Hi HOME : Tan Sri Tony Fernandes, Disrupting the Property Industry, The Low-Cost Way | HARTABUMI
Hasil carian anda

Hi HOME : Tan Sri Tony Fernandes, Disrupting the Property Industry, The Low-Cost Way

Tan Sri Tony Fernandes, Disrupting The Property Industry, The Low Cost Way

Dipos oleh Nasruddin pada Ogos 19, 2019
| 0

Persidangan Hi Home merupakan acara hartanah pertama buat Tan Sri Tony Fernandes. Beliau percaya dengan memiliki harta sendiri daripada menyewa.

Pembelian hartanah merupakan strategi yang berisiko rendah daripada aktiviti menyewa. Ia merupakan satu aset dimana nilainya akan meningkat pada masa hadapan

Tony juga memuji usaha Hi Home untuk mendidik tentang pelaburan hartanah. Ia bukan setakat mendidik tetapi mereka kandungan dari segi penulisan dan video untuk mempromosi hartanah yang terdapat di pasaran.

Hi Home juga merupakan platform yang mengajar pembeli untuk membeli rumah, mereka tempat kediaman dan cara yang betul dan mudah untuk mendapat pembiayaan rumah.

Satu konsep yang dibawa tengah olehnya ialah memikirkan jika masyarakat menggunakan tempat tinggal secara menyeluruh.

Adakah pembeli kini lebih memasak atau makan diluar? Dimana ruang yang tidak selalu digunakan. Mungkin terdapat peluang perniagaan jika dapat mengatasi masalah tersebut.

Tony mengakhiri sesi beliau dengan mengucapkan kata-kata semangat “Believe in anything you wish to achieve and don’t ever take no for an answer”.

Untuk mendalami lebih lanjut, kunjungi laman web Hi Home di www.hihomes.my 

Banner Hihome 01

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah