
KPKT bakal memperkenalkan inisiatif terbaharu dengan fokus membantu pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera di bawah insentif Top-Up Fund dan Konsep Bina Untuk Sewa yang dilihat bakal meningkatkan kemampuan rakyat untuk membeli kediaman sekaligus mengurangkan peratus rakyat Malaysia yang tidak mempunyai hartanah untuk jangka masa panjang.
Sebaik sahaja inisiatif ini diperkenalkan, jualan hartanah tempatan dijangka menjadi semakin rancak selepas kerajaan Pakatan Harapan dalam pembentangan Bajet 2019 berjanji untuk membantu isu hartanah tempatan dengan pengenalan empat inisiatif yang produktif.
1. Insentif Top-Up Fund.
Menerusi insentif ini, bakal pemberi rumah bakal menerima pembiayaan pinjaman untuk 10% deposit daripada harga rumah dengan kadar faedah 2% dan pembiayaan sehingga 15 tahun.
Oleh yang demikian, bakal pembeli rumah hanya perlu membayar 10% deposit dan baki 80% (selepas ditolak 10% dari insentif Top-Up Fund) boleh dipohon melalui bank mahupun institusi kewangan yang sah.
2. Konsep Bina Untuk Sewa
Insentif seterusnya yang dinamakan Bina Untuk Sewa merupakan satu idea membina rumah mampu milik yang berkualiti tinggi khusus untuk pasaran sewa.
Baca : KPKT Bakal Bina 100,000 Rumah Mampu Milik
Sebagai permulaan, KPKT akan membina 100,000 rumah mampu milik berkualiti tinggi untuk pasaran sewa setiap tahun dan dijangka mampu menampung permintaan rumah mampu milik yang semakin meningkat sejak dua menjak ini.
3. Kerjasama Awam – Swasta
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan secara amnya turut berusaha membantu pemaju swasta yang mengalami isu lambakan rumah yang tidak terjual dengan menjalinkan kerjasama awam-swasta.
Baca : Polisi Perumahan Negara 2018 – 2025 Fokus Pemilikan Hartanah dan Isu Hartanah
“KPKT menyokong hasrat mengkaji pelaksanaan model baharu penswastaan ini kerana ia adalah satu daripada alternatif merealisasikan pelaksanaan rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan dan berdaya huni.”
Kerajaan turut berusaha mengenal pasti isu dalam pasaran hartanah dan kaedah yang efektif dalam mengurangkan kos pembinaan melalui rundingan supaya kedua – dua pihak mampu menyumbang ke arah pembinaan rumah mampu seperti yang dirancang berdasarkan pembentangan Bajet 2019 yang lalu.
Baca : Jangkaan Pasaran Hartanah 2019
Selain itu, model baharu yang lebih kompetitif dan tepat akan diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang bertujuan meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam menyediakan rumah mampu milik.
Semoga dengan inisiatif terbaharu dan jalinan kerjasama antara kerajaan dan pemaju swasta ini bakal menjadi penyebab kepada peningkatan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera dan memenuhi keperluan untuk memiliki rumah yang berdaya huni.
Komen Anda?