Hasil carian anda

Kenapa Lokasi Perkara Terpenting Sebelum Beli Rumah

Dipos oleh Fatin pada Jun 8, 2018
| 0

Pasti ramai yang setuju kan lokasi adalah antara perkara terpenting yang anda perlu tentukan sebelum membeli rumah.

Lagi-lagi pada mereka yang ingin membuat pelaburan hartanah. Silap pilih lokasi, tiadalah penyewa atau pembeli. Buat yang beli rumah untuk duduk sendiri pula, jangan pandang sebelah mata faktor lokasi ini. Silap pilih, ambil masa dua tiga jam baru sampai pejabat.

Bagaimana nak tahu lokasi rumah yang kita nak beli itu terbaik?

Kemudahan pengangkutan awam

Kenapa Lokasi Perkara Terpenting Sebelum Beli Rumah Hartabumi 01

Kredit: Ismaweb

Perkara utama yang anda harus perhatikan semasa memilih lokasi rumah yang terbaik adalah kemudahan pengangkutan awam dan kemudahan infrastruktur yang lain di sekitar kawasan ini.

Dari segi pengangkutan, elakkan yang memerlukan anda bertukar mod pengangkutan banyak kali contohnya, sekiranya anda ingin ke pejabat dari rumah, anda perlu menaiki kereta, letak kereta berhampiran dengan pengangkutan awam dan kemudian menggunakan pengangkutan awam tersebut.Elakkan membeli hartanah di kawasan seperti ini jika boleh. Ini akan merugikan anda dalam jangka masa panjang.

Itu buat yang selesa menaiki pengangkutan awam, bagi yang selesa berkereta, pilih kawasan yang berdekatan dengan pelbagai lebuhraya bagi memudahkan anda.

Kenapa Lokasi Perkara Terpenting Sebelum Beli Rumah Hartabumi 02

Kredit: Buletinonline

Hartanah yang terbaik semestinya yang walking distance dengan pengangkutan awam dan mungkin anda hanya perlu menukar satu atau dua stesen LRT/MRT sahaja.

Dari segi infrastruktur pula pastikan pilih kawasan hyang banyak pembangunan disekitarnya. Ini menunjukkan kawasan tersebut akan berkembang. Jangan sebab nak cari rumah murah anda beli rumah di kawasan jin bertendang. Tiada pembangunan dan tiada pengangkutan awam.

Kemudahan disekitar

Kenapa Lokasi Perkara Terpenting Sebelum Beli Rumah Hartabumi 03

Kredit: Berita Harian

Anda juga wajib siasat sekiranya lokasi rumah yang anda berminat itu ada atau tidak kemudahan asas yang diperlukan setiap orang seperti hospital atau klinik, kedai runcit, hospital dan tapak perindustrian.

Sekiranya ada elemen-elemen di atas maka lokasi rumah yang ada pilih itu boleh dikategorikan sebagai lokasi yang baik. Bayangkan jika tiada, bagaimana nak ke hospital sekiranya berlaku kecemasan pada waktu malam dan sebagainya. Jangan kerana harga rumah di lokasi itu murah anda pejamkan mata dengan faktor-faktor yang lebih penting lain.

Komuniti

Kenapa Lokasi Perkara Terpenting Sebelum Beli Rumah Hartabumi 04

Kredit: Berita Harian

Ini juga penting. Nak beli rumah perhatikan dahulu kejiranan di kawasan perumahan itu bagaimana. Jangan anda sudah berkeluarga tetapi pilih tinggal di apartment yang dipenuhi oleh pelajar-pelajar universiti. Apabila mereka bising anda yang naik hantu.

Untuk elakkan perkara seperti ini, siasat dahulu. Bosan-bosan dari asyik scroll handphone petang-petang, cuba lalu di kawasan perumahan tersebut, perhatikan komunitinya bagaimana.

Sebelum beli rumah, pastikan lokasi rumah yang anda pilih menepati 3 elemen penting ini supaya boleh memberi keuntungan dan menjamin kesejahteraan anda.

Footer Dsr

Jom cari rumah yang sesuai dengan anda di sini.

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah