Cara Lengkap Beli Rumah Lelong [UPDATED] | HARTABUMI
Hasil carian anda

Cara Lengkap Beli Rumah Lelong [UPDATED]

Tips Cara Beli Rumah Lelong Hartabumi

Dipos oleh Aezhad pada Januari 23, 2019
| 0

Memiliki rumah adalah impian setiap manusia kerana kita tidak dapat menyangkal bahawa tempat berteduh adalah keperluan asas bagi setiap orang.

Namun begitu, dilema untuk memiliki rumah kian menghantui setiap individu gara – gara faktor kewangan.

Dan kita tidak dapat menyangkal bahawa kewangan adalah isu paling kritikal yang menjadikan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera khususnya anak muda adalah masih rendah yaqni pada kadar bawah 40%!

Baca : Pemilikan Hartanah Bagi Bumiputera Adalah Sekitar 39.5%

Berdasarkan temu bual tim Hartabumi bersama ejen hartanah lelong, mereka merumuskan bahawa hanya 1/3 Bumiputera sahaja yang mengambil tahu akan pasaran hartanah lelong dan daripada jumlah tersebut hanya 20% daripada mereka sahaja yang benar – benar tahu prosedur lengkap tentang proses jual beli rumah pasaran lelong.

Kredit: pr1ma.my

Apa yang lebih mengkhawatirkan ialah bilamana ejen hartanah lelong tersebut berterus terang bahawa mereka berada dalam satu situasi mereka tidak mampu menjual unit lelong di atas tanah rizab Melayu atau lot Bumiputera gara – gara golongan Bumiputera seakan ‘kekok’ dengan hartanah dari pasaran lelong.

Oleh yang demikian, tim Hartabumi berasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk berkongsikan tips cara beli rumah lelong yang lengkap kepada seluruh rakyat Malaysia lagi – lagi Bumiputera.

Cara Lengkap Beli Rumah Lelong

1. Semak Kelayakan Pinjaman

Untuk mengetahui kelayakan harga rumah yang anda mampu mengikut gaji bulanan anda, DSR (Debt Service Ratio) dan CCRIS (Central Credit Reference Information System) anda perlu berada pada kadar skoring yang baik.

Cara yang paling mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan ‘walk-in’ ke mana-mana bank dan memohon pegawai bank kirakan DSR anda.

Baca : Peratus DSR Anda Penentu Harga Rumah Anda

Manakala untuk laporan CCRIS, anda boleh dapatkan di cawangan Bank Negara Malaysia terdekat dengan anda. Cara kedua ialah anda boleh dapatkannya secara online melalui Ramcredit Services.

Kredit: Majalah Labur

Dua elemen ini penting untuk anda ketahui jumlah maksimum hartanah yang anda mampu beli. Makanya selepas ini, anda tidak perlu lagi ‘main agak-agak’ akan harga rumah yang sesuai dengan gaji dan komitmen bulanan anda.

2. Kos Dalam Pembelian Rumah Lelong

Anda wajib menyediakan 10% deposit daripada harga rezab rumah tersebut untuk membuat bidaan lelong kelak. Anda boleh lakukannya menerusi bank draft atau mengeluarkan banker cheque di bank pilihan anda kira-kira satu atau dua hari sebelum tarikh lelong berlangsung.

Selain itu, anda juga perlu menyediakan sekurang-kurangnya 5-6% untuk kos-kos lain seperti kos guaman, duti setem, valuation fee dan lain-lain.

Baca : Hitung Sekali Kos-Kos Ini Sebelum Beli Rumah

3. Mohon Surat POS

Surat POS ini ialah ‘Proclamation of Sale’  atau surat pengisytiharan jualan dokumen yang anda perlu dapatkan dari ejen hartanah lelong anda.

Kredit: Studylib.net

Sila rujuk dan tanya ejen anda sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk memahami isi dokumen tersebut.

4. Tanggungan Maintenance Fee

Buat pengetahuan anda, pihak bank akan menanggung tunggakan maintenance fees, cukai pintu dan cukai tanah hanya sehingga tarikh lelong sahaja.

Dan ini juga bermaksud selepas dari tarikh lelong dan anda berjaya membida rumah itu, anda bertanggungjawab atas segala kosnya.

Baca : 3 Risiko Renovasi Rumah Lelong Kepada Rumah Mewah

Kredit: TripAdvisor

Namun begitu, anda tidak boleh terlalu gembira kerana bukan semua bank menanggung kos tersebut dan anda perlu meneliti Proclamation of Sale (POS) itu dengan teliti.

Apa yang anda boleh lakukan ialah bertanya pada ejen anda sekiranya terdapat tunggakan dan bayaran yang tidak jelas.

5. Milikan Kosong / Fully Furnished

Membeli rumah lelong ini ibarat satu perjudian kerana anda mempunyai potensi untuk mendapat rumah yang kosong dan rumah yang fully furnished!

Daripada pihak bank, mereka tidak bertanggungjawab terhadap milikan kosong kerana rumah tersebut dijual dalam keadaan begitu. Manakala pembeli hanya boleh menyemak atau memeriksa rumah tersebut dari luar sahaja.

6. Dokumen ke Dewan Lelong

Apabila sudah tiba harinya anda ke dewan lelong untuk membuat bidaan, sila bawa bank draft dan kad pengenalan asal anda. Dua dokumen ini penting bagi memastikan anda layak memiliki rumah tersebut.

Baca : Apa Jadi Pada Hartanah Komersial Yang Dilelong?

Hari lelong boleh berlaku bila-bila masa seperti hari Isnin, Rabu, Jumaat mahupun hujung minggu. Oleh yang demikian, jika anda tidak mampu hadir pada hari bida, ejen hartanah lelong anda boleh mewakili anda.

7. Tandatangan SPA.

Selepas anda menang dalam bidaan tersebut, anda perlu menandatangani surat SPA (Sales & Purchase Agreement) beserta bayaran RM100 duti setem. Tetapi jika anda kalah, deposit anda akan dipulangkan.

Kredit: Rumah Lelong Hujung Sana

Itulah dia 7 cara beli rumah lelong buat anda yang mempunyai hasrat untuk memiliki rumah menerusi lelong. Apa yang penting, anda perlu mencari ejen hartanah lelong yang mempunyai pengalaman luas dalam pasaran lelong.

Artikel ini adalah sumbangan Selangor Auction Property

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah