Lihat Bagaimana Pejabat Ini Diubah Menjadi Super Cool! | HARTABUMI
Hasil carian anda

Lihat Bagaimana Pejabat Ini Diubah Menjadi Super Cool!

Renovate Office Renovate Pejabat Arba Travel Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada April 1, 2019
| 0

Hari ini aku nak kongsikan sedikit hasil kerja Deco Guru ubahsuai sebuah pejabat dari kosong sampai siap di Conezion, Putrajaya. Tahun ini salah satu strategi Go Big kami adalah dengan ‘venture’ projek komersil seperti pejabat, galeri jualan dan industri.

Projek kali ini kami design khas untuk ARBA Travel, syarikat travel Bumiputera yang sedang meningkat naik. Untuk permulaan masa kami being approached, kami tak terus terjun ke drawing board, sebaliknya kami mengenali profil klien dulu.

Kredit : Decoguru

Perkara – perkara seperti bagaimana budaya kerja mereka, visi, tema pejabat – ini semua adalah background study yang perlu kami buat sebelum masuk ke fasa design!

Kredit : Decoguru

Selepas perbincangan, kami cadangkan untuk pejabat bersaiz 4000 kaki persegi ini konsep 4F iaitu FUN, FLEXIBLE, FAMILY FRIENDLY dan FUNCTIONAL.

Kredit : Decoguru

Pada kami, inilah yang define apa itu ARBA Travel dan budaya kerja mereka. Sejajar dengan langkah mereke untuk redefine apa itu ‘kerja’. Ruang dalaman ofis dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu private, semi private, dan open.

Kredit : Decoguru

Kombinasi 3 ruang ini amat penting kerana mood pekerja dan keperluan aktiviti pejabat memerlukan ruang untuk berfungsi secara fleksibel. Jom kita explore design pejabat ini dengan lebih mendalam.

Kredit : Decoguru

Masuk saja pejabat, anda akan dijemput dinding merah yang merupakan warna korporat ARBA Travel. Perkataan “Tunggu Sekejap” itu pula diambil dari lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Kredit : Decoguru

Dari entrance ini, anda boleh terus nampak tim Arba sedang bekerja melalui dinding cermin. Kiranya boleh ambil vibe budaya kerja di ARBA sementara dipanggil.

Dekat lantai pula anda boleh lihat direktori untuk pergi ke ruangan lain.

Anda pasti akan peradan ruang besar berkarpet bentuk macam pizza. Ini adalah ruang utama di ARBA Travel. Di sini lah segala aktiviti contohnya

  • staff briefing
  • presentation
  • pitching session
  • small discussion 

Kredit : Decoguru

Area pantry pula kami design macam bar. Biasanya orang tak akan lepak lama di pantry pasal bukan cantik pun dan ruang ini memang tak perlu design.

Kredit : Decoguru

Tapi di sini, kami design dengan konsep bar supaya bila pergi pantry rasa nak lepak situ sampai balik. Tambah lagi di area pantry ada buai 2 biji boleh tampung berat orang dewasa. Ha main lah sampai puas. Memang santai.

Kredit : Decoguru

Untuk ruang bekerja, ada beberapa bahagian. Ruang bekerja utama kami gunakan warna kuning supaya ruang nampak lebih terang dan besar. Di sinilah ruang utama sales force ARBA akan ditempatkan.

Kredit : Decoguru

Selain dari ruang bekerja yang besar dan terbuka, Deco Guru reka tempat kerja khas iaitu ‘Dont kacau me space’. Ini adalah ruang kerja persendirian dimana lebih private dan dijamin tak akan dikacau dengan rakan lain. Kalau penat nak layan orang ajak sembang, bolehlah buat kerja di sini.

Kredit : Decoguru

Tarikan lain di pejabat ini pula ialah board room. Sengaja kami design dengan ambiance dark dan eksklusif, Godfather themed room. Supaya bila staff kena panggil, mereka rasa takut. Haha.

Wainscoting, chandelier light dan dark timber flooring adalah elemen penting untuk konsep dark and eksklusif ini. Bilik-bilik diskusi lain juga kami design dengan warna cerah, wall art dan lampu pendant.

Pendek kata, semua ruang di dalam pejabat ini kami design supaya memenufi konsep 4F tadi. Nak cerita panjang lagi memang tak akan habis, jadi silalah tatap gambar-gambar hasil kerja ofis ARBA Travel.

Semoga design ini memberi inspirasi untuk design pejabat anda nanti. Budaya kerja kini sudah berubah, pejabat pun dah jadi rumah kedua, jadi design itu perlu diberi perhatian penuh, bukan sekadar cubicle dan komputer.

Sekian, enjoy!

Ahmadkhairul Sabirin
Deco Guru designer

Sumber : Facebook

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah