Di Sebalik Kesesakan Jalan Kuching, Ini Potensi Hartanah Yang Tidak Wajar Dilepaskan | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda

Di Sebalik Kesesakan Jalan Kuching, Ini Potensi Hartanah Yang Tidak Wajar Dilepaskan

Template Featured Image 2020 (11) 01

Dipos oleh Hi HOME pada Ogos 5, 2020
| 0

Pada waktu pagi dan petang, kebanyakan rangkaian jalan raya di ibu kota kebiasaannya begitu sinonim dengan kesesakan yang mana sudah dianggap sebagai satu norma bagi pengguna laluan ini saban hari.

Sesuai dengan kepesatan dan pembangunan di Kuala Lumpur dan sekitarnya, kesesakan juga sudah tidak lagi dianggap sebagai satu masalah yang besar malah kebanyakannya ditangani dengan pelbagai tips yang mudah dipraktikkan oleh orang ramai.

Antara kaedah yang biasa diambil oleh para pengguna laluan yang sesak adalah seperti menggunakan pelbagai pengangkutan awam yang disediakan, menaiki motosikal, keluar ke tempat kerja lebih awal atau paling praktikal; pindah mencari kediaman yang lebih dekat dengan pejabat.

Oleh itu, meskipun terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya, masa dan tenaga yang diambil boleh dikurangkan bagi memastikan tahap produktiviti di tempat kerja boleh dikekalkan. Jika ini dapat dicapai hati pun senang sebelum pergi dan ketika pulang dari tempat kerja.

Boulevard Business Park – Vescope

Kredit : Vescope

Oleh itu, salah sebuah projek kediaman yang ideal kepada warga kota yang ingin jarak yang lebih dekat untuk ke tempat kerja adalah Boulevard Serviced Apartment (BSA) yang dibangunkan dalam sebuah kawasan pembangunan integrasi strategik yang dikenali sebagai Boulevard Business Park (BBP) yang terletak di Jalan Kuching.

Kesesakan Sebagai Norma Warga Kota

Salah satu rangkaian jalan raya yang begitu sinonim dengan kesesakan jalan raya saban hari adalah laluan antara Bulatan Batu Caves, Jalan Kuching hingga susur ke Bulatan Segambut. Bagi sesiapa yang biasa melalui laluan pasti begitu cermat untuk memastikan pergerakan ke pejabat setiap hari.

Tetapi suasana ini sedikit berubah apabila pembinaan tiang landasan MRT berdekatan Bulatan Kepong telah selesai dibina pada tahun ini. Walaupun masih dibelenggu kesesakan tetapi situasi agak terkawal berbanding tahun sebelumnya apabila kawasan pembinaan ini sentiasa menjadi punca kesesakan yang panjang.

Meskipun dilatari dengan kesesakan jalan raya tetapi jika diperhatikan, sepanjang laluan ini di bahagian kiri dan kanan turut menyaksikan pelbagai projek kediaman dan lot-lot pejabat sedang dibangunkan dengan pesat.

Situasi ini sekaligus menunjukkan bahawa kawasan sekitarnya mempunyai potensi dan nilai yang boleh memberi pulangan lumayan kepada sesiapa sahaja yang memiliki aset di sini dalam bentuk kediaman atau premis perniagaan dan pejabat.

Jalan Kuching – MRT Corp

Kredit : Awani

Maknanya, kesesakan bukanlah isu yang besar yang berisiko merencatkan pembangunan fizikal di sini dan memilih BSA sebagai kediaman di sini adalah pilihan yang tepat dan bijak.

Rangkaian Lebuhraya

Tambahan pula sepanjang laluan ini pula terdapat akses lebuhraya yang boleh menjimatkan masa seperti Lebuhraya Duke yang memudahkan pengguna untuk bergerak ke pelbagai destinasi. Antara destinasi yang boleh diakses melalui Lebuhraya Duke adalah Jalan Duta, Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Plus.

Kini Lebuhraya Duke juga telah membuka laluan baharu untuk ke ibu kota melalui Jalan Genting Klang dan Jalan Tun Razak serta destinasi yang menuju ke Kuala Selangor. Satu lagi akses baharu yang memudahkan pengguna Lebuhraya Duke adalah pembukaan laluan pusingan-U menuju ke Jalan Ipoh selepas keluar dari lebuhraya ini.

Plaza Tol Jalan Duta | Tradisi balik kampung sempena Aidilfitri ...

Kredit : Awani

Hanya dengan Lebuhraya Duke sahaja, pelbagai akses dan destinasi ke semua arah boleh dicapai dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan tenaga.

Pengangkutan Awam

Selain itu, Jalan Kuching juga turut disediakan pengangkutan awam seperti stesen KTM Segambut dan Taman Wahyu, teksi serta kemudahan grabcar untuk para pengguna pergi ke mana-mana. 

Ketika ini rangkaian stesen MRT juga sedang rancak dibina meliputi Kentonmen, Sri Delima dan Jinjang. Sejurus selesai dibina, sudah pasti bukan sahaja pembangunan akan semakin rancak, malah nilai hartanah juga turut meningkat.

Destinasi Membeli-belah

Untuk penilaian yang lebih adil, Jalan Kuching bukanlah hanya tentang kesesakan sahaja. Sebaliknya, jika anda memiliki kediaman di kawasan ini, kehidupan anda lebih mudah kerana dikelilingi dengan pelbagai destinasi membeli-belah.

Antara kemudahan membeli-belah untuk keperluan harian yang mudah dicapai adalah Brem Mall, Plaza Sungai Mas, Tesco Extra Selayang, Tesco Kepong Village Mall-Menjalara, AEON Metro Prima Kepong, Selayang Mall dan Plaza Mont Kiara.

Kalau mahu barang dapur seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih murah lagi segar, bolehlah lajak sehingga ke Pasar Borong Selayang untuk mengasah skil tawar-menawar dengan para penjual di sini.

Easy RHB Sungai Mas Plaza - RHB bank Jln Ipoh Sg Mas Plaza

Kredit : RHB

Tetapi jika anda menginginkan destinasi hujung minggu bagi tujuan mencuci mata (window shopping), menikmati juadah yang berbeza, membeli belah bagi memenuhi citarasa terkini dan menonton wayang, Sunway Putra Mall yang terletak berdekatan Jalan Kuching juga merupakan destinasi terbaik.

Berdekatan Sunway Putra Mall juga terletak Sogo dan Jalan TAR yang menjadi destinasi wajib ketika musim perayaan. Semua lokasi ini boleh dituju tanpa perlu bersusah payah atau membuang masa yang lama di jalan raya.

Lagi sekali, dengan kemudahan Lebuhraya Duke, senarai destinasi membeli-belah semakin bertambah samada ke Melawati Mall, IKEA Damansara, One Utama, The Curve dan sebagainya.

Inginkan keterujaan sebagai penghuni BSA?

Di BBP turut dibangunkan sebuah kompleks membeli-belah. Walaupun kompleks membeli belah ini belum beroperasi tetapi dengan kedudukan yang berada di lokasi strategik, sudah pasti potensi dan nilai kawasan ini akan meningkat pada masa akan datang.

Bayangkan pada waktu itu, anda pula merupakan salah seorang pemilik unit BSA, maka inilah pelaburan hartanah yang akan memberikan keuntungan lumayan kelak.

Kemudahan Awam

Bagi yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, sepanjang jalan Kuching turut terdapat kemudahan pendidikan peringkat rendah dan menengah seperti Sekolah Kebangsaan Sri Delima, Sekolah Kebangsaan Batu 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah.

Sementara itu, bagi umat Islam yang ingin beribadah secara berjemaah, Masjid Abu Hurairah dan Masjid Wilayah Persekutuan turut terdapat berdekatan kawasan ini. Turut terdapat di kawasan ini adalah balai polis, balai bomba, Hospital Selayang yang akan melindungi kepentingan keselamatan serta kesihatan para penduduk berdekatan.

Potensi Jalan Kuching

Berdasarkan kepada potensi yang terdapat di sini, maka tidak hairanlah apabila Magna City Development Sdn Bhd melaksanakan projek pembangunan yang dikenali sebagai Boulevard Business Park. Di atas kawasan pembangunan seluas 10 ekar dengan pegangan kekal (freehold), firma pembangunan hartanah ini turut menawarkan pembangunan hibrid yang meletakkan premis pejabat, perniagaan, pasaraya runcit serta menara apartmen servis secara bersama.

Magna City Development Sdn Bhd merupakan syarikat yang menumpukan pembangunan di Lembah Klang dengan konsep mengintegrasikan gaya hidup terkini dengan memberi penekanan kepada kawasan yang berkepadatan tinggi tetapi memiliki akses jalan raya yang mudah dan nilai pembangunan yang tinggi.

Bagi projek kediaman, terdapat Boulevard Serviced Apartment (BSA) yang memiliki pelbagai fasiliti seperti kolam renang, kafeteria, tempat barbeku, gimnasium dan taman permainan kanak-kanak.

Kini, projek pembangunan kediaman dan komersial di kawasan ini telah siap dibina dan sedia untuk diduduki. Ini secara tidak langsung menghindarkan kadar servis pinjaman bank oleh para peniaga.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, hubungi Atiqah di talian 012-946 4812 atau Thiru di talian 012-606 9376.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah