Jangan Hentak Lantai Rumah Anda. Ini Apa Anda Perlu Lakukan Jika Rumah Anda Ada Defect | HARTABUMI
Hasil carian anda

Jangan Hentak Lantai Rumah Anda. Ini Apa Anda Perlu Lakukan Jika Rumah Anda Ada Defect

Defect Rumah Baru Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada April 16, 2019
| 0

Baru – baru ini tular video seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan kualiti unit rumah yang dibelinya berdekatan dengan KLCC. Harga unit tersebut boleh tahan mahal, sekitar RM 2,500 per square feet jadi menjadikan harga unit itu RM 2 juta.

Lelaki tersebut dikatakan tidak tak tahan dengan kualiti yang tidak nampak ‘luxurious’ atau sama dengan standard rumah berharga RM2 juta. Jadi, dia telah bawa tukul besi dan pecahkan meja kaca unit itu. Power! 

Kredit: Booking

Tak cukup dengan itu, dia turut menghentak lantai jubin  berkali-kali kerana dikatakan retak. Kita sebagai orang awam melihat adegan ini memang seronok lah kerana berani gila lelaki ini hentak sana sini, campak kerusi sana sini. Aku tunggu juga dia pecahkan pintu sliding door itu, tetapi  dia tak buat pula.

BOLEHKAH PECAHKAN SANA SINI UNIT KITA?

Kredit: Facebook

Soalnya sekarang,  dia adakah ini cara terbaik untuk menzahirkan perasaan tidak puas hati dapat unit tak seperti yang digambarkan? Ya ini bukan lah caranya!

“Lelaki ini  menang sorak, boleh jadi dia hilang wang lagi banyak selepas isu ini.”

Pernahkah anda tahu tentang Defect Liability Period? Ini adalah tempoh bilamana kita sebagai pemilik rumah mendapat ‘vacant possession’ (dapat kunci rumah).

Buat pengetahuan anda, dalam tempoh ini, pemaju bertanggunjawab untuk selesaikan semua kecacatan yang pemilik rumah nampak, secara PERCUMA. Tempoh DLP ini ialah 24 bulan atau dua tahun dari tarikh serahan kunci rumah.

Ya, tempoh itu sangat lama.

Sebenarnya, lelaki ini tidak perlu mengentak lantai rumah tersebut kerana tindakannya adalah sangat berbahaya.

Kredit: Giphy

Kediaman yang dibelinya merupakan kediaman bertingkat dan berkemungkinan lantai yang dihentaknya boleh menjatuhkan kipas di unit bawah dan mencederakan pemilik rumah bawah. Silap hari bulan, lelaki ini kena saman!

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Lelaki itu sebenarnya hanya perlu tandakan sahaja dengan pelekat atau tag sahaja pada bahagian yang dilihat cacat. Selepas itu, ambil gambar, isi borang dan serahkan ke pemaju.

Kredit: Absolute Inspection

Drama bergaduh di pejabat pemaju semasa serahan borang itu memang biasa, tetapi adegan hentak – hentak lantai belum pernah terjadi lagi.

Tak perlu bawak tukul besi ke hulu hilir. Mana ada kecacatan, pemaju akan tukar. Boleh jadi juga tekstur jubin lantai itu memang begitu. Terdapat tekstur seakaan garis rambut yang lelaki tersebut  ingatkan retak.

Walau apapun, anda jangan hentak dan pecahkan sembarangan, hanya perlu tandakan dan beritahu pemaju akan isu – isu kecacatan yang anda nampak. 

Isu lain yang berbangkit adalah lelaki ini kata perabot yang diberikan pemaju tidak mengikut standard gaya hidup mewah yang dijanjikan. 

Kredit: Frasers Hospitality

Yang ini memang tak dinafikan kerana perabot yang diberikan umpama dibeli secara online di Lazada sahaja. Pemaju sewajarnya berikan perabot yang lebih besar, nampak mewah dan moden!

Pemaju harus peka dengan pilihan perabot yang hendak diberikan kepada pembeli rumah. Tim hiasan dalaman juga mestilah meluluskan perabot yang dibeli pemaju terlebih dahulu sebelum dibeli. Bukan sekadar meluluskan rekaan.

Di bilik utama juga pemaju meletakkan perabot biasa dan nampak seperti after thought design. Pemaju sepatutnya menggunakan custom built in furniture yang berpadanan harga unit yang dijualnya. 

Paling menyedihkan ialah sliding door tersebut yang terpaksa ditarik dengan lubang kecil dan menyukarkan. Ini jelas menunjukkan pintu tersebut tidak lancar untuk dibuka dan ditutup dan isu ini harus disuarakan ke pemaju. 

Kredit: Mothership

Sepatutnya, sliding door tersebut boleh ditarik dengan kekuatan satu jari sahaja. Ini belum kira kes warga emas atau Orang Kurang Upaya (OKU) yang mungkin langsung tidak boleh tarik sliding door tersebut. 

Kalau diikutkan, memang banyak isu yang dibangkitkan lelaki tersebut dan hal ini adalah sesuatu yang mengejutkan memandangkan pemaju tersebut bukan calang – calang pemaju dan mengambil faktor lokasi kediaman berhadapan KLCC.

Soalnya, bila dapat rumah baru, apa sebenarnya yang kita perlu buat? Adakah membawa tukul besi dan pecahkan sana – sini? Jom follow langkah – langkah ini. 

LANGKAH – LANGKAH SEMAKAN KECACATAN RUMAH BARU ANDA. 

Kredit: RENOF

1. Periksa lah luas lantai rumah sama tak dengan floor plan yang diberi dalam SPA. Bawa measuring tape.

2. Periksa bilangan lampu, electrical point dan soket. Sama tak number tu dengan SPA. Periksa sekali TV point, broadband, fan hook siling dan lampu gantung jika ada.

Jangan lupa juga benda ni :

  • Check brand model barang elektrik
  • Sink, tap dan toilet bowl punya brand.
  • Fridge/oven/stove cooker hood punya brand.

3. Periksa kitchen kabinet, adakah material sama dengan apa yang telah dijanjikan developer. Bila beli developer kata dapat marble, bila siap developer bagi High Press Laminate.

Kredit: Property Waltz

Maka saya sarankan anda sediakan lah sledgehammer dan duduk di depan pejabat developer. haha. Kalau pecah kitchen kabinet tak dapat ganti baru ya!

4. Periksa kualiti hasil kerja unit anda. Tengok dinding ada crack tak, water damage atau cat yang tak rata.

Kredit: Pinkyleona

5. Periksa lantai. Cuba ketuk tile, kalau dengar hollow sound maknanya bawah kosong. Boleh minta developer repair. Ketuk dengan apa? Jangan pakai hammer ! Aku ketuk kadang pakai kunci pun boleh dengar dah kalau ada hollow tile.

6. Check pintu, frame pintu dan tombol. Ada scratch ke tak, ada misalignment atau tidak. Buka tutup lah 7 8 kali ke. Kalau rasa tak lengkap disarankan buka tutup selam 40 kali selama 100 hari. Haha. Gurau saja, kalau pintu tak ok, buka sekali dua pun dah boleh rasa.

Kredit: Sinar Harian

7. Kalau ada sliding door, check benda sama juga.

8. Kalau ada glass door, check ada crack atau calar. Boleh ganti. Jangan lupa kalau ada glass balcony, cuba gegar sikit. Kalau kalau gegar sikit dah goyang, notify developer.

9. Dah siap semua ni, ambil gambar dan isi borang defect. Hantar kepada developer. Bila dah hantar, pastikan follow up selalu. Kalau developer lambat atau tak responsive kita boleh lantik kontraktor lain untuk repair dan claim balik developer.

Kredit: Blogspot

Ini sedikit sebanyak tips nak check defect bila anda dapat rumah baru. Apa pun, sledgehammer bukan lah jalan penyelesaian.

Nasihat buat pemaju, jika anda menjanjikan IMPECCABLE DESIGN, bagi lah IMPECCABLE DESIGN.

Sumber Asal : Ahmadkhairul Sabirin

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah