Jangan Pandang Puncak Alam Sebelah MataHARTABUMI
Hasil carian anda

Jangan Pandang Puncak Alam Sebelah Mata

Puncak Alam 01

Dipos oleh Fatin pada April 6, 2018
| 0

Betul ke Puncak Alam ini hanya ada UITM sahaja? Tiada pembangunan lain ke?

Buat yang tercari-cari rumah, boleh lah mengintai Puncak Alam ini. Bukan apa, tim Hartabumi rasa Puncak Alam ini banyak potensi.

Dah banyak lebuhraya yang menghubungkan Puncak Alam ke bandar-bandar di sekitarnya menyebabkan perjalanan semakin singkat. Jadi tiadalah alasan seperti, “Puncak Alam? Jauhlah”. Antara lebuh raya yang menghubungkan Puncak Alam dengan ‘dunia luar’ adalah,

  • Lebuh raya LATAR (Kuala Lumpur-Kuala Selangor)
  • Lebuh raya Guthrie (GCE)
  • Lebuh raya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya persekutuan
  • Lebuhraya DASH (Damansara-Shah Alam)

Pemaju-pemaju hebat seperti IJM Land, MKH Bhd, LBS Bina dan Eco World juga telah menyedari kenyataan ini dan sedang gigih membangunkan projek-projek perumahan serta komersial yang hebat di kawasan Puncak Alam ini.

Ini antara projek menarik di Puncak Alam,

HillPark

Jangan Pandang Puncak Alam Sebelah Mata Hartabumi 02Kredit: MKH

Projek MKH Berhad yang terletak di Puncak Alam kami jangka akan menjadi rebutan ramai. Kawasan ini hanya 20km dari Shah Alam dan terletak berdekatan dengan UITM Puncak Alam, Sekolah, Hospital serta pelbagai lagi kemudahan.

Projek ini menarik bagi kami kerana ia dibina berlandaskan konsep semulajadi dan mempunyai 7 jenis projek berlainan. Selain mempunyai kawasan hijau seluas 35 hektar dan tasik seluas 16 hektar, HillPark juga bakal dilengkapi dengan taman permainan yang sesuai untuk aktiviti berbasikal dan joging serta laluan pejalan kaki.

HillPark mempunyai 6 jenis perumahan serta 1 projek komersial.  Hartabumi hanya akan senaraikan projek MKH Berhad yang terbaru iaitu Maple dan The Palm.

Maple

Jenis 1: Rumah teres 2 tingkat

Keluasan tanah: 1400-1500kps

Keluasaan binaan: 1554kps

Bilik: 4

Tandas:3

Harga:Bermula dari RM 580,000.

The Palm

Jenis 1: Rumah teres 2 tingkat

Keluasan tanah: 1430-1920kps

Keluasaan binaan: 1677-2246kps

Bilik: 5

Tandas:4

Harga:Bermula dari RM 690,000.

Mahal sangat rumah-rumah ni? Jom cari rumah bawah RM 500,000 di Hartabumi.com.

Eco Grandeur

Jangan Pandang Puncak Alam Sebelah Mata Hartabumi 01Kredit: PropSocial

Buat mereka yang gemarkan alam semula jadi ini salah satu lagi projek yang anda boleh fikir-fikirkan. Tanah seluas 1400 ekar yang dibangunkan oleh Eco World ini juga sesuai buat mereka yang pentingkan privasi kerana ia adalah satu perumahan ‘gated and guarded’.

Eco World juga menjanjikan lebih dari 11,000 kediaman dalam tempoh sedekad akan datang. Di tapak ini bukan sahaja akan wujud kediaman malah Eco World juga akan membangunkan beberapa unit komersil.

Eco Grandeur juga akan mempunyai taman seluas 60 ekar dan tasik untuk penduduknya beristirehat serta berekreasi.

Jenis 1: Rumah teres 2 tingkat

Keluasan tanah: –

Keluasaan binaan: 1521-1900kps

Bilik: 4-6

Tandas:3-4

Harga:Bermula dari RM 489,000.

Puncak Bestari 2

Jangan Pandang Puncak Alam Sebelah Mata Hartabumi 03Kredit: PropSocial

Ini bukan kali pertama Worldwide Holding membangunkan projek di Puncak Alam. Kali ini mereka akan membangunkan jenis perumahan seperti rumah teres 2 tingkat, rumah teres, serta banglo.

Dilengkapi dengan lebuhraya yang menghubungkan Puncak Alam dengan bandar-bandar berhampiran, Puncak Bestari juga berhampiran dengan kemudahan utama seperti Tesco, UITM serta Pusat perniagaan One Alam Jaya.

Jenis 1: Rumah teres 2 tingkat

Keluasan tanah: –

Keluasaan binaan: 1751-1879kps

Tandas:3-4

Harga:Bermula dari RM 634,000.

Ini antara projek-projek yang kami rasakan anda patut beri perhatian kerana walaupun harga sedikit mahal, namun potensi hartanah ini sangat baik buat pelaburan mahupun tujuan untuk anda tinggal.

Sekiranya tiada yang berkenan di hati, cari rumah yang bersesuaian dengan kehendak serta keperluan anda di Hartabumi.com.

Masih belum mampu untuk membeli rumah? Jangan risau anda juga boleh pelajari ilmu hartanah di portal kami.

Telegram Hartabumi Info Hartanah Malaysia 1024x231Jom dapatkan ilmu hartanah percuma di Telegram Hartabumi! 

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah