Jenis Loan Rumah : Term, Semi-Flexi atau Flexi? | HARTABUMI
Hasil carian anda
Beza Loan Rumah Term, Semi Flexi atau Full Flexi

Dipos oleh myhartabumi pada Oktober 3, 2017
| 0

Sebagai pembeli rumah pertama, selain dilanda dilema dalam membuat keputusan untuk membeli rumah idaman, kebiasaannya pembeli akan turut dilanda masalah dalam pemilihan jenis pinjaman (loan). Sudah lah pertama kali nak beli rumah, ada banyak pula tu pakej yang bank tawarkan.

Sekiranya anda tergolong dalam golongan yang kami nyatakan ini, jangan risau. Kami kongsikan serba sedikit penerangan ringkas mengenai jenis jenis loan yang ada di pasaran dan yang mana yang paling sesuai untuk anda sebagai peminjam.

1) Term Loan

Secara mudahnya,‘Term Loan’ ini adalah sejenis pinjaman dengan jadual pembayaran yang kekal, dimana bayaran bulanan yang anda perlu bayar adalah sama sepanjang tempoh pinjaman.

Jenis pinjaman ini tidak membenarkan anda untuk melakukan sebarang pembayaran awal (advance payment) kepada jumlah pinjaman anda. Sungguhpun anda berbuat demikian, pembayaran lebihan yang anda lakukan akan dibawa ke bulan hadapan dan tidak akan mengurangkan caj faedah yang dikenakan ke atas pinjaman anda.

2) Semi-Flexi Loan

Pinjaman ‘Semi-Flexi’ adalah sejenis pinjaman yang mana peminjam boleh melakukan advance payment untuk mengurangkan faedah yang dikenakan ke atas pinjaman anda. Dengan pinjaman ini, anda boleh terus melakukan advance payment tanpa perlu lakukan sebarang permohonan rasmi mahupun rundingan dengan pihak bank.

Sebarang advance payment yang anda buat, secara automatik bank akan tolak daripada prinsipal (principal) pinjaman sekaligus menyebabkan faedah pinjaman yang dikenakan akan menjadi lebih rendah. Dan kelebihan semi-flexi ini sendiri, seandainya anda bercadang untuk membawa keluar semula advance payment yang telah anda masukkan, anda boleh buat sedemikian dengan sedikit caj pengeluaran yang dikenakan oleh pihak bank. Bank biasanya mengenakan caj sebanyak RM50 bagi setiap pengeluaran. Tapi anda mesti ingat, setiap pengeluaran yang anda buat, anda akan dikenakan faedah ke atas jumlah pengeluaran tersebut.

3) Flexi Loan

Pinjaman Flexi atau Full-Flexi Loan dari segi fasiliti tidak ubah seperti Semi-Flexi Loan, cuma hanya satu perbezaan. Tiada caj pengeluaran dikenakan. Dalam erti kata lain, peminjam bebas mengeluarkan wang advance payment yang dibayar tanpa melalui prosedur yang leceh dan dikenakan sebarang caj oleh pihak bank. Tapi faedah ke atas pengeluaran masih juga dikenakan ke atas pengeluaran sepertimana pinjaman Semi-Flexi.

Kebiasaannya, bank akan membuka akaun pinjaman yang dihubungkan terus dengan akaun semasa anda. Oleh kerana akaun semasa terssebut dibuka untuk tujuan pinjaman ini, anda akan dibekalkan dengan buku cek bagi tujuan pengeluaran. Dan disini lah bank mengenakan caj bulanan untuk fasiliti ini. Berbanding Semi-Flexi yang mengenakan caj bagi setiap pengeluaran, Flexi loan mengenakan caj bulanan yang lebih rendah dan memberikan kebebasan kepada anda untuk mengeluarkan wang seberapa banyak kali yang anda mahukan. Kebiasaannya, bank akan mengenakan caj RM10/bulan untuk fasiliti ini.

Perbezaan Loan Rumah Flexi, Semi Flexi dan Term

Jadi nak mohon Term, Semi-Flexi atau Flexi Loan?

Nasihat kami, ambil lah sama ada Semi-Flexi atau Flexi Loan. Kelebihan pinjaman jenis ini yang mampu mengurangkan jumlah faedah pihak bank kepada anda akan sedikit sebanyak membantu kewangan anda. Setiap kali ada lebihan wang, bayar lebih agar anda mampu jimat lebih. Tapi jika ditanya antara dua jenis pinjaman ini, soalan ini perlu dijawab oleh anda sendiri sebagai peminjam. Ia bergantung kepada kekerapan anda mengeluarkan semula wang yang anda telah masukkan pada asalnya. Apa yang lebih penting adalah kadar faedah yang ditawarkan kepada anda.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah