Hasil carian anda

Jangkaan Pasaran Hartanah 2019

Dipos oleh Aezhad pada Disember 28, 2018
| 0

Sebelum ini kami di Hartabumi.com telah membuat rangkuman pasaran hartanah bagi tahun 2018. Kini, kami akan senaraikan pula jangkaan dan ramalan kami tentang pasaran hartanah pada tahun hadapan.

Baca: Apa Yang Berlaku Dalam Pasaran Hartanah 2018

  1. Harga rumah akan turun

Kredit: Rescom
 

Melihat kembali kepada data-data hartanah 2018, secara umumnya bilangan rumah tidak terjual semakin meningkat. Bilangan rumah tidak terjual meningkat sebanyak 48.35% daripada 20,304 unit (2017) kepada 30,115 unit (2018).

Mengapa rumah ini gagal dijual?

“Hal ini kerana berlaku ketidaksepadanan antara permintaan dan bekalan. Rata-rata rakyat Malaysia tidak mampu membeli rumah kerana harga yang terlalu mahal.”

Baca : Harga Rumah di Penang Turun

Adakah pemaju akan mengurangkan harga rumah?

Kebanyakan syarikat pemaju hartanah di Malaysia kini mengalami pengurangan keuntungan berbanding tahun sebelumnya. IOI Property Group mencatatkan penurunan hasil sebanyak 33.3% daripada RM4.2 juta kepada RM2.8 juta.

Kredit: Malaysia Stock Biz
 

Kredit: Malaysia Stock Biz
 

Dengan bilangan rumah tidak terjual yang semakin meningkat, ada kemungkinan pemaju akan memberikan diskaun bagi rumah ini. Bagi projek baru pula, pemaju akan lebih memfokuskan kepada rumah mampu milik berbanding rumah mewah.

  1. Produk pembiayaan inovatif daripada bank

Berdasarkan beberapa sumber, pihak bank akan mengeluarkan produk baru bagi membantu meningkatkan pemilikan rumah di Malaysia. Namun tidak diketahui secara spesifik produk bagaimanakah yang akan dikeluarkan.

Baca : CIMB Perkenal Pembiayaan Kediaman Sepantas 60 Saat

Masalah yang biasa dihadapi pembeli rumah ketika memohon pinjaman adalah kelulusan pinjaman yang memakan masa yang panjang atau pun sukar mendapatkan kelulusan pinjaman kerana syarat yang terlalu ketat.

Ketika ini, CIMB telah mengeluarkan produk pinjaman kenderaan yang hanya memerlukan masa 1 minit sahaja untuk mendapatkan kelulusan iaitu CIMB 1-Minute Home Financing InstaApproval. Mungkin selepas ini bank lain turut akan mengikuti jejak langkah CIMB.

Kredit: CIMB
 

  1. Lebih banyak pemain industri akan memperkenalkan model P2P atau crowdfunding

Dalam Belanjawan 2019 yang lalu, buat pertama kalinya konsep P2P diperkenalkan sebagai bantuan kewangan kepada pembeli rumah pertama. Kami menjangkakan pada tahun 2019 nanti, lebih produk baru dengan konsep yang lebih kurang sama akan diperkenalkan.

Baca : Crowdfunding Hartanah ; Skim atau Scam?

Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Syarikat HomeFundMe menyediakan platform untuk membantu pembeli rumah mendapatkan bayaran muka melalui crowdfunding. HomeFundMe tidak menjanjikan sebarang pulangan kepada pemberi wang seperti mana FundMyHome.

  1. Lebih ramai akan menyewa

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, menyewa jauh lebih murah daripada membeli murah. Dengan kos sara hidup yang tinggi serta gaji yang rendah, membeli rumah bukan lagi satu pilihan kepada mereka.

Tambahan lagi trend orang muda yang gemar berpindah-randah atau hidup gaya nomad menyebabkan mereka lebih gemar menyewa berbanding membeli rumah. Mereka lebih mementingkan ‘mobility’, mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Baca : Anak Muda Kini Tidak Berminat Dengan Komitmen Jangka Panjang?

German contohnya, walaupun ianya sebuah negara berpendapatan tinggi, tetapi kadar pemilikan rumah di sana antara yang terendah di dunia. Kadar pemilikan rumah di German adalah 51.4% sahaja berbanding Malaysia pada kadar 72.5%.

  1. Trend Co-living semakin meningkat

Co-living adalah satu konsep di mana penyewa berkongsi ruang komunal seperti ruang tamu dan dapur serta  penyewa hidup sebagai satu komuniti yang berkongsi nilai dan minat yang sama. Yang mengasingkan mereka hanyalah bilik tidur peribadi.

Baca: Co-living, Bukan Sekadar Menyewa

Kredit: BBazar Malaysia
 

Jika kita lihat kepada trend co-working di Malaysia, ianya semakin mendapat perhatian terutama di kawasan bandar. Setakat ini terdapat 70 operator dan 100 cawangan co-working yang ada di Kuala Lumpur. Antara operator yang terkenal adalah Common Ground and Regus Malaysia.

Kebanyakan daripada co-working ini dibina di kawasan rumah kedai. Menurut seorang pemain industry hartanah, bagi menjayakan konsep co-living, ianya perlu dibina berhampiran co-working. Sebagai contoh tingkat bawah adalah kawasan co-working dan tingkat atas pula sebagai kawasan co-living.

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link
Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link

Bandingkan Hartanah