Hasil carian anda

Hibah Alternatif Terbaik Pembahagian Hartanah

Dipos oleh Aezhad pada November 22, 2018
| 0

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga pasti terpinga – pinga akan tindakan apa yang perlu mereka ambil. Perkara ini lebih rumit bilamana melibatkan pembahagian harta pusaka lebih – lebih lagi berkenaan hartanah. Oleh yang demikian, adalah penting untuk ahli keluarga memahami apa itu hibah hartanah.

Kredit: Majalah Labur
 

“Hibah adalah lebih mudah diuruskan, terus ke pewaris dan patuh syariah.”

Definisi Hibah

Mengikut Islam hibah dalam bahasa mudah ialah hadiah atau pemberian daripada satu individu kepada individu yang lain ataupun kepada pihak tertentu.

Kredit: Kabarbisnis
 

Hadiah atau pemberian itu dilakukan semasa individu pemberi tersebut masih hidup dan dibuat oleh pemilik harta secara sukarela tanpa ada sebarang tekanan atau paksaan daripada mana – mana pihak.

Apa yang menariknya ialah, pemilik harta boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja sungguhpun penama tersebut tidak mempunyai sebarang pertalian darah atau kekeluargaan.

Bahkan, adalah tidak mustahil untuk seorang individu yang bukan Muslim untuk menerima harta menerusi hibah!

Pada kebiasaannya, syarat yang diletakkan dalam hibah ialah harta tersebut hanya boleh dipindah milik apabila pemilik harta tersebut telah meninggal dunia dan tidak boleh dipindah milik selagi pemilik harta masih hidup.

Adakah Hibah Alternatif Terbaik?

Buat pengetahuan anda, hibah adalah salah satu cara pengurusan harta benda dan harta pusaka yang paling mudah dan efisien gara – gara pembahagian harta tidak perlu melalui proses faraid yang rumit dan memakan masa yang lama.

Kredit: Nota Takaful & Urus Pusaka
 

Dengan hibah, sebagai pemilik harta, anda mampu menetapkan siapakah bakal penerima dan jumlah yang akan diterima individu tersebut. 

Dorongan utama hibah dipilih sebagai alternatif terbaik ramai individu dalam pembahagian harta berbanding faraid ialah waris dalam ahli keluarga lain tidak mempunyai sebarang hak dalam menuntut harta yang telah dihibahkan.

Kepentingan Hibah Hartanah

Dalam pembahagian harta pusaka melibatkan hartanah pula, pemilik hartanah dinasihatkan untuk memilih medium hibah bagi mengelakkan perpecahan di dalam kalangan ahli keluarga kelak.

Kepentingan menghibahkan hartanah semasa hidup ialah :-

1. Aset Untuk Keluarga Tersayang.

Buat anda yang mempunyai beberapa unit hartanah mahupun bergelung – gelung tanah, adalah lebih bijak untuk anda hibahkan aset tersebut kepada ahli keluarga sebagai satu modal mahupun aset untuk mereka meneruskan kehidupan kelak.

2. Tiada Kos Guaman dan Mahkamah.

Jangan salah tafsir bahawa anda sebenarnya tetap perlu mengeluarkan kos untuk dokumentasi. Tiada kos guaman di sini bermaksud, anda tidak perlu mengupah peguam dan menyelesaikan isu harta anda di mahkamah seperti medium wasiat dan faraid.

3. Elak Perebutan Harta.

Apabila anda telah menghibahkan harta anda, secara automatik ahli keluarga dan waris lain tidak boleh dipindah milik sesuka hati mereka dan mereka perlu akur dengan harta yang telah anda hibahkan itu.

Kredit: Duit Kertas
 

4. Tidak Boleh Dituntut Waris Lain.

Selepas kematian, pasti ada cubaan menuntut harta daripada waris lain sehingga melibatkan prosiding mahkamah. Dengan hibah, harta anda tidak boleh dituntut waris lain.

5. Menyelesaikan Hutang Yang Ditinggalkan.

Anda perlu mengambil perlindungan takaful samada MRTT atau MLTT ke atas pinjaman perumahan anda sewaktu memohon pinjaman perumahan dari panel bank. 

Dan apabila pemilik meninggal dunia, baki pinjaman tersebut akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful dan waris tidak lagi terbeban dengan baki hutang sedia ada. 

Baca : Insurans Rumah MRTT vs MLTT?

Jom Survey Rumah Murah di Hartabumi.com!

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah