Kesan Positif TOD Dalam Hartanah di Malaysia | HARTABUMI
Hasil carian anda

Kesan Positif TOD Dalam Hartanah di Malaysia

Transit Oriented Development Malaysia Pembangunan Berorientasi Transit Malaysia Hartabumi 000

Dipos oleh Aezhad pada April 26, 2019
| 0

Dalam sektor hartanah hari ini, pembangunan berorientasikan transit (TOD) dilihat semakin mendapat tempat dan popular di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan jalan raya tetapi TOD sebenarnya mampu meningkatkan kualiti kehidupan penduduk setempat.

Bagi mereka yang pertama kali mendengar frasa TOD ini sudah pasti tertanya-tanya apakah itu TOD? Pasti ramai di antara pembaca setia Hartabumi baru pertama kali mendengar istilah ini bukan?

Kredit: Tenor

Ia sebenarnya adalah pembangunan sesebuah kawasan yang mempunyai unit perumahan dan komersial serta dibangunkan berdekatan dengan perkhidmatan pengangkutan awam (stesen transit).

Dengan menggunakan perkhidmatan awam ini pula, penduduk dapat mengakses pelbagai kemudahan lain seperti tempat kerja, sekolah dan perkhidmatan kesihatan.

Pendek kata, anda boleh mendapat akses untuk mendapatkan segala kemudahan yang dinyatakan ini dengan hanya menggunakan perkhidmatan awam.

Kredit: Motion Digest

TOD ini sememangya direka bagi memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam dan telah banyak diguna pakai oleh negara barat sejak dahulu lagi.

Antara contoh pembangunan TOD yang berjaya ialah Metropolitan Place di Renton, Washington. Metropolitan Place ini adalah ‘mixed development’ yang mana ia mempunyai kawasan perumahan dan juga komersial.

Kredit: New York Times

Kredit: US High Speed Railway Association

Penduduk di kawasan ini diberikan kemudahan bas secara percuma untuk pergi ke kemudahan-kemudahan yang berdekatan. Apa yang lebih menarik, di sini terdapat banyak rumah mampu milik yang ditawarkan kepada pembeli.

Mungkin kejayaan ini telah berjaya menginspirasi PR1MA untuk mengambil langkah yang sama. PR1MA sekitar tahun 2018 telah mengumumkan untuk membangunkan 8 kawasan TOD PR1MA iaitu di Cempaka, Pandan Indah, Pandan Jaya, Titiwangsa, Bandar Baru Sentul, Jelatek, Kinrara dan Bandar Puteri.

Kredit: Speedrent

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini juga telah menawarkan insentif kepada pemaju yang membina pembangunan berkepadatan tinggi di TOD bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam berbanding kereta.

DBKL telah meletakkan sasaran nisbah penggunaan pengangkutan awam kepada kereta 60:40 berbanding 30:70 sebelum ini.

MIDF sekitar Januari 2017 pernah mengeluarkan laporan ‘The Future of Transit Oriented Development’ yang mana TOD ini disifatkan sebagai sebuah pembangunan urban di sekitar kemudahan transit.

supaya penduduk setempat dapat meningkatkan akses kepada lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi, mengurangkan kesesakan jalan raya serta dapat menghindari masalah pencemaran udara.

Kredit: Homefinder

Antara ‘rule of thumb’ yang dinyatakan MIDF sebagai pembangunan TOD ialah dibina dengan jarak 5 hingga 7 minit berjalan kaki dari stesen transit.

Terbaru, penerusan projek Bandar Malaysia yang diumumkan kerajaan baru-baru ini juga adalah sebuah bandar yang bakal dibangunkan berteraskan model TOD.

Dengan Huawei dan Alibaba dilaporkan berminat untuk membina pusat ICT mereka di kawasan tersebut, sudah pasti banyak peluang pekerjaan yang akan ditawarkan nanti.

Kredit: Kapital.my

Salah satu berita gembira yang diumumkan juga ialah Bandar Malaysia akan menawarkan 10,000 unit rumah mampu milik kepada golongan yang bergaji RM5,000 dan ke bawah.

Langkah ini sudah pasti menunjukkan kerajaan hari ini cakna kepada golongan berpendapatan rendah dan sentiasa mahu memastikan golongan ini tidak didiskriminasi secara ekonomi.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah