Dah Bersedia Nak Hadap Industri 4.0? | HARTABUMI
Hasil carian anda


Dipos oleh myhartabumi pada November 6, 2017
| 0

Industri 4.0

Revolusi perindustrian keempat atau Industri 4.0 akan menyaksikan Internet of Things (IoT) membaik pulih bukan sahaja perniagaan, tetapi hampir semua aspek kehidupan seharian.

Ia adalah trend semasa automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan “kilang pintar”, di mana mesin disambungkan dengan web dan kepada satu sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran dan membuat keputusan dengan sendiri.

Industri 4.0 akan berdasarkan kepada sembilan tonggak:

• robot automasi
• simulasi
• integrasi sistem
• IoT
• keselamatan siber
• pengkomputeran awan
• pembuatan bahan tambahan
• analisis data besar
• integrasi sistem menegak dan melintang

Di sebalik menyahut panggilan Industri 4.0 yang menuju kemajuan ini, ada pihak yang menganggap teknologi ini ancaman kepada peluang pekerjaan, sumber pendapatan, dan kestabilan ekonomi. Benarkah?

Sedangkan industri ini didakwa mendatangkan banyak manfaat dalam sektor bisnes, perkilangan, malah gaya hidup. Tambahan lagi, kebaikan Industri 4.0 turut dilihat mendatangkan manfaat kepada pembangunan dan rangkaian hartanah.

Untuk menjawab persoalan ini, REHDA Institute telah menganjurkan CEO Series 2017 dimana pemain-pemain utama industri hartanah turun padang untuk memberi kupasan eksklusif.

Hartabumi selaku rakan strategi yang mementingkan sebaran ilmu hartanah menyeru anda untuk hadir ke program ini.

Petikan artikel: Astro Awani

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah