Hasil carian anda

Rumusan Berita Hartanah Malaysia Minggu Ini

Dipos oleh Aezhad pada Jun 8, 2018
| 0

1. Bangsar South Akan Menjadi Kerinchi Semula Selepas 6 Tahun.

Mingguan Hartabumi 1

Kredit: Nexus.Bangsar South

Fahmi Fadzil, ahli Parlimen Lembah Pantai mengusulkan untuk menukar nama Bangsar South kepada asalnya yaqni Kerinchi selepas 8 tahun pemaju UOA Development Berhad menukarnya. 

Menurut beliau, Kerinchi mempunyai identiti yang kuat dengan penduduknya masih menggunakan dialek asal Kerinchi dan penduduk asal dikatakan tidak tahu menahu mengenai pertukaran nama tersebut. 

Kerinchi menjadi salah satu kawasan terawal dibuka dan telah menjadi kawasan penetapan orang Melayu suku Kerinchi sejak tahun 1870-an. 

-Baca Lanjut Di Sini

2. Kesan Pembatalan MRT 3 Pada Hartanah.

Mingguan Hartabumi 2

Kredit: Utusan Borneo Online

MRT Laluan 3 dirancang kerajaan terdahulu untuk menjadi laluan rel transit ke-13, menggunakan sistem automatik sepenuhnya yang kelima dan sistem rel tanpa pemandu di Lembah Klang.

Pembatalan projek MRT 3 hanya akan merugikan syarikat pemaju hartanah yang sudah melaksanakan projek pembangunan rumah di kawasan laluan MRT 3.

Pada 30 Mei yang lalu, Tun Dr. Mahathir telah membatalkan beberapa projek mega antaranya High Speed Railway (HSR) dan MRT 3.

-Baca Lanjut Di Sini

3. Kedah Belum Luluskan Projek RM30 Bilion Di Langkawi.

Mingguan Hartabumi 3

Kredit:Rayna Tours

Kerajaan Negeri Kedah belum meluluskan projek pembangunan bandar Langkawi dengan kos RM30 Bilion seperti yang dihebahkan oleh Tan Sri Ting Pek Khiing di media.

Pemaju hartanah Tan Sri Ting Pek Khiing perlu mengikut prosedur rasmi untuk mengusul projek itu ke kerajaan baharu memandangkan beliau mengusulkan projek tersebut sewaktu Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih menjadi Menteri Besar yang lalu.

-Baca lanjut di sini

4. Pemaju Hartanah Beri Insentif Kepada Pelabur Asing.

Mingguan Hartabumi 4

Kredit: Malaysian Access

Kenanga Research memaklumkan pemaju hartanah tempatan mendekati pelabur asing dengan menawarkan insentif menarik untuk menjual hartanah di Kuala Lumpur.

UEM Sunrise percaya momentum selepas PRU 14 ini bakal menarik ramai pelabur asing dengan jangkaan jualan RM1.2 bilion.

-Baca lanjut di sini

5. Matrix Concepts Holdings Sumbang RM3 juta Di Tabung Harapan.

Mingguan Hartabumi 5

Kredit: Malay Mail

Pemaju hartanah Matrix Concepts Holdings telah mendermakan RM3 juta menerusi Tabung Harapan dan bakal menambah RM2 juta lagi bagi membantu kerajaan pusat menyelesaikan hutang mereka.

Mereka juga berharap agar lebih banyak syarikat tersenarai awam yang menyumbang sekaligus membantu kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan ini.

-Baca lanjut di sini

Footer Dsr

Ayo dapatkan Report DSR Anda Secara Percuma di Hartabumi!

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Sertai Kami Sekarang

Untuk Mengetahui Maklumat Berkenaan Hartanah Di Malaysia.
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link

Bandingkan Hartanah