Hasil carian anda

BERITA HARTANAH MENARIK MINGGU INI YANG ANDA PERLU TAHU

Dipos oleh myhartabumi pada Mei 5, 2017
| 0
1.  CIMB BANTU KAKITANGAN BERPENDAPATAN RENDAH

CIMB Group memperuntukkan kira-kira RM1 bilion untuk perumahan dengan faedah sifar peratus keada kakitanganya yang berpendapatan bawah RM3,500 bagi kediaan tidak melibihi RM250,000 mula 1 Mei 2017.

MenuruT Ketua Pegawai Sumbr Manusia Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin, kira-kira 4,000 kakitangan dikenalpasti akan mendapat manfaat daripada faedah berkenaan.

Melalui faedah pinjaman perumahan ini, kakitangan tidak perlu membayar ansuran pinjaman perumahan bagi tempoh tiga tahun pertama pinjaman bagi kediaman yang sudah siap dibina, manakala bagi kediaman belum siap, pinjaman hanya mula dibayar selepas lima tahun dari tarikh pembiayaan diluluskan.

“Usaha terbaru ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kakitangan yang berpendapatan rendah dan membolehkan mereka memiliki kediaman sendiri,” kata Datuk Hamidah.

Beliau turut mengumumkan bantuan kewangan kepada kakitangan berstatus ibu tunggal atau bapa tunggal yang mana RM200 diberikan sebagai bantuan persekolahan kepada setiap anak berumuh tujuh hingga 18 tahun.

Sumber dari Berita Harian

2.  88,000 HARTANAH BUMIPUTERA TIDAK TERJUAL

Kerajaan negeri Johor akan mengusahakan satu kaedah yang sesuai untuk membantu pemaju hartanah menjual unit mereka yang berstatuskan bumiputera di seluruh Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu susulan terdapat 88,000 unit hartanah bumiputera tidak terjual sehingga kini di seluruh negeri.

“Ia tidak terjual kerana harga yang mahal tetapi kita akan cari jalan untuk membantu pemaju,” kata beliau.

Menurut beliau, dalam dasar perumahan yang ditetapkan, setiap pemaju perlu memperuntukkan sejumlah unit daripada keseluruhan hartanah yang dibangunkan kepada kaum bumiputera.

“Contohnya, kalau buat 10 unit rumah berharga RM10 juta, empat peratus daripadanya mesti dijual kepada bumiputera dan kita tahu ia memang sukar tetapi pemaju boleh meminta pelepasan dan di situ, dia kena bayar (denda).

“Kita pula ambil duit itu (denda) untuk membina rumah bumiputera di tempat-tempat lain,” katanya.

Sumber dari Bernama

3.  7,672 RUMAH RMR1M DISIAPKAN TAHUN INI

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan menyiapkan 7,672 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara, tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali, berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 46,637 permohonan RMR1M yang sudah diluluskan.

Selain itu, 1,613 permohonan lagi kini di peringkat urusan melengkapkan dokumen perjanjian dan pembinaannya akan dimulakan apabila urusan itu selesai.

“Sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 37,352 unit rumah RMR1M siap dibina dan sebanyak 11,703 lagi permohonan baharu dalam senarai menunggu.

“Bagi Negeri Sembilan sahaja, sebanyak 644 unit rumah RMR1M sedang dalam pembinaan,” pada Majlis Pelancaran Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) dan Penyerahan Sijil Kelayakan dan Inden Kerja RMR1M 2017, di sini, hari ini.

Sumber dari Berita Harian


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link
Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
 
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link
Poster Announcement

Ingin dapatkan rumah PR1MA dengan diskaun sehingga 30%?

KLIK DISINI
close-link

Bandingkan Hartanah