Kediaman Eksklusif TRIA Seputeh | HARTABUMI
Hasil carian anda

Kediaman Eksklusif TRIA Seputeh

Guardhouse 01

Dipos oleh Nasruddin pada November 29, 2019
| 0

Kumpulan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) sememangnya sinonim dengan pelbagai konsep unik yang ditonjolkan dalam setiap projek pembangunan hartanah sama ada untuk kediaman atau komersial.

Jika sebelum ini, MRCB menjadi perintis dengan memperkenalkan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) yang mana diyakini mampu merancakkan nilai hartanah dengan sokongan kemudahan sistem pengangkutan awam, terbaharu, sebuah lagi projek pembangunan yang berpotensi menjadi ‘game changer’ telah diperkenalkan dan dikendalikan oleh MRCB Land Sdn Bhd (MRCB Land) iaitu syarikat pemaju hartanah milik penuh MRCB

9 Seputeh

Projek yang dikenali sebagai ‘9 Seputeh’ itu membawakan konsep pembangunan bercampur (mixed development) dengan meliputi kediaman peribadi, zon komersial, pejabat, blok pendidikan serta taman rekreasi yang menepati gaya hidup moden yang penuh dengan aktiviti yang mencabar.

Pengenalan konsep pembangunan seperti ini sekaligus menepati misi projek 9 Seputeh iaitu menyediakan kehidupan yang sihat dan mampan (sustainable).

Antara tumpuan penting kepada 9 Seputeh adalah Tria Seputeh iaitu projek pembangunan kediaman yang rancak dijalankan.

Lokasi Strategik

Ternyata, MRCB Land juga tidak tersilap dalam memilih lokasi sebagai kunci penting yang strategik kepada 9 Seputeh kerana projek ini dikelilingi dengan pelbagai akses lebuh raya seperti Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Persekutuan, Kerinchi Link dan Lebuhraya Link Timur-Barat.

Selain itu, 9 Seputeh juga terletak berhampiran dengan empat Kawasan komersial yang memiliki tarikannya yang tersendiri seperti Bangsar South, Mid Valley, Bangsar, KL Sentral (termasuk NU Sentral) dan Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC).

Image result for klcc

Pada masa yang sama, akses pendidikan yang berkualiti dari peringkat rendah hingga tinggi juga mudah diperoleh kerana berdekatan dengan Universiti Malaya (UM), Campus Ranger International School dan pelbagai institusi pendidikan swasta.

Promenade Boulevard

Tanpa mengabaikan gaya hidup yang sihat dan cergas, 9 Seputeh turut membantu para penghuninya untuk kekal aktif dengan menyediakan sebuah kawasan riadah sepanjang 1km yang dikenali sebagai Promenade Boulevard.

Sepanjang laluan yang dihiasi rimbunan pokok yang redup dan nyaman, sebanyak 9 zon riadah disediakan bagi setiap peringkat umur iaitu subway track, nature trail, tricycle track dan parcourse.

A06 Mrcb Promenade Hr V7 Withouthuman (1)

Selain itu, terdapat juga taman permainan kanak-kanak (playground), community container kiosk yang memberi peluang perniagaan kepada para usahawan makanan dan minuman, amphitheater sebagai platform golongan seni menonjolkan bakat untuk orang ramai, taman papan luncur serta peta permainan (games map) untuk golongan remaja.

Salah satu tarikan yang terdapat di Promenade Boulevard juga adalah sebuah laluan pejalan kaki yang akan dibina sehingga ke Mid Valley.

Kelebihan Tria Seputeh

Bagi pemilik bertuah yang mempunyai kediaman di Tria Seputeh iaitu salah sebuah zon kediaman di dalam 9 Seputeh, fasiliti yang disuntik elemen eksklusif turut disediakan untuk memastikan para penghuninya merasa dihargai.

Pelbagai fasiliti disediakan secara istimewa kepada para penghuninya. Terdapat 52 jenis fasiliti meliputi pelbagai aktiviti daratan, air dan ekstrem.

Image result for 9 seputeh promenade

Untuk peminat bercirikan air, terdapat dua jenis kolam renang yang boleh dinikmati iaitu kolam renang dengan pemandangan infiniti dan kolam randuk (wading pool), jakuzi di Rooftop Garden serta gimnasium akua.

Bagi peminat sukan ekstrem dan mencabar minda, terdapat juga taman catur gergasi, taman papan luncur, kalistenik (callisthenics play) panjat dinding (rock climbing).

Jika anda gemarkan aktiviti perkhemahan yang mudah, Tria Seputeh juga menyediakan kawasan perkhemahan dan tempat BBQ untuk anda merasai suasana berkhemah yang sebenar.

Bbq Pit 01

Terdapat juga fasiliti rumah pokok seperti Breeze Tree House dan Water Tree House yang mampu membuatkan para penghuni Tria Seputeh terlupa sejenak hiruk-pikuk kota raya lantaran menikmati suasana keheningan belantara di situ.

Tidak cukup dengan itu, para penghuni boleh meningkatkan keseronokan atau menikmati suasana santai di bahagian bumbung (rooftop) yang dipenuhi taman-taman dengan hiasan bunga dan pokok yang menenangkan fikiran disertai pemandangan kota raya yang cukup indah pada waktu malam.

Privasi Terpelihara

Sekiranya anda mahukan kediaman yang menyediakan ruang privasi, Tria Seputeh turut menyediakan Private Club House sebanyak tiga kategori iaitu:

Private Lounge yang dikhususkan untuk 21 tahun dan ke atas dengan kemudahan Lounge Cigar, English high tea dan Al-Fresco dining.

Bagi yang berusia antara 12 hingga 21 tahun pula, terdapat kelab remaja (teen’s club) yang disediakan lengkap dengan kafe dan kawasan perbincangan.

Clubhouse Vip 01

Manakala untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 12 tahun pula, sebuah hab pendidikan yang lengkap permainan menguji minda dan bersifat mendidik terhadap di Kid’s Edu Hub.

Dengan pelbagai kelebihan, fasiliti yang menarik serta tawaran diskaun sebanyak 5% kepada golongan Bumiputera, ternyata Tria Seputeh merupakan sebuah kediaman eksklusif yang sentiasa diimpi-impikan oleh sesiapa sahaja.

Banner 01

Jangan berlengah lagi, sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang pemilik kediaman Tria Seputeh atau mahu mengetahui lebih lanjut, hubungi 03-79719983 atau layari https://triaseputeh.com.my/

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah