Jana Pendapatan Dengan Airbnb di Malaysia | HartabumiHARTABUMI
Hasil carian anda
Jana Pendapatan Dengan Airbnb Hartabumi Tips Hartanah 2018

Dipos oleh myhartabumi pada Februari 13, 2018
| 0

Ada rumah tapi tidak reti buat pelaburan adalah satu kerugian. Kenapa? Kerana hari ini, ramai orang tidak tahu bahawa mereka boleh jana pendapatan dengan Airbnb. 

Jana Pendapatan Dengan Airbnb Hartabumi 02Kredit: Fortune.com

Airbnb ialah sebuah online marketplace untuk pelancong luar negara atau pengguna domestik yang ingin menyewa

  • Rumah Percutian.
  • Apartment/ Servis Resident.
  • Banglo.
  • Homestay.
  • Rumah.
  • Hostel
  • Bilik.

Jana Pendapatan Dengan Airbnb Hartabumi 01

Potensi Jana Pendapatan Dengan AirBnb

Tahukah anda, pada tahun 2017 terdapat 2.6 juta pelancong yang menggunakan servis Airbnb di Malaysia. Jumlah ini terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa potensi besar untuk anda jana pendapatan dengan Airbnb.

81% listing Airbnb di Malaysia adalah jenis rumah yang merangkumi pelbagai jenis rumah seperti rumah teres, apartment, flat, servis residen, banglo, SoHo dan sebagainya. 

Jana Pendapatan Dengan Airbnb Hartabumi 03Kredit: Femalemag.com.my

Purata pelancong yang menggunakan servis Airbnb di Malaysia adalah pada nisbah 2.2 untuk satu malam. Jadi, memang sah anda boleh jana pendapatan dengan Airbnb kerana permintaannya yang tinggi di Malaysia!

“Airbnb telah menjana pendapatan yang menakjubkan di Malaysia iaitu sebanyak RM200.4 juta untuk ekonomi Malaysia pada tahun 2017 sahaja.” – Kwok

Sebelum anda menggelupur untuk daftar Airbnb dan jana pendapatan dari Airbnb, anda perlu tahu bahawa Airbnb akan mengambil 3% caj dari harga rumah yang anda kenakan pada pengguna rumah anda kelak. 

Jana Pendapatan Dengan Airbnb Hartabumi 04Kredit: Airbnb.com.my

Bukan sahaja pemilik rumah yang mampu jana pendapatan dari Airbnb, tetapi pihak kerajaan turut mendapat manfaat dari Airbnb dengan kedatangan lebih ramai pelancong ke negara kita sekaligus mempromosikan budaya Malaysia yang kaya raya. 

1. Jumlah Airbnb di Malaysia.

Jana Pendapatan Dengan Airbnb Hartabumi 2018 01.

2. Pendapatan dari Airbnb di Malaysia.

Jana Pendapatan Dengan Airbnb Hartabumi 2018 02

3. Nisbah Pengguna Airbnb di Malaysia.

Jana Pendapatan Dengan Airbnb Hartabumi 2018 03

Maka terjawablah persoalan bagi anda yang sedang mencari peluang dan ruang untuk jana pendapatan secara pasif. Buat golongan muda pula, fikirlah secara bijak samada anda nak beli rumah dahulu atau kereta dahulu. 

Rumusannya, berhutang untuk membeli aset seperti rumah kemudian anda laburkan bertujuan untuk jana pendapatan dari Airbnb adalah lebih baik berbanding berhutang 9 tahun dengan bank pertanian untuk sebuah kereta.

Telegram Hartabumi Info Hartanah Malaysia 1024x231

Jom dapatkan ilmu hartanah percuma di Telegram Hartabumi!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah