Dasar Perumahan Baru Negeri Perak Bantu Selesai Isu Kuota Bumiputera | HARTABUMI
Hasil carian anda

Dasar Perumahan Baru Negeri Perak Bantu Selesai Isu Kuota Bumiputera

Dasar Perumahan Rumah Perak 2019 Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada April 3, 2019
| 0

Berkuatkuasa 1 April 2019, pemaju akan dibenarkan memohon pelepasan kuota Bumiputera selepas hartanah itu gagal dijual dalam tempoh enam bulan di bawah Dasar Perumahan Negeri Perak (DPNP) yang baru.

Di bawah dasar yang lama, pemaju hanya boleh membuat permohonan pelepasan kuota Bumiputera apabila hartanah tersebut tidak terjual selepas dua tahun.

Ini sebenarnya agak membebankan kerana pemaju perlu menangung kos pegangan (holding cost) yang lebih tinggi.

Baca : Mekanisma Pelepasan Kuota Bumiputera Wajar Ditambah Baik

Kredit : Gilahartanah

Apa yang dimaksudkan dengan kos pegangan ini? Ia adalah kos yang perlu ditanggung pemaju selagi rumah tersebut masih belum terjual dan tertakluk di bawah tanggungjawab pemaju.

Antaranya pemaju perlu menanggung :-

  • bayaran faedah kepada bank
  • kos penyelenggaraan 

Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda, Datuk Lin Yun Ling sendiri pernah membangkitkan isu ini kerana pemaju perlu menanggung kos pegangan yang dianggarkan sekitar 20% daripada hasil pendapatan (revenue) syarikat.

Apa keperluan pindaan mekanisme pelepasan kuota Bumiputera ini dilaksanakan?

Isu mengenai pelepasan kuota unit bumiputera ini sebenarnya telah lama dibincangkan kerana ia dikatakan telah menyumbang kepada lambakan hartanah tidak terjual.

Kredit : Malay Mail

Pada suku ketiga tahun 2017, unit kediaman tidak terjual di Malaysia dilaporkan berjumlah sebanyak 20,304 unit. Suku ketiga tahun 2018 pula jumlah ini meningkat kepada 30,115 unit.

“Ini bermakna, unit kediaman tidak terjual telah meningkat 48.35% hanya dalam tempoh setahun. Kadar pemilikan rumah setakat suku pertama tahun 2018 juga hanyalah sekitar 43% hingga 44% sahaja!”

Langkah yang diambil kerajaan negeri Perak untuk melonggarkan syarat pelepasan kuota Bumiputera ini boleh disifatkan sebagai tindakan yang baik kerana kaedah lama yang diguna pakai sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah.

Kredit : BERNAMA

Baca : Perlukah Kuota Hartanah Bumiputera Dimansuhkan?

Sebaliknya ia hanya akan terus menyumbang kepada lambakan hartanah tidak terjual. Lebih-lebih lagi apabila projek perumahan itu terletak di kawasan yang diduduki majoriti bukan Bumiputera, sudah pasti unit kuota Bumiputera itu banyak tidak terjual kerana kurang menarik minat pembeli.

Apabila mengulas berkenaan isu kuota rumah Bumiputera, sudah semestinya ia adalah perkara yang sensitif kerana kaum Bumiputera merupakan rakyat majoriti dalam demografi Malaysia.

Kredit :EdgeProp

Namun begitu, kuota Bumiputera yang akan dilepaskan perlu terlebih dahulu melalui saringan dan syarat- syarat yang ketat.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan semua perancangan dan pemantauan pembangunan sektor hartanah di Perak juga perlu memastikan syarat kuota Bumiputera sentiasa dipatuhi.

Walaupun syarat pelepasan kuota Bumpitera telah dilonggarkan, namun jika pemaju bertindak menjual lot Bumiputera tanpa kelulusan LPHP, mereka akan dikenakan denda atau levi dua kali ganda.

Apa yang lebih menarik, penalti levi ini kemudiannya akan disalurkan kepada dana untuk membina lebih banyak Rumah PerakKu bagi golongan B40.

Kredit : Permohonan

Baca : Lot Hartanah Bumiputera Meningkatkan Atau Menyingkatkan?

Selain itu, penambahbaikan terhadap penyediaan dan penetapan kuota Bumiputera juga telah dilaksanakan dalam dasar perumahan yang baru ini.

Beberapa pindaan berkenaan kuota Bumiputera dilakukan seperti kadar peratusan penetapan kuota Bumiputera bagi perumahan dan perniagaan atau perindustrian akan diasingkan.

Kadar peratusan peruntukan kuota Bumiputera juga ditambahbaik mengikut jumlah penduduk Bumiputera di kawasan terbabit.

Sebagai contoh, kawasan Kampong Gajah yang didiami 99% penduduk Bumiputera, sebanyak 50% kuota perumahan dan 20% kuota perindustrian Bumiputera diperuntukkan.

Kredit : PDT Manjung

Melalui mekanisme pelepasan kuota Bumiputera di bawah DPNP yang baru ini, ia dilihat sebagai salah satu langkah ‘serampang dua mata’ bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemaju serta juga pembeli dalam masa yang sama.

Jika dilihat DPNP ini secara menyeluruh pula, ia adalah sebuah dasar yang digubal untuk memastikan kepentingan rakyat negeri Perak sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah