Masalah Utama Belia Tidak Beli Rumah dan Solusinya | HARTABUMI
Hasil carian anda
Masalah Utama Beli Rumah 0s1 01 01

Dipos oleh myhartabumi pada Februari 1, 2018
| 0

Masalah pemilikan hartanah di kalangan belia adalah bukan isu baru dan kian membimbangkan. Bayangkan, angka umur semakin meningkat tetapi masih belum mempunyai aset hartanah.

Tim Hartabumi kali ini ingin membincangkan masalah utama belia di Malaysia tidak membeli rumah dan solusinya berdasarkan kajian yang dibuat.

Masalah Utama Belia Tidak Beli Rumah Dan Penyelesaiannya 01

Bermula 2018, takrif umur belia adalah bermula dari 15 hingga 30 tahun. Bersesuaian dengan dasar transformasi negara dalam penambahbaikan bagi mengukur tahap kematangan belia di negara ini.

Menurut teori Maslow,

“Mempunyai tempat perlindungan atau bahasa mudah adalah memiliki rumah dikategorikan sebagai keperluan asas.”

Akan tetapi, ia ini terhalang oleh sebab-sebab tertentu di mana belia kita semakin jauh untuk memiliki rumah idaman.

-Baca Mengenai Beli Atau Sewa Rumah

Masalah Dihadapi Belia Untuk Beli Rumah

Makanya, Hartabumi telah menyenaraikan lima (5) sebab yang di kenal pasti sebagai masalah atau punca belia tidak membeli rumah.

Masalah Utama Belia Tidak Beli Rumah Hartabumi 2018 01

Berdasarkan responden kami, 27.3% dari mereka kurang ilmu mengenai hartanah. Hal ini tidak dapat di nafikan kerana sebahagian besar tidak tahu mengenai urusan hartanah. Menurut kajian dari Pertubuhan Professional Tanah Malaysia (PERTAMA) telah menunjukkan bahawa pengurusan tanah orang Melayu dan Bumiputera masih rendah berbanding kaum lain. 

Seterusnya, 25% masalah belia tidak membeli rumah adalah berpunca daripada kurang pendapatan. Hal ini sedia maklum di mana bukan mudah untuk pihak bank memberi pinjaman sekiranya tahap kewangan tidak kukuh.

Kriteria yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah ketat dan menyukarkan golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli rumah. Maka, tangga gaji yang tidak selari dengan harga rumah menyukarkan para belia untuk membeli hartanah.

Hal ini terkait dengan tiada pekerjaan tetap menyukarkan belia untuk membeli rumah mewakili sebanyak 20.5%. Belia yang sering bertukar kerja demi mendapatkan gaji yang setimpal dengan kelulusan dan pengalaman.

Tambahan pula, harga rumah yang mahal dan loan sangkut masing-masing mewakili 15.9% dan 11.4% menyukarkan belia untuk membeli rumah. Menurut BNM, kebanyakan pinjaman perumahan yang tidak diluluskan oleh institusi perbankan melibatkan peminjam yang mempunyai paras obligasi hutang sedia ada yang tinggi.

-Baca Mengenai Punca Loan Rumah Ditolak

Solusi Masalah Belia Tidak Mampu Beli Rumah

Antara solusi dan jalan penyelesaian bagi merungkai masalah belia untuk membeli hartanah. Adalah seperti:-

1. Tambah Ilmu dan Info Hartanah.

Masalah Utama Belia Tidak Beli Rumah Dan Penyelesaiannya 04

Terdapat figura dan sensei hartanah di Malaysia seperti Harith Faisal, Ahyat Ishak dan sebagainya. Belia sewajarnya menggunakan platform media dengan belajar ilmu hartanah dari mereka.

2. Kenal Pasti Jenis Hartanah Yang Sesuai.

Masalah Utama Belia Tidak Beli Rumah Dan Penyelesaiannya 05

Belia sewajarnya merujuk kepada perunding hartanah yang berdaftar ataupun sekurang-kurangnya merujuk laman sesawang hartanah yang sesuai dan relevan untuk jenis hartanah yang mereka ingin dapatkan. 

3. Menabung.

Masalah Utama Belia Tidak Beli Rumah Dan Penyelesaiannya 06

Tidak kira melalui ASB loan atau juga tabung buluh yang di namakan “Baiti Jannati”. Katakan tidak untuk kad kredit atau personal loan jika anda tidak mampu membayarnya di kemudian hari. Bersederhanalah dalam gaya hidup. Bukan papa asal bergaya.

4. Bijak Urus Kewangan dan Urus Pendapatan.

M

Belia disarankan mencari jalan membuat pendapatan pasif yang membantu untuk meningkatkan pendapatan kepada belia. Selagi kudrat masih muda, tidak salah untuk membuat 2 kerja dalam satu masa.

Dari sudut perbankan, BNM juga telah memperkenalkan solusi pembiayaan yang lebih fleksibel untuk meningkatkan kemampuan membayar hutang seperti yang ditawarkan untuk perumahan PRIMA.

Masalah Utama Belia Tidak Beli Rumah Dan Penyelesaiannya 08

Secara ringkas,  masalah belia tidak mampu membeli hartanah adalah satu bebanan. Dan setiap masalah pasti ada solusinya. Penuhi masa dengan ilmu dan info. Pastikan info yang terima di kaji sesuai dengan laras pendapatan.

Jadilah belia yang matang dalam menambahbaik sumber ekonomi dan memanfaatkan platform masa kini agar lebih praktikal dan dinamik demi masa depan yang lebih cerah.

Kredit: Ummi Hassanah Zaidon

Telegram Hartabumi Info Hartanah Malaysia 1024x231Jom dapatkan ilmu hartanah di Telegram Hartabumi!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah