Mah Sing Lancar Kempen “Lock and Win”, Tawar Hadiah Bernilai Dari RM2 Juta | HARTABUMI
Hasil carian anda

Mah Sing Lancar Kempen “Lock and Win”, Tawar Hadiah Bernilai Dari RM2 Juta

Lock & Win Web Hartabumi 2420x900

Dipos oleh Nasruddin pada Ogos 15, 2019
| 0

Siapa yang tidak kenal dengan nama Mah Sing Group iaitu sebuah pemaju hartanah yang terkenal dengan pelbagai keistimewaan dalam setiap projek pembangunan hartanah.

Bermula dengan empat projek pembangunan kediaman di Ulu Yam pada tahun 1994, ketika ini, Mah Sing telah mempunyai projek di seluruh negara termasuklah di Sabah.

Projek pembangunan Mah Sing bukan hanya berkaitan kediaman sahaja, sebaliknya turut melibatkan projek pembangunan industri serta hartanah komersial.

Contoh bangunan komersial yang terkenal adalah The Icon yang terletak di Jalan Tun Razak.

Berdasarkan kepada pencapaian yang mengagumkan ini, maka tidak hairanlah apabila Mah Sing Group telah menerima pengiktirafan sebagai salah sebuah 10 pemaju hartanah terbaik dalam negara untuk lima tahun berturut-turut.

Ketika mengulas tentang pencapaian yang diraih, Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group, Datuk Ho Hon Sang berkata bahawa syarikat itu amat komited untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Tawaran menarik

Sehubungan itu, sempena ulang tahun ke-25 Mah Sing Group dalam industri hartanah, syarikat tersebut telah melancarkan sebuah kempen jualan yang dikenali sebagai “Lock and Win” dengan menawarkan hadiah lumayan yang bernilai dari RM2 juta kepada para pembeli kediaman yang bertuah.

Bermula pada 1 Mac lalu dan tamat pada 31 Disember nanti, kempen ini bakal memberi peluang kepada orang ramai yang berminat menjadi pemilik kediaman Mah Sing Group untuk turut serta mencuba nasib memenangi hadiah lumayan.

Abdulah

Credit : Star

Syarat yang dikenakan juga amat mudah iaitu bakal pemilik kediaman perlulah memastikan tempahan berjaya dibuat sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. Tempahan itu dianggap berjaya selepas mereka menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) bersama bayaran minimum seperti ditetapkan dalam dokumen tersebut. Itu sahaja dan peluang untuk memenangi hadiah lumayan mula terbuka luas.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Mah Sing Group, Tan Sri Dato’ Sri Leong Hoy Kum, pelancaran kempen “Lock and Win” bertujuan memberikan ganjaran kepada para pembeli rumah terkini dan baharu dengan menawarkan cabutan bertuah beserta hadiah menarik untuk dibawa pulang.

Tambah beliau lagi, lanjutan kepada pelancaran Kempen Pemilihan Kediaman (HOC) sebelum ini menunjukkan betapa kerajaan begitu komited untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri.

“Oleh itu, untuk menyokong kempen HOC dan meraikan Sambutan Jubli Perak Mah Sing Group pada tahun ini, maka kempen “Lock and Win” dilancarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelbagai hadiah lumayan yang ditawarkan antaranya termasuklah wang tunai sebanyak RM50,000 dan baucer hotel. Bukan itu sahaja, para pembeli kediaman di beberapa projek terpilih di Pulau Pinang juga akan berpeluang memenangi kereta.

Projek terpilih

Antara projek-projek terpilih itu adalah seperti di Lembah Klang yang membabitkan M Vertica di Cheras, M Centura di Sentul, M Aruna di Rawang, [email protected] City di KL South, D’Sara Sentral di Sungai Buloh, Lakeville Residence di Jalan Kuching dan Cerrado di Southville City.

 

Sementara itu, di Pulau Pinang pula, projek tersebut adalah Ferringhi Residence 2 di Batu Ferringhi, M Vista di Bayan Lepas dan Legenda di Batu Maung.

Manakala di Johor pula adalah projek [email protected] di Iskandar Puteri, Meridin Bayvue di Sierra Perdana, Meridin East di Pasir Gudang, Bayvue Avenue di Sierra Perdana dan i-Parc di Tanjung Pelepas.

Jadi, tunggu apa lagi. Kunjungi segera galeri pameran kediaman Mah Sing Group berdekatan anda untuk mencari kediaman impian bersama keluarga tercinta. Pelbagai hadiah menarik turut menanti anda untuk dibawa pulang.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah