Enam Faktor Mengapa Tiara Biz Merupakan Lokasi Strategik Kepada Sesebuah Bisnes | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda

Enam Faktor Mengapa Tiara Biz Merupakan Lokasi Strategik Kepada Sesebuah Bisnes

Tiara Biz 01

Dipos oleh Hi HOME pada September 15, 2020
| 0

Ingin memulakan perniagaan dengan lebih serius dengan lokasi strategik tetapi tidak pasti kawasan mana yang sesuai?

Jika anda inginkan sebuah premis baharu di luar dari kawasan Lembah Klang yang menjanjikan persekitaran baharu yang lebih segar dan berdaya saing, mungkin Tiara Biz di Tiara Sendayan adalah pilihan utama yang perlu diberi perhatian.

Terdapat enam faktor yang menjadikan Tiara Biz merupakan pilihan tepat untuk memulakan perniagaan.

Pertama, Tiara Biz terletak di kawasan tumpuan utama untuk urusan komersial atau keperluan harian. Bukan itu sahaja, kawasan ini mempunyai akses lebuhraya dan pengangkutan yang amat selesa kerana berdekatan dengan susur keluar Seremban dan Port Dickson.

TIARA SENDAYAN - Home Sweet Home

Kedua, Tiara Biz dikelilingi pelbagai projek pembangunan komersial dan kediaman yang semakin rancak. Selain itu, terdapat infrastruktur yang telah siap tersedia yang menjadi penarik utama seperti pasaraya besar Tesco, Mydin, Palm Mall, NSK, Trade City, AEON S2, Suriaman Biz dan Sendayan Metropark. 

Ketiga, Tiara Biz memang berada dalam sebuah kawasan yang memang mempunyai kadar populasi penduduk yang semakin meningkat. Maknanya dari segi aliran kunjungan penduduk keliling sahaja sudah cukup membantu peniaga memastikan perniagaan dapat bersaing dengan sihat. Dianggarkan populasi Tiara Sendayan adalah kira-kira 12,000.

Keempat, Tiara Biz terletak berdekatan jalan raya utama antara Sepang/KLIA dan juga Bandar Sri Sendayan/ Seremban. Dari segi kedudukan lokasi ini, peniaga di sini sudah mendapat kelebihan kerana kos untuk operasi pengiklanan atau pemasaran sudah tidak menjadi masalah yang terlalu besar kerana mendapat pendedahan (visibility) yang ini amat tinggi.

Seremban 2 Central Park 3 Bedrooms Apartment - Apartments for Rent in Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Kelima, Tiara Biz dilengkapkan dengan infrastruktur yang menjadi tarikan utama iaitu bazar makanan dan juga tiga stesen minyak. Jangan bimbang tentang kawasan parkir kerana sekitar Tiara Biz mempunyai jumlah yang cukup banyak. Malah berdekatan Tiara Biz juga terdapat Central Park berkeluasan 12 ekar yang akan menarik lebih ramai pengunjung terutama pada hujung minggu.

Keenam, Tiara Biz dibangunkan berdasarkan kepada pelan pembangunan bandar yang strategik dan terancangan yang mana sudah pasti memiliki potensi tinggi kepada sesiapa sahaja baik peniaga atau penghuni kediaman di Tiara Sendayan.

Selepas meneliti faktor luaran yang cukup menarik, sekarang kita teliti pula bahagian dalaman premis Tiara Biz.

Dibangunkan dengan keluasan sehingga 3,100 kaki persegi, Tiara Biz merupakan premis Kedai pejabat dua tingkat yang dilengkapi dengan dua bilik air di setiap tingkat.

Untuk tingkat G, bukaan lantai yang lapang sepenuhnya akan memberikan ruang kreativiti kepada pemiliknya untuk membuat sentuhan dekorasi yang mampu menggamit perhatian para pengunjung mencuba pengalaman baharu di premis perniagaan.

Keluasan seperti ditawarkan Tiara Biz amat sesuai untuk apa juga jenis perniagaan sama ada restoran, café, butik pakaian, butik perkahwinan dan sebagainya.

Sementara itu, di tingkat 1 pula lebih sesuai untuk dijadikan ruang pejabat. Terdapat dua bilik yang telah tersedia manakala ruang tamu yang luas akan memberikan keselesaan dan kelancaran dari segi pergerakan para pekerja selepas pejabat itu mula beroperasi.

Ditawarkan pada harga RM836,000 sebelum diskaun dan RM752,400 selepas diskaun, Tiara Biz kini hanya tinggal 50 unit sahaja lagi untuk direbut.

Keistimewaan kepada Bumiputera turut disediakan oleh pemaju apabila terdapat 15 unit disediakan dan 10 peratus diskaun untuk Bumiputera. Bukan itu sahaja, Tiara Biz turut menawarkan yuran guaman percuma dan keahlian percuma d’Tempat Country Club selama lima penggal.

Jika anda berminat untuk memiliki premis di Tiara Biz samada untuk memulakan perniagaan atau dijadikan aset pelaburan, segera bertindak dengan menghubungi 1800-88-2688 dan 06-7922868 atau kunjungi galeri Matrix Galleria di alamat:

Matrix Galleria @ d’Tempat Country Club

PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1,

71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

(GPS Coordinate Code 2.674820, 101.863722)

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah