Kenapa Rakyat Malaysia Tak Mampu Beli Rumah? Ini Puncanya | HARTABUMI
Hasil carian anda

Kenapa Rakyat Malaysia Tak Mampu Beli Rumah? Ini Puncanya

Template Feature Image 6 01

Dipos oleh Aezhad pada Februari 11, 2019
| 0

Berdasarkan data yang dikeluarkan National Property Information Centre (NAPIC) baru – baru ini, jumlah unit rumah yang tidak terjual bagi suku ketiga tahun 2018 ialah 30,115 unit. Peratusan unit ini meningkat sebanyak 48.35% dengan penambahan 20,304 unit berbanding tahun yang lalu.

The Star Online pada tarikh 9 Februari 2019 turut melaporkan dalam artikelnya, bahawa anggaran kos keseluruhan bagi unit tidak terjual ini secara tepatnya berjumlah RM19.45 Bilion dan ini menjadi bukti kelembapan pasaran hartanah tempatan di kalangan rakyat Malaysia. 

Persoalannya adalah, apakah punca utama rakyat Malaysia tidak mampu beli rumah? Adakah terdapat simptom – simptom awal yang mampu dipulih sebelum menjadi barah yang merosakkan industri hartanah tempatan?

Kredit: Pakar Wang

Sebelum kita mencapai kata sepakat untuk melakar peta untuk solusi isu nasional ini, kita perlu faham dengan baik punca atau masalah utama rakyat Malaysia tidak mampu beli rumah. 

Portal OHBULAN! baru – baru ini telah melakukan survey yang menerangkan dengan terperinci berdasarkan soal jawab dengan responden tentang punca utama rakyat Malaysia tidak mampu beli rumah. Secara asasnya, terdapat 4 punca utama isu ini berlaku. 

4 Punca Rakyat Malaysia Tidak Mampu Beli Rumah

1. Tak Mampu Kekalkan Gaya Hidup Sedia Ada

Rata – rata rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang agak keterlaluan menyumbang sebanyak 33% daripada isu ini, di mana mereka cenderung untuk berbelanja melebihi pendapatan mereka. 

Tahukah anda, pada tahun 2017 sahaja seramai 1773 rakyat Malaysia diisytihar muflis kerana hutang kad kredit!

Amalan menukar telefon pintar setiap tahun, makan dan minum di kedai mewah selain kerap melancong antara aktiviti popular yang menjadikan gaya hidup mereka adalah keterlaluan. Kesan daripada gaya hidup mewah ini, mereka gagal untuk menyimpan untuk rumah pertama. 

2. Bimbang Salah Pilihan

Punca kedua ialah ramai bakal pembeli rumah khawatir sekiranya mereka tersilap membuat pilihan dalam membeli hartanah. 20% daripada mereka merasakan adalah sangat sukar untuk mereka memilih lokasi yang strategik pada harga yang mampu milik dengan fasiliti lengkap.

Isu ini tampak lebih parah di bandar – bandar metropolitan besar seperti Lembah Klang, Johor Bahru, Penang dan Kota Kinabalu di mana mereka terpaksa membuat pilihan untuk memilih rumah yang murah tetapi terletak jauh dari bandar dan sebaliknya. 

3. Tak Mampu Bayar Duit Muka

Isu bayaran duit muka atau deposit rumah adalah bukan isu baharu di kalangan pembeli rumah pertama dan ianya dihadapi 23% responden daripada keseluruhan responden. 

Kredit: Maybank

Secara logiknya, adalah agak sukar untuk mengumpul wang deposit bagi rumah yang dikira mampu milik sekitar RM250,000 kerana bakal pembeli rumah secara normanya adalah golongan B40 yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000.

Buat pengetahuan anda, untuk rumah pada harga RM250,000 anda wajib menyediakan RM25,000 sebagai wang deposit yaqni 10% daripada harga rumah dan kos ini tidak termasuk dengan kos – kos lain seperti Legal Fee, SPA dan sebagainya. 

4. Tak Penuhi Syarat Pinjaman

Baki 13% ialah gara – gara majoriti rakyat Malaysia gagal memenuhi syarat pinjaman perumahan dari pihak bank atau institusi kewangan. Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa syarat dan kriteria yang ketat anda perlu ikuti untuk pihak bank atau institusi kewangan meluluskan pinjaman perumahan anda.

CCRIS dan CTOS adalah punca utama mereka gagal memenuhi syarat pinjaman kerana sikap segelintir rakyat Malaysia yang gemar berhutang tetapi menangguh bayaran berjadual dan ada juga yang diisytihar muflis gara – gara pinjaman bank.

Baca : Punca Bank Tolak Loan Rumah Anda

Jika anda lihat dengan betul, 3/4 daripada masalah rakyat Malaysia tidak mampu beli rumah yang dinyatakan di atas adalah gara – gara kegagalan mereka dalam merancang dan menguruskan kewangan mereka dengan baik dan cermat. 

Tiada manusia yang merancang untuk gagal, tetapi mereka sebenarnya gagal dalam merancang selain faktor trend gaya hidup yang terlalu menekan. Sekiranya anda kejarkan gaya hidup, percayalah bahawa anda tidak mampu mengikutinya selama – lamanya. 

Apa yang penting ialah untuk anda letakkan matlamat kewangan anda dan belajar mengurus kewangan dengan baik. Hal ini kerana, berapa banyak wang yang anda dapat kumpul adalah tidak penting, apa yang penting ialah berapa banyak yang anda mampu simpan. 

Sertai Channel Hartabumi di Telegram Sekarang !!!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah