Mekanisma Pelepasan Kuota Bumiputera Wajar Ditambah Baik | HARTABUMI
Hasil carian anda

Mekanisma Pelepasan Kuota Bumiputera Wajar Ditambah Baik

Mekanisma Pelepasan Kuota Bumiputera Hartabumi Radzi Tajuddin 00

Dipos oleh Aezhad pada Oktober 10, 2018
| 0

Mekanisme pelepasan unit perumahan kuota Bumiputera yang tidak terjual ke pasaran bebas perlu diseragamkan di seluruh negeri selain perlu ditambahbaik memandangkan mekanisme sedia ada dilihat sudah lapuk.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi.com, Radzi Tajuddin, berkata sistem sedia ada ketika ini turut dilihat tidak telus sekaligus memudahkan ia untuk dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapat keuntungan mudah.

Justeru katanya, beliau mencadangkan supaya mekanisme sedia ada dirombak dan peraturan yang dikenakan ditambahbaik dengan perlu mengambil kira perkembangan teknologi semasa dan kehendak orang ramai.

Kredit: The Star

  “Sebagai contoh, ketika ini antara syarat untuk pemaju di Selangor perlu penuhi sebelum layak mendapat pelepasan kuota Bumiputera ialah mengiklan di dalam akhbar berbahasa Melayu dan menyertai ekspo pameran hartanah.

– Kerajaan Selangor Naikkan Kos Pertukaran Kos Kuota Lot.

  “Saya lihat syarat ini perlu dikemaskini kerana selain akhbar, pemaju sepatutnya turut dikehendaki mengiklan di dalam mana-mana portal hartanah kerana perlu diakui, pengguna kini lebih cenderung mencari rumah untuk dibeli di dalam internet.

  “Ini menyebabkan ramai pembeli Bumiputera yang layak mungkin tidak sedar mengenai iklan berkenaan yang mana akhirnya menyebabkan unit itu dilepaskan ke pasaran bebas. Sudah tentu ia merugikan pasaran untuk Bumiputera itu sendiri,”

  Mengulas lanjut Radzi berkata, adalah penting juga untuk menyeragamkan sistem pelepasan ini disetiap negeri bagi menjadikan ia lebih telus.

  “Ketika ini, di setiap negeri, mekanisme pelepasan yang digunapakai adalah berbeza, malah di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri pun, ada syarat tambahan dikenakan.

Kredit: Berita Harian

  “Bagaimana kita boleh tahu sistem ini telus dan ini yang menyebabkan berlakunya banyak kes rasuah?”

  Ditanya mengenai cadangan supaya kuota Bumiputera dihapuskan, Radzi dengan tegas berkata beliau tidak bersetuju ia dihapuskan kerana tidak akan menyelesaikan isu pemilikan rumah dalam kalangan rakyat, malah menyebabkan pasaran hartanah menjadi lebih tidak terkawal dan lebih mahal buat golongan Bumiputera khususnya.

  Ini kerana katanya, syarat kuota Bumiputera yang ditetapkan di antara 30 peratus hingga 50 peratus mengikut negeri, dilihat bertindak mengawal pasaran hartanah dari segi harga dan tawaran.

– Lot Hartanah Bumiputera Meningkatkan Atau Menyingkatkan?

  Selain itu katanya, dengan tahap pendapatan di Malaysia yang berbeza-beza mengikut kaum menyebabkan penetapan kuota untuk perumahan masih wajar untuk dilakukan.

“Memang diakui, lebih separuh daripada unit rumah yang tidak terjual di pasaran pada masa ini adalah daripada unit Bumiputera. Namun, untuk ia dijadikan sebagai alasan bagi menghapuskan terus kuota Bumiputera adalah tidak wajar.

  “Perlu diingatkan bahawa agenda utama kerajaan ialah untuk memastikan semua rakyat termasuk golongan Bumiputera memiliki rumah sendiri.

– Miliki Rumah Jenis Leasehold. Bijak Atau Terlajak?

Adakah dengan memansuhkan kuota tersebut mampu meramaikan lagi Bumiputera memiliki rumah? Perkara ini yang perlu difikirkan bersama. Bukan kerajaan semata-mata.

  “Kerana itu, seperti yang sudah saya sebutkan, antara penyelesaian jangka pendek boleh dilakukan ialah menjadikan mekanisme pelepasan ini telus, menyeragamkan dan tambah baik peraturan,” katanya.

Kredit: Utusan

” Di samping itu, kerajaan mungkin boleh menambah baik dengan meluaskan skop kuota ini kepada mereka yang berpendapatan rendah tanpa mengira kaum kerana terdapat juga golongan miskin Cina, India dan Sabah Sarawak,” kata Radzi.

Sumber Asal : Berita Harian

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah