Hi HOME : Mr. Ahmad Yazid Othman: Mekanisma Pelepasan Bumiputera | HARTABUMI
Hasil carian anda

Hi HOME : Mr. Ahmad Yazid Othman: Mekanisma Pelepasan Bumiputera

Yazid Othman 01

Dipos oleh HARTABUMI pada Ogos 9, 2019
| 0

En. Ahmad Yazid memulakan sesi beliau dengan menyatakan bahawa Polisi Ekonomi Baharu dipertubuhkan untuk mengecilkan jurang pemilikan rumah dengan semua kelas masyarakat yang berlainan.

Data dari Napic yang ditunjukkan oleh beliau menyatakan bahawa 75.5% rumah yang tidak terjual bukan rumah status bumiputera dan hanya 24.5% merupakan rumah status bumiputera.

Beliau juga membawa kedepan isu pendapatan median rakyat Malaysia (pada tahun 2016) ialah RM5 228. Berita ini jelas menunjuk yang rakyat tidak mampu memiliki rumah pada harga median.

En Ahmad Yazid juga memberi penjelasan terhadap dasar tindakan afirmatif yang masih relevan dengan bangsa bumiputera yang masih kebelakangan dengan bangsa lain.

Dia juga menerangkan bahawa rumah status bumiputera tidak semestinya lebih bernilai dengan rumah tidak berstatus bumiputera kerana ia hanya boleh dijual kepada bangsa bumiputera.

Satu contoh di mana isu memilik rumah ditangani adalah seperti bagaimana Kerajaan Johor telah melaksanakan satu projek dengan mengumpul pelaburan sebanyak RM 600 juta dari pemaju untuk membina 6000 buah rumah.

En Ahmad Yazid juga menekankan yang kemampuan memilik rumah di Johor harus diusahakan oleh pihak lain.

Untuk mendalami lebih lanjut, kunjungi laman web Hi Home di www.hihomes.my 

Banner Hihome 01

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah