Hasil carian anda

Hartanah Bawah RM800K Di Selangor

Dipos oleh Aezhad pada Januari 3, 2019
| 0

2018 telahpun melabuhkan tirainya dan ramai juga diantara rakyat Malaysia yang berjaya memiliki rumah pertama samada rumah jenis undercon, baru mahupun subsale.

Baca : Yang Mana Satu Pilihan Hati; Rumah Undercon, Subsale atau baru?

Untuk pembukaan tahun 2019 yang lebih baik ini, tim Hartabumi.com bawakan artikel berbentuk listing hartanah untuk golongan M40 yaqni mereka yang pada kebiasaannya mempunyai pendapatan isi rumah tepatnya RM3,860 sehingga RM8,319.

Hari ini, trend suami dan isteri bekerja adalah tidak lagi asing dan sekiranya anda (suami isteri) bekerja, adalah lebih baik sekiranya anda ‘joint loan’ untuk memiliki rumah.

Lupakan rumah pada harga bawah RM400,000, RM300,000 apatah lagi RM150,000 kerana harga rumah tersebut realitinya adalah makanan dan sasaran golongan B40 yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,860.

Kenapa Rumah Bawah RM800,000?

Untuk mendapatkan konsep rumah yang ideal, adalah memang tidak dinafikan anda perlu melabur lebih untuk mendapatkan suasana kejiranan dan reka bentuk rumah yang baik. 

Apa yang anda perlu tahu ialah, rumah yang anda lihat berharga RM500,000 pada hari ini tidak akan kekal selamanya berharga RM500,000. Pokoknya, harga rumah tidak pernah menunggu anda! 

Kredit: Starproperty

Tidak salah untuk anda membuat pelaburan jangka panjang dengan membeli rumah pertama dengan konsep yang ideal seperti SIGC Irama Residensi, Elmina City by Sime Darby dan juga EcoWorld yang ternyata membawakan konsep kejiranan moden, futuristik, mesra alam dan juga privasi.

Senarai Hartanah Bawah RM800,000 Di Selangor

1. Dahlia oleh ENCORP

Imej: Dahlia oleh Encorp

Projek perumahan Dahlia merupakan salah satu projek Must Ehsan Development Sdn Bhd, salah satu anak syarikat milik Encorp Berhad yang dibangunkan di Cahaya Alam, U12, Shah Alam, Selangor.

Dahlia menawarkan kediaman yang berkonsepkan moden, khas untung gaya hidup eksklusif anda.Dahlia terletak di lokasi yang strategik di Cahaya Alam, Shah Alam yang mantap dengan prasarana dan kemudahan awam.

Cahaya Alam juga mempunyai ‘linear park’ sesuai untuk penduduk untuk membuat aktiviti riadah dan bersantai. Tasik buatan juga terletak berhampiran dengan projek Dahlia menyempurnakan lagi suasana yang santai dan moden bagi penduduk di sini.

– Lihat Hartanah Ini.

2. Maju Kuala Lumpur oleh ASM Development

Imej: Maju Kuala Lumpur oleh ASM Development

Maju Kuala Lumpur merupakan apartment yang luas dan kontemporari dengan pelbagai  kemudahan kedai runcit dan kemudahan pada waktu lapang dalam lebih daripada 1 juta kaki persegi pusat membeli-belah.

Terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur, lokasi kediaman ini adalah sangat strategik gara – gara mempunyai jaringan pengangkutan awam seperti KTM dan MRT, bahkan anda turut menikmati akses  ke lebuhraya utama.

– Lihat Hartanah Ini.

3. Gemilang 2 @ Bayuemas oleh I&P

Imej : Bayuemas oleh SP Setia

Pada harga bermula RM 661,800, anda mampu memiliki rumah teres dua tingkat ini yang mempunyai keluasan 1,920 kaki persegi sehingga 3,648 kaki persegi dan terletak di Klang, Selangor.

Antara kemudahan yang terdapat di Bayuemas adalah kawasan rekreasi, sekolah, masjid shopping complex, hospital kerajaan dan juga hospital swasta. 

Apa yang menjadikannya lebih istimewa ialah kerana kediaman ini adalah salah satu projek terbaru milik I&P iaitu sebuah anak syarikat SP Setia Setia yang memang telah diketahui merupakan pemaju hartanah tersohor dengan township yang cantik dan sistematik.

– Lihat Hartanah Ini.

4.  Ayra 2 oleh Sime Darby Property

Imej: Ayra 2 oleh Sime Darby Property

Ayra 2 merupakan salah satu projek perumahan oleh pemaju Sime Darby Property yang dibangunkan di Bandar Bukit Raja dengan konsep kehijauan flora.

Pada harga RM 640,666, dengan keluasan 1,901 kaki persegi hartanah ini sesuai untuk anda yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 sehingga RM8,000 sebulan dan dijangka siap pertengahan 2020.

– Lihat Hartanah Ini.

5. Lakeville Residence oleh Mah Sing

Imej: Lakeville Residence oleh Mahsing

Lakeville Residence merupakan projek terbaru oleh Mahsing terletak di Taman Wahyu. Keluasan rumah yang ditawarkan adalah 978 kps ke 1,341 kps dan terdapat 6 blok dan mempunyai 1,898 unit.

Dari segi reka bentuk rumah ini, kediaman ini cantik dan selesa. Selain itu, privasi adalah salah satu aspek yang dijanjikan oleh Mahsing untuk projek ini menjadikan hartanah ini berkepadatan rendah.

Kini dengan adanya lebuh raya dan jalan raya seperti (DUKE) membuat anda lebih mudah untuk ke pusat bandar. Yang lebih menarik, perjalanan ke KLCC hanya makan masa 10 minit sahaja dan tanpa sebarang tol.

– Lihat Hartanah Ini.

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link
Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link

Bandingkan Hartanah