Elak Renovasi Remeh, Semak 'Checklist' Ini Sebelum Beli Rumah Teres | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda
Checklist Beli Rumah Teres

Dipos oleh myhartabumi pada September 28, 2017
| 0

Checklist Beli Rumah Teres
Kita tak beli rumah hari-hari, lagi-lagi rumah teres. Jadi kita perlu elak dari terlepas pandang benda-benda kecil yang mungkin akan jadi isu besar dalam kediaman kita.

Kepada yang nak beli rumah teres, Hartabumi sudah susunkan checklist sebagai panduan untuk anda. Manfaatkan sebanyak yang boleh supaya kita tak perlu lagi nak renovate dan sebagainya.

1. Orientasi matahari seeloknya elak daripada menghadap bilik tidur utama. Cara untuk kenalpasti ialah dengan lihat lokasi rumah pada waktu pagi sekali, dan petang sekali. Ataupun lihat saja arah petunjuk angin di lokasi itu.

2. Pastikan lokasi rumah dekat dengan kemudahan penting seperti klinik, surau, dan kedai runcit.

3. Cucur atap rumah biar memanjang ke hadapan rumah supaya dapat halang cahaya silau dan hujan. Barulah selesa.

4. Jika boleh, cari kawasan perumahan yang ada tangki air besar sendiri, yang saliran air tidak bergantung 100% dari saluran paip utama.

5. Ketinggian siling seeloknya sekitar 10 kaki. Untuk elak risiko putus jari atau putus kepala.

6. Dapur ialah ruang aurat bagi wanita. Jadi seeloknya dapur biarlah terletak di bahagian belakang rumah. Tak mahu lah masuk-masuk saja terus ganggu privasi mereka.

7. Bagi yang beragama Islam, kedudukan kiblat juga kena semak. Tak best pula nanti sembahyang menghadap bilik air.

8. Bumbung yang elok ialah bila hujan turun di belakang dan depan rumah, bukan air hujan jatuh di tengah.

Semak perkara asas ini sebelum beli rumah teres

9. Atas tingkap perlu ada bumbung atau ‘coping’ supaya tak silau dan hujan tak masuk dalam rumah.

10. Seeloknya cari rumah yang dibina dengan bata merah. Rumah bata merah lebih sejuk berbanding rumah yang dibina dengan bata simen.

11. Bumbung yang terbaik ialah bumbung tanah liat yang kemerah-merahan tu. Selain warnanya tahan lama, ia juga berfungsi sebagai penebat haba dan bunyi. Jadi carilah rumah yang berbumbungkan tanah liat atau ‘clay tiles’ berbanding bumbung logam.

12. Untuk rumah yang menghadap matahari atau bumbung pendek, carilah ‘screen louvers’.

13. Rumah corner lot jika dijual semula akan jadi sangat laku. Jadi jika ada duit lebih, belilah corner lot.

14. Elakkan unit bersebelahan atau berdekatan janakuasa TNB dan kolam kumbahan Indah Water.

15. Pilih kediaman bercat terang. Semakin gelap warna rumah, semakin banyak haba matahari disimpan dalam dinding.

16. Pilih pemaju yang berpengalaman bina rumah kualiti tinggi. Lebih baik sekiranya pemaju itu pernah menang anugerah.

Kepada pembeli rumah apartment, jangan hampa. Kami juga ada sediakan panduan beli rumah apartment dalam buletin edisi 12 kami yang boleh didapati di sini. Teruskan membaca artikel-artikel kami untuk jadi power dalam ilmu hartanah.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah