Fahami Trend Perundangan Hartanah | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda


Dipos oleh myhartabumi pada Jun 20, 2017
| 0

Pasaran hartanah pada tahun ini dilihat semakin rumit atas tekanan ekonomi dan pengawalan baru. Pelabur dan pembeli hartanah perlu akur untuk berurusan dengan perkara ini.

Pembeli dan pelabur dinasihatkan supaya menjadi lebih celik pasaran dan cuba untuk lebih memahami trend dan dasar undang-undang baharu yang digunapakai apabila membeli hartanah untuk tujuan pelaburan.

Berikut merupakan beberapa perkara penting yang pembeli dan pelabur hartanah perlu tahu:

1) Perlindungan Pembeli Rumah vs Perlindungan Pelabur Hartanah

Jelas di dalam peruntukan undang-undang seperti Pemajuan.

Perumahan (Kawalan dan Pelesenan), 1966 (Pindaan 2007) dan Hak Milik Strata (Pindaan) 2013, bahawa pemilik rumah mempunyai lebih banyak perlindungan berbanding pelabur hartanah bukan kediaman.
Bakal pembeli rumah atau pelabur hartanah perlu meluangkan lebih banyak masa untuk mengumpul maklumat yang relevan berkaitan dengan oelaburan bagi membiasakan diri dengan hak-hak mereka.

2) Diketuai oleh Pengurusan Hartanah

Pengurus hartanah sebenarnya wujud tetapi anda mungkin tidak tahu apakah peranan mereka. Mereka boleh menguruskan semua jenis hartanah dari rumah teres setingkat sehingga rumah banglo dan rumah mewah.

Seringkali berlaku, pemilik rumah memiliki sebidang tanah yang baik, tetapi mereka mengabaikan atau terlepas pandang mengenai penyelenggaraan dan akhirnya menjadikan nilai tanah itu tadi jatuh dan merosot. Perkara ini akan menjadikan tanah berkenaan sukar dijual untuk masa hadapan.

Untuk hartanah seperti pangsapuri dan rumah-rumah di komuniti berpagar, mereka mengenakan bayaran penyelenggaraan dan kumpulan wang itu tadi akan diuruskan oleh pengurusan yang profesional.

3) Sukar untuk Menjadi Pemaju

Pembangunan hartanah melibatkan pelbagai aktiviti dan proses daripada pembelian tanah, kepada pembinaan bangunan dan membina kemudahan. Semakin banyak pembangunan dibina di sesebuah kawasan, semakin sedikit tanah boleh didapati. Lebih-lebih lagi di kawasan utama.

Pemaju akan menghadapi kesukaran untuk membangunkan hartanah kediaman di kawasan baru. Apabila tanah lebih sukar didapati, ianya akan menjadikan harga meningkat lebih mahal. Hal ini akan menjadikan hartanah lebih sukar untuk dijual kerana harga hartanah akan lebih tinggi bagi menggambarkan kos tanah yang tinggi dan pemaju perlu menyediakan kemudahan semaksimum mungkin untuk menarik pembeli.

4) Pelaburan yang Kolektif

Sekiranya pembeli tidak mampu untuk membeli rumah sendiri, ada cara lain boleh digunakan iaitu dengan bergabung atau bekerjasama dengan ahli keluarga yang dipercayai atau rakan terdekat sebagai rakan kongsi.

Bank juga lebih mudah meluluskan pinjaman kepada peminjam bersama. Sekiranya mempunyai rakan kongsi yang lebih muda lebih beruntung, kerana bank akan memberi tempoh pinjaman yang lebih panjang.

5) Hartanah Strata menjadi pilihan

Hartanah strata merupakan salah satu hartanah kediaman yang popular dan menjadi pilihan orang ramai untuk didiami. Ini kerana rumah strata memberikan jaminan dari segi keselamatan dan juga kemudahan yang pelbagai.

Hartanah strata terbahagi kepada beberapa jenis seperti pangsapuri, kondominium dan kediaman yang berpagar dan mempunyai kawasan umum berkongsi seperti lif, taman, laluan kereta dan sebagainya.

Penduduk perumahan strata ini akan dikenakan bayaran penyelenggaraan dan kumpulan wang itu akan digunakan untuk membaik pulih sebarang kerosakan yang berlaku pada hartanah terbabit.

Pelaburan dalam hartanah strata adalah satu prospek yang baik kerana pelabur kebiasaannya akan mendapat pulangan yang hebat. Ini kerana hartanah strata mempunyai permintaan yang konsisten dan mudah untuk dijual.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah