Peratus DSR Anda Penentu Harga Rumah Yang Anda Mampu Miliki. | HARTABUMI
Hasil carian anda

Peratus DSR Anda Penentu Harga Rumah Yang Anda Mampu Miliki.

Dsr 1 01

Dipos oleh myhartabumi pada Mei 31, 2018
| 0

Andai kata anda tanya kepada kawan-kawan anda, siapa yang pernah menggunakan kalkulator DSR, pasti semuanya terdiam dan kebingungan. 

Hal ini tidak mengejutkan dengan statistik menunjukkan golongan muda yang diisytihar muflis oleh pihak bank dek tersontot dengan pinjaman kad kredit dan kereta adalah sangat tinggi. 

Bercakap mengikut realiti, harga rumah di Kuala Lumpur atau pinggir bandar semakin tinggi dan adalah sukar untuk mencari rumah subsale pada harga di bawah RM100,000 hari ini. 

Kalkulator Dsr Dan Harga Rumah 4

Kredit: Utusan Online

Oleh yang demikian, anda sepatutnya tahu peratus DSR anda, kerana DSR adalah ukuran harga rumah yang layak mengikut gaji anda sekaligus memudahkan anda dalam proses pencarian rumah pertama. 

DSR Anda Penentu Harga Rumah Anda

Dalam bahasa mudahnya, Debt Service Ratio atau singkatannya DSR ini adalah peratus nisbah hutang kepada pendapatan bersih anda. Pihak bank akan menyemak rekod CCRIS anda dan peratusan DSR anda untuk melihat sebanyak mana pendapatan anda digunakan untuk membayar pinjaman.

Kalkulator Dsr Dan Harga Rumah 05

Kredit: Mole.my

Kebiasaannya, 70% ialah peratusan DSR untuk mendapatkan pinjaman dari pihak bank. Andai kata peratus DSR anda tidak melepasi 70%, maka peluang anda untuk membuat pinjaman rumah adalah cerah.

Awas! Kadar DSR setiap bank adalah berbeza-beza dan berubah mengikut polisi Bank Negara Malaysia. Sila semak kadar peratus DSR bank pilihan anda untuk ketahui lebih lanjut.

Formula Kiraan Debt Service Ratio (DSR).

Kepentingan Dsr 02

1. Semak CCRIS dan CTOS

CCRIS (Central Credit Reference Information System) ialah rekod yang diselia oleh Bank Negara Malaysia yang mengandungi butiran mengenai pinjaman anda dengan setiap institusi kewangan di Malaysia.

CTOS adalah sistem maklumat utama yang digunakan secara meluas oleh majoriti sistem kewangan negara, syarikat perdagangan dan perniagaan.

Kepentingan Dsr 03

2. Kira Anggaran Bayaran Bulanan Kepada Bank.

Tolak EPF, SOSCO tinggal berapa gaji anda? Anda rasa nak beli rumah nak pinjam berapa banyak, RM300k, RM400k? Berapa kena bayar setiap bulan kalau pinjam jumlah tersebut?

Kepentingan Dsr 04

3.  Kira Debt Service Ratio (DSR)

Debt Service Ratio (DSR) ialah nisbah hutang kepada pendapatan bersih. Ini adalah antara komponen terpenting sebelum pihak bank luluskan pinjaman anda.

DSR penting kerana baru lah bank tahu anda sebenarnya mampu ke tidak bayar semula pinjaman anda setiap bulan.

Sekarang baru tahu berapa sebenarnya anda layak untuk pinjam dan dah boleh agak berapa harga rumah yang sesuai kan, baru lah boleh nak tengok listing-listing rumah dan singgah rumah-rumah contoh.

Artikel Banner 01

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah