Loan Konvensional atau Loan Islamik? Mana yang lebih baik? | HARTABUMI
Hasil carian anda

Loan Konvensional atau Loan Islamik? Mana yang lebih baik?

Kwsp

Dipos oleh Nasruddin pada November 26, 2019
| 0

Terdapat lebih daripada 20 bank di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakej pinjaman perumahan. Term Loan, Semi-fleksi loan, fleksi loan..islamic loan pun ada. Kalau anda keliru mendengar semua ini, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan maksud pakej-pakej ini. 

Secara umumnya, terdapat dua jenis kategori pinjaman perumahan yang dibahagikan kepada:

  1. Pinjaman Perumahan Konvensional
  2. Pinjaman Perumahan Islamik

Secara ringkasnya, loan konvensional ditawarkan oleh bank konvensional dan loan islamik atau lebih tepat dipanggil pembiayaan islamik ditawarkan oleh perbankan islamik.

1. Bagaimana Loan Konvensional beroperasi?

Dalam pembiayaan konvensional, pihak bank akan meluluskan pinjaman kepada peminjam untuk mendapatkan keuntungan melalui faedah yang dikenakan keatas jumlah prinsipal tersebut.

Pembayaran ansuran bulanan yang dibuat dalam tempoh pinjaman tersebut merangkumi jumlah bagi membayar kadar faedah, manakala jumlah selebihnya digunakan untuk membayar prinsipal.

Faedah ini boleh dianggap sebagai kos pinjaman atau ‘sewa atas jumlah pinjaman’ yang dikenakan keatas jumlah prinsipal. Beginilah cara pihak bank menjana keuntungan dari produk pinjaman konvensional mereka.

Kadar faedah ini ditetapkan berdasarkan kadar tetap atau kadar terapung seperti Kadar Pinjaman Asas (BLR) atau Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR). Kontrak pinjaman ini juga dikenali sebagai Perjanjian Kemudahan Pinjaman.

Biasanya, insuran dan caj faedah akan turut termasuk dalam jumlah bayaran bulanan anda. Jumlah faedah yang dibayar bergantung kepada:

  • cara anda membayar jumlah prinsipal;
  • kadar faedah yang ditentukan oleh pihak bank; dan 
  • masa pembayaran pinjaman bulanan

2. Bagaimana Loan Islamik beroperasi?

Dalam pembiayaan perumahan islamik, konsep pinjaman ini bermula dengan pihak bank membeli hartanah dengan harga pasaran atas nama pihak peminjam. Hartanah tersebut kemudian dijual kembali kepada peminjam tersebut pada kadar yang lebih tinggi. 

Perkara ini penting kerana secara syariah, urus niaga dilarang sama sekali berasaskan Riba, dan sebaliknya mengamalkan konsep perdagangan atau trading. Dalam situasi ini, pihak bank melakukan pembelian atas pihak peminjam dan menjual semula harta tersebut dengan harga dan kadar keuntungan yang telah diperstujui.

Selalunya, pakej pembiayaan ini akan mengamalkan (1) Kaedah Bai Bithamin Ajil (BBA) yang dikenali sebagai Perjanjian Jual dan Beli Balik atau (2) Kaedah Musyarakah Mutanaqisah (MM) yang dikenali sebagai Perjanjian Perkongsian antara dua pihak. Kaedah MM ini biasanya memiliki elemen harga tetap dengan kadar maksima yang telah ditetapkan, 

Dalam kaedah-kaedah ini, jumlah pinjaman juga bergantung kepada kadar rujukan produk tersebut (BLR atau BFR). Selain itu, terdapat juga (3) Kaedah Murabaha di mana pembayaran harga jualan boleh dibuat secara berperingkat dan Ijara atau kontrak sewaan

3) Perbezaan MRTT dan MLTT

Terdapat beberapa perbezaan ketara antara kedua pakej insurans ini. Jadual di bawah menunjukkan 5 perbezaan utama antara MRTT dan MLTT.

Loan Konvensional Vs Loan Islamik 01

4) Ada pilihan Insurans alternatif selain pilihan dikongsikan ini?

Pilihan ketiga bernama ‘Term Life Insurance’ atau Insurans Jangka Hayat yang paling biasa dibeli kerana ia menawarkan Insurans hayat tertua. Pelan ini juga mempunyai struktur premium yang fleksibel untuk pemegang polisi. Ini bermaksud terma pelan ini boleh ditambah, dikurang dan ditamatkan pada bila-bila masa. Untuk yang mampu, anda juga boleh menawarkan keluarga anda jaminan berbentuk wang berdasarkan bayaran premium tertentu. 

Justeru itu, anda disarankan supaya membuat kaji selidik tentang pakej-pakej yang ditawarkan pihak bank dalam pasaran sekarang. Dengan meneliti kelebihan-kelebihan pelan yang wujud, anda mampu memastikan masa depan rumah anda dan ahli keluarga anda terjamin. 

Masih mencari rumah idaman anda? Layarilah https://www.hihomes.my/ untuk mencari rumah bersesuaian dengan keperluan anda.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah