Harga Rumah Akan Murah Jika Pemaju Guna Sistem IBS | HARTABUMI
Hasil carian anda

Harga Rumah Akan Murah Jika Pemaju Guna Sistem IBS

Sistem Ibs Rumah Hartanah Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada Mei 17, 2019
| 0

Antara punca orang ramai tidak mampu memiliki rumah adalah harga rumah yang meningkat melebihi kenaikan gaji. Apakah caranya bagi mengurangkan kos pembinaan rumah ini?

Salah satu teknologi yang boleh digunakan bagi mengurangkan kos pembinaan rumah adalah dengan menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS), turut dikenali sebagai pembinaan pasang siap.

IBS mungkin asing bagi rakyat biasa seperti kita, namun teknologi telah digunakan secara meluas di negara-negara maju.

Malah, IBS telah pun diperkenalkan dalam industri pembinaan negara sekian lama iaitu bermula dengan projek perumahan Flat Pekeliling, Kuala Lumpur dan Flat Rifle Range Road atau Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang pada 1966.

Wow 1

Credit:Tenor Gif

Bagaimana IBS mampu menurunkan harga rumah?

Penggunaan sistem IBS menjanjikan penghasilan produk berkualiti tinggi dan meminimumkan pembaziran kerana produk yang dihasilkan di kilang telah melepasi standard yang ditetapkan.

Dengan IBS, setiap bahagian rumah akan dihasilkan di kilang dan di hantar ke tapak pembinaan untuk dipasang. Cara ini sememangnya lebih efisen dan pantas berbanding cara tradisional.

Selain itu, IBS mampu mengurangkan penggunaan tenaga buruh kerana kerja-kerja melepa dan mengikat batu-bata tidak lagi dipraktikkan. Hal ini secara tidak lansung mengurangkan kos upah bagi membina rumah.

Zuraidah Ibs

Credit: Malay Mail

Di samping itu, dengan IBS juga projek dapat disiapkan lebih cepat kerana komponen pasang siap hanya mengambil masa singkat untuk disiapkan.

Namun terdapat beberapa tanggapan buruk terhadap sistem IBS ini dimana dikatakan IBS ini tidak berkualiti dan hasil reka bentuknya yang tidak menarik dan tidak fleksibel. Perkara ini tidak benar sama sekali.

Sebagai contoh, teknologi digital Gamuda IBS membolehkan pemaju menawarkan pelbagai reka bentuk rumah berbeza kepada pembeli sama ada untuk kediaman teres, banglo atau apartmen.

Lihat sahaja reka bentuk rumah kediaman daripada Gamuda, hampir kesemuanya cantik di pandangan mata.

Gamuda adalah pelopor dalam teknologi IBS di Malaysia. Merek telah membangunkan kilang IBS digital pertama di Malaysia yang terletak di Sepang pada Julai 2016.

Kini Gamuda IBS mengorak langkah dengan pembinaan kilang kedua di Banting, Selangor sebagai persediaan memenuhi permintaan masa depan.

Dalam pada itu, teknologi IBS ini turut mendapat perhatian pihak kerajaan terutamanya daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

KPKT akan mewujudkan akademi Sistem Binaan Berindustri (IBS) sebagai usaha untuk memberi peluang kepada golongan muda mempelajari teknik pembinaan rumah berteknologi tinggi.

Zuraidah Ampang

Credit:The Sun Daily

“Golongan muda ini (pelajar Akademi IBS) juga akan membantu kerajaan membangunkan lebih banyak rumah mampu milik susulan kos pembinaan rumah IBS ini lebih rendah.” Zuraida Kamaruddin

Harapnya dengan penglibatan aktif dari pihak swasta serta sokongan daripada kerajaan, IBS bakal digunakan secara meluas di masa hadapan lantas membantu mengurangkan kos pembinaan rumah.

Dapatkan Kitab RayaKu Secara PERCUMA Sekarang !!!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah