Hasil carian anda

“Lama Lagi Ke Urusan Perjanjian Jual Beli (SPA) Saya Nak Selesai?”

Dipos oleh Aezhad pada Jun 11, 2018
| 0

Tahniah urusan membeli rumah anda hampir selesai!Cuma tinggal beberapa langkah sahaja sebelum semuanya selesai.

Buat yang masih tertanya-tanya bagaimana nak beli rumah. Klik sini.

Sebenarnya tempoh masa urusan SPA akan selesai bergantung kepada jenis rumah yang anda beli.

Rumah jenis Freehold

Lama Lagi Ke Urusan Perjanjian Jual Beli (spa) Saya Nak Selesai Hartabumi 01

Kredit: One Impian

Sekiranya anda membeli rumah jenis freehold, Perjanjian Jual Beli anda dijangka selesai dalam tempoh 90 hari setelah SPA ditandatangani kedua pihak dan telah dimatikan setem.

Rumah yang mempunyai sekatan tertentu

Lama Lagi Ke Urusan Perjanjian Jual Beli (spa) Saya Nak Selesai Hartabumi 02

Kredit: fatihinabshar

Rumah jenis Leasehold, Malay Reserve, cagaran dan sebagainya tempoh 90 hari hanya bermula mendapat keizinan daripada pihak berkuasa negeri atau pejabat tanah. Tempoh untuk mendapat keizinan itu pula mungkin memakan masa selama lebih kurang sebulan atau lebih.

Itu sekiranya tiada masalah dengan permohonan mendapat keizinan anda, sekiranya ada, tempoh akan menjadi lebih lama lagi kerana sekiranya ditolak, anda perlu merayu beberapa kali.

Antara contoh permohonan yang biasanya mempunyai potensi untuk ditolak ialah rumah jenis leasehold (kuota bumi lot dikawal pihak berkuasa negeri), namun Pemilik yang bumiputra menjual unit tersebut kepada pembeli bukan bumiputera.

Namun anda harus ingat sekiranya setelah tempoh 90 hari masih tidak selesai lagi, di dalam SPA itu telah terkandung grace period tambahan lagi 30 hari.

Rumah yang masih terikat dengan pinjaman bank atau kerajaan

Lama Lagi Ke Urusan Perjanjian Jual Beli (spa) Saya Nak Selesai Hartabumi 03

Kredit: Fundsupermarket.com

Rumah yang begini pula, tempoh masa SPA nya masih sama iaitu 90 + 30 hari. Penjual harus menjelaskan baki pinjaman terlebih dahulu. Hutang tersebut boleh dijelaskan oleh pembeli atau melalui pihak bank pembeli. Kebiasaanya proses melepaskan gadaian ini dilakukan oleh peguam. Dan semua urusan ini akan diselesaikan dalam tempoh tersebut.

Namun tempoh ini tertakluk kepada persetujuan pihak pembeli dan penjual. Sekiranya tiada sebarang masalah atau sekatan ke atas rumah tersebut, tempoh ini boleh dipendekkan dengan persetujuan peguam dan ejen hartanah anda.

Kesimpulan, tiada tempoh masa yang tepat bila urusan SPA anda akan selesai. Semuanya tertakluk kepada jenis rumah yang anda beli. Sekiranya tiada masalah, maka cepatlah semua urusan selesai.

Footer Dsr

Dapatkan DSR Report dan Senarai Hartanah Mengikut Gaji Anda Secara PERCUMA !

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah