Miliki Kediaman PR1MA dengan tawaran “iDealfitri Special”, Hadiah Berjumlah RM165,000 Sedia Dimenangi | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda

Miliki Kediaman PR1MA dengan tawaran “iDealfitri Special”, Hadiah Berjumlah RM165,000 Sedia Dimenangi

Mainslide

Dipos oleh Hi HOME pada Mei 21, 2020
| 0

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk memiliki kediaman idaman anda sempena Hari Raya Aidilfitri ini dengan pakej istimewa yang amat menawan.

Harga jualan kediaman PR1MA bermula daripada hanya RM100,000 sahaja!

Perbadanan PR1MA Malaysia menganjurkan cabutan bertuah istimewa ‘IDealfitri Special’ untuk menambah keceriaan kepada para pelanggannya.

Apatah lagi, pada tahun ini, sambutan perayaan agak berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana budaya balik kampung rentas negeri tidak dapat dilakukan, tentunya kempen ini mampu mendatangkan keceriaan.

Pr1ma Aa

Dalam peraduan istimewa ini, para pembeli yang bertuah layak untuk merebut 40 hadiah cabutan bertuah yang bernilai RM165,000 dalam bentuk BSN Sijil Simpanan Premium. Terdapat tiga kategori hadiah yang ditawarkan, iaitu 5 BSN Sijil Simpanan Premium bernilai RM10,000, 15 BSN Sijil Simpanan Premium bernilai RM5,000 dan 20 BSN Sijil Simpanan Premium bernilai RM2,000.

Menarik bukan?

Macam mana nak sertai?

Untuk makluman, tempoh peraduan ini berlangsung daripada 1hb Mei sehingga 30hb Jun 2020.

Peraduan ini ditawarkan secara khusus kepada para pelanggan yang membeli kediaman terpilih di bawah mana-mana projek pembangunan PR1MA, yang mana kediaman yang dibeli itu mestilah yang telah siap dibina dan sedia untuk didiami. Pendek kata kediaman itu telah memperoleh sijil layak didiami (CCC). 

PR1MA menawarkan sebanyak 19 projek kediaman bermutu tinggi yang melayakkan pembelinya untuk menyertai kempen ini. Ianya merangkumi lokasi strategic di negeri Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

Capture

Di Kedah, projek yang terlibat adalah Residensi Sungai Petani 1, Residensi Sungai Petani 2, Residensi Kuala Ketil, Residensi Padang Meha.

Di Perak pula adalah Residensi Kamunting, Residensi Bagan Serai, Residensi Kampar, Residensi Bandar Meru Raya, Residensi Kampung Paloh, Residensi Falim, Residensi Tapah dan Residensi Lumut.

Manakala di Kuala Lumpur dua projek tersebut adalah Residen Alam Damai dan Residensi Jalan Jubilee. Johor pula hanya satu yang terlibat iaitu Residensi Bandar Layangkasa. Begitu juga Sabah iaitu Residensi Kota Marudu.

Terdapat tiga projek di Sarawak yang layak disertai iaitu Residensi Matang, Residensi Matang 2 dan Residensi Bintawa Riverfront.

Capture

Mudah bukan? Rebutlah peluang ini untuk membeli kediaman pilihan anda hari ini dengan PR1MA. Tawaran cabutan bertuah menanti. Mungkin anda salah seorang pemenang bertuah itu.

Jadi apa tunggu lagi, layari Idealfitri Pr1ma dan media sosial PR1MA untuk keterangan lanjut dan terma dan syarat penyertaan. Mungkin ini bakal menjadi perayaan paling menggembirakan untuk anda.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah