berkata, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang bakal ditetapkan bermula Januari 2019 ini akan dikira mengikut nilai bermula tahun 2000.

Kredit: FMT
 

Hal ini kerana, wujud kebimbangan orang awam serta pihak berkepentingan akan jumlah cukai yang dikenakan sekiranya hartanah yang mereka peroleh berusia berpuluh – puluh tahun.

Baca : RPGT : Cukai Untung Selepas Jual Rumah di Malaysia

Kementerian Kewangan turut menetapkan bahawa sungguhpun hartanah tersebut dimiliki sejak tahun 1960, cukai tersebut hanya akan dikenakan bermula tahun 2000. 

Baca : Sebenarnya Cukai Hartanah Ada 5 Kesemuanya (Bukan 7)

Kredit: LHDN
 

Sungguhpun begitu, Kementerian Kewangan dibidas teruk oleh pihak berkepentingan seperti Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) kerana memperkenalkan cukai tersebut.

Baca : Persatuan Pembeli Rumah Bidas Cukai Hartanah

Buat pengetahuan anda semua, kadar CKHT dikecualikan atas hartanah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik yang berharga di bawah RM200,000.

Sumber : Berita Harian

Jom Survey Rumah Murah Di Hartabumi Sekarang!

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah